Cerita Warung Kopi
A Short Story
Bismillahirrahmnirrahim...
Mereka .....
KITA ???
ZIONIS BAKA !!!
Laporan Percubaan SPM 2009
Bismillahirrahmanirrahim....
Salam Ramadhan dan Eidul Mubarak kepada semua....
Percubaan SPM 2009 di SMIAAG bermula pada hari rabu pada 2 September .
Peperiksaan yang sungguh tragis, sukar untuk diucap dan dilantun semula.
Maka, anggaplah ini hanyalah sebuah coretan bersahaja tetapi bermakna...(?)
Bahasa Melayu, Rabu 2/9
Masuk kelas . Baca doa . Lihat soalan bahagian A, tulis semua isi. Itu sahaja. Kemudian rasa tak boleh buat. Pergi bahagian B. Kumpul isi-isi merapu. Banyak tetapi kurang berkualiti. "Kalau cikgu baca nanti karangan teruk macam ni..." monolog. Tak mengapa teruskan. Tulis sampai habis ; markah paling banyak dalam kertas 1. Tulis pun lembab semacam. Tup,tup... masa tinggal sikit. Habis bahagian B dengan ayat yang banyak merapu dan peribahasa serba tak kena. Baki masa sikit. Tak apa, sambung terus bahagian A walaupun tinggal 10 ke 15 minit. "Tulis isi penting jer lah, dapat juga markah !" monolog lagi. Masa tamat, kertas diambil. Tak apa....
Usai solat Duha, main soal-soal dengan Su. Soal apa? Biodata pengarang..... Hehe, harapan tinggi mahu soalan biodata pengarang keluar. Naik kelas. Duduk, doa. Cuak, buat silap besar seperti pada kertas 1. Hati girang, muka senyum lihat soalan awal (senyum pada diri sendiri kira sedekahlah kan?? Hehe). Dalam hati, rasa sesal belum terubat lagi (kertas 1 Bahasa Melayu). Jadi, buatlah soalan dan berhenti pada soalan buat ayat. Ayam telur ; Kena tulis ayat menggunakan perkataan ini. Haha, tak pernah pula dengar istilah sebegini. Tinggal / hentam. Alhamdullilah, ada keluar soalan biodata. Laju tulis. Haha ada soalan tulis plot novel. Lama fikir, tak ada isi, salah contoh dan tinggal. Telur ayam. Tamat.
English , Thursday 3/9
Been prepared since yesterday. Read sinopsis of novel The Pearl , expounded poem The Road Not Taken and The Necklace ( I recently found out that the necklace borrowed from Madame Forestier is fake! Haha. Lame). Paper 1 and paper 2 ; "just do it" monologue. Spent lots of time on poem There's Been a Death In The Opposite House. Essay ; sincerely, I'm weak in grammar.
Bahasa Arab Tinggi 4/9
'Usri. 'Usri. Yusra. 'Usri. Anti Wardah (bunga).
Perdagangan, 4/9
Sudah buat persiapan. Soalan yang keluar ana anggap sukar. Anggapan sengaja. Jawab sepenuh hati. Sekadar boleh jawab. Terpaksa menulis dengan cakar ayam kerana :
~Mahu tulis laju
~Mahu habis awal
~Mahu semak jawapan (mungkin/lupa)
~Belajar daripada kesilapan ( periksa pertengahan tahun tak siap sebab habis masa).
Tahap kesukaran 3 bintang daripada 5.
Sejarah, 8/9
Buka kertas. Blur. Tak boleh terima soalan. Tidur (mungkin). Bangun balik. Sama. Blur. Doa. Jawab. Jawab. Jawab lagi. Terus jawab. Betul atau tak? Kita lihat lepas cuti nanti...
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, 9/9
Alhamdulillah. Insyaallah. Bolehlah juga buat. Kertas 2 guna logik...
Pendidikan Syariah Islam, 9/9
Agak sukar soalan.... susah untuk diterangkan kerana ana seperti sudah lupa perkara yang berlaku pada tarikh keramat ini...
Additional Mathematics, 10/9
Kertas 1 memang seronok. Susah tahap gaban ! Kira-kira, jeling-jeling , kira balik, jeling lagi~ main jeling-jeling jam.... Lupa siap atau tidak. Siap main pusing belakang, pergi depan balik, balik semula soalan asal, kaki macam biasa , memang goyang ,haha. Cuba siapkan tetapi masa tak sempat, tak boleh dikejar. Kalau kejar memang aniaya, cakar ayam, caca merba tulisan.
Kertas 2 memang sedih. Sepanjang masa dalam keadaan bersedih. Kurang menggerakkan jari , lebihkan usaha mencetuskan idea untuk berfikir, namun..... tak kesampaian. Terasa masih lemah walaupun kalkulator yang hebat dalam genggaman. Sama juga di kertas 1, main pusing-pusing kertas, sama tak boleh buat. Maka tinggallah kertas ini kesepian tanpa tulisan ( sikit sahaja yng dijawab). Jadi, langkah drastik perlu dicetuskan, memperkasa diri agar lebih mapan berkemahiran. Tahap kesukaran ; 5 bintang penuh !
Mathematics, 11/9
Budak-budak sebaya ana di sekolah anggap mudah, mungkin. Agak penat juga menulis, mengira, mewarna menggunakan pensel 2B. Ada juga murajaah ekonomi. Mahu ambil percubaan ekonomi selepas solat jumaat. Alhamdulillah, puas hati dengan kertas Mathematics.
Ekonomi, 11/9
Sudah murajaah, insyallah boleh buat. Haha, ana buat dahulu, Fuhairah dan Salman buat kemudian~lambat. Sudah tidak jumpa mereka, ana teruskanlah juga peperiksaan ini. Ustaz letak amanah pada ana, buat seorang diri sambil ditemani Ustaz Hasnan dan Naqib ana, Abang Syarifuddin sedang tidur di sebelah. Ana letak diri di tempat kosong, tak hiraukan perkara sekeliling. Sedang buat soalan, tak dijangka, secara tiba-tiba, memeranjatkan sungguh ; Cikgu Wasitah datang. Rub rub, rub rub (bunyi jantung yang sebenar, bermaksud tuhan/ rob, saintis sudah buat kajian, bunyi lain selain bunyi ini boleh dipertikaikan ). Sesudah berbual mesra dengan Cikgu Wasitah, maka ana pun minta maaf, sambil melihatkan Salman dan Fuhairah di luar , turut sama dalam kejadian. Macam ana katakan tadi, mereka lambat datang, Jadi, Ustaz hanya beri kertas ekonomi kepada ana sahaja. Tiada lebihan. Akhirnya, budak berdua ini pun dapat juga kertas ekonomi buat di samping ana, siap kami boleh cakap lagi. Mereka siap awal, ana siap lambat (tak patut) tetapi tak adalah terlebih masa. Soalan nombor 6 agak payah, sehingga dikatakan hanya seorang sahaja yang mampu buat dengan baik~ dan orang itu bukan ana....
Physics, 14/9
Alhamdulillah, walaupun tak ulangkaji sangat semalam, boleh rasa ketenangan. Memang hari ini merupakan hari yang paling tenang. Alhamdulillah, Allah permudahkan ana semasa menjawab soalan. Haha, soalan nombor 1 kertas 2 ana sudah salah. Tak apa. Masuk bahagian kanta, senyum, hentam sahaja. Lukis kanta cembung dan kanta tak cembung, buat garisan suka hati dan siap ! Tahap kesukaran .5 daripada lima bintang !
Biology, 15/9
Kertas 1, Insyaallah boleh buat ( soalan Rhesus jawapannya B? Harap betul ). Kertas 2 mengundang keretakan perasaan, ketidakkeruan emosi ; sesal timbul tiba-tiba. Awalnya letak A1; tinggi target. Namun sekarang, turun sikit. Alhamdulillah, soalan makanan boleh jawab sikit. Cedok sikit markah di minit-minit terakhir.Proses-proses mengawet makanan masih segar, cuma cara mengawet lupa. Benar, sungguh sukar. Terima kasih cikgu, beri ana amaran awal-awal. Dapat buat persediaan rapi saat-saat akhir. Kertas 3, cikgu pun sudah bagi amaran keluar eksperimen J-Tube sepatutnya keluar waktu peperiksaan pertengahan, tetapi keluar waktu percubaan. Soalan transpiration pula memang blur habis pada awalnya. Kukuhkan hati, kembali pada pencipta, usaha juga, pusing otak, pusing laju-laju kerana tak mahu sesal seperti pada kertas Bahasa Melayu. Alhamdulillah, siap. Tahap kesukaran walaupun sesudah buat persediaan; 4.6 bintang bercahaya daripada 5 bintang. Keluar kelas, blur, kepala panas semacam. Seperti baru selesai Matematik tambahan atau baru habis lima kali lawan catur denagn Pak Lang ana. Mereng sebentar, mengadu pada Aiman Hafidz, haha.
Chemistry, 16/9
Semalam baca banyak juga , bab akhir tingkatan 4 dan 5. Sempat pula baca banyak-banyak. Oh yea, abang RahmanD ada 'bocorkan' soalan yang bakal keluar. Ada juga keluar, tak sangka tetapi puas hati kerana sempat juga baca berkaitan soalan yang 'dibocorkannya'. Keluar pula dalam kertas periksa. Berkah daripada Mesir. Haha. Tetapi ada tersilap pula tulis pemangkin, sepatutnya Vanadium (IV) oxide, ana tulis Vanadium (V) ; sudah yakin lagi inilah jawapannya. Ada kawan ana tertinggal nombor roman, hehe. Lebih baik daripada ana. Tahap kesukaran ; 4.3 bintang yang bergemerlapan daripada 5.
Prinsip Akaun, 17/9
Buat kertas 2 dahulu. Soalan 1 alhamdulillah, cuma tak sempat imbang masa habis. Soalan 2,3 dan 4 lupa cara buat. Catit format yang diingat sebagai jawapan. Masa tak terurus, banyak habis pada Dokumen Sumber. Kertas 1 buat selaju mungkin, mahu siap awal, tembak mana-mana yang masih tak dapat dicari jawapan. Lega. Keluar sahaja daripada kelas, senyum dan berucap "Trial dah habiiiis! Haaaaah.....". Noktah. Beban sudah kurang sedikit. Tunggu keputusan.
P/S: Sudah dapat markah Bahas Arab Tinggi. Sedang tunggu markah subjek-subjek lain. Semoga hari ini ana dapat lawan catur dengan Pak Lang. Sudah lama tak main..... Mungkin skil ana sudah merosot. Tak apa, inilah masa untuk peningkatan diri daripada pelbagai aspek.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...
Catatan Benar
Bismillahirrahmnirrahim...
Buat Kawan
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.
Sebuah entri ringkas,
Sahabat,
Sudahkah anda bersedia?
Percubaan ?
SPM?
10 hari terakhir ramadhan?
Atau MATI?
Muhasabah diri, koreksi kembali,
Meniti dunia penuh warna-warni,
Kadang-kadang merah,
Kadang-kadang jingga dan
Ada masa hitam.
Ana dapat rasakan yang sahabat-sahabat ana sedang berusaha bersungguh-sungguh lebih-lebih lagi untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelang.
Jangan pula alpa bekal untuk hari akhirat.
Jangan pula "sudah terhantuk baru nak terngadah"
"Sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian.
Melainkan yang beriman dan beramal soleh
dan berpesan-pesan kepada kebenaran
dan berpesan-pesan kepada kesabaran " Al-Asr 2-3
Semoga kita dikurniakan kejayaan !
Sekian. Assalamualaikum.
Innalillahi wa innailaihi raji'un....
Tag ; Sebarkan Yang Patut !
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.
Kenyataan.
Ana tak suka sekular! Anda suka? Kenapa ?
Haha. Sebahagian buku-buku sekolah pun sekular. Mujurlah guru-guru mengaitkannya dengan islam dan kehidupan.
Kita bukanlah umat yang mengambil sebahagian sahaja daripada islam. Tidak juga setakat belajar untuk peperiksaan. Bukan juga hanya untuk menyuruh orang lain berbuat ma'aruf tetapi hati sendiri lupa ingatkan diri. Kita bukanlah sekular ; memisahkan islam daripada pendidikan, meletakkan islam hanya di masjid.
Sebenarnya islam kita adalah setiap masa dari segala segi, ikhlas mendasari niat, terbuka membetulkan dan dibetulkan. Jadi, marilah berusaha tingkatkan amal kita di bulan barakah ini. Yang mahu berubah, cepat-cepatlah berubah hari ini, tinggalkanlah pakaian ketat-ketat dan jaga batas antara lelaki perempuan. Jangan omong kosong, cakaplah yang baik-baik sahaja.
Ana telah di'tag' !
Apa yang di'tag'?
Gambar dan nombor 1,2,3 dan 4.
1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye begitu..
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan...
3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...
4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..
Ini senarai 10 orang yang saya pilih;
1- Amin HAR
2- Faiz Jamain
3- Aduka
4- Rashid
5- Azizi
6- Hadi
7- Ibrahim
8- VileDante
9- Arepa
10- Abang Thaaqib
'Tag' daripada Faiz Jamain.
~Tertunda~
1. Besides your lips, where is the favorite spot to get KISSED?
Head
2. How did you feel when you woke up this MORNING?
Happy =)
3. Who was the last person / people you took a photo WITH?
Izzat
4. Would you consider yourself SPOILED?
Maybe not
5. Will you ever donate BLOOD?
Yosh ! Insyaallah !
6. Have you ever had a best friend who was of the opposite SEX?
Nope
7. Do you want someone to be DEAD?
Nope
8. What does your last text message SAY?
Ahahaha. Ok. Dah faham.
9. What are you thinking about right NOW?
Something
10. Do you want someone to be with you right NOW?
Yup
11. What was the time you went to bed last NIGHT?
t > 12 p.m.
12. Where did you buy the tee you are wearing NOW?
It's free. Ask Sulaiman where did I get it. Program Patriotik.
13. Is someone on your mind right NOW?
Yup
14. Who was the last person who text YOU?
Unkown
10 Lucky Person ( tak perlu buat )
1-Hadi
2-Aiman Hafidz
3-Hazim
4-Aieman
5-Naqib
6-Al-Amin
7-Faiz H.
8-Azri
9-Sulaiman
10-Aduka
15. Who is no.2 having relationship WITH?
Sulaiman, Afif, Ikhwanulians, his family and Allah
16. Is no.3 a male or a FEMALE?
I guess no 3. is a male
17. If no.7 and no.1 get TOGETHER, would it be a GOOD?
Alhamdulillah. They'll get along with each other just fine. Both are muslim. What about combining their skills? Physics and art? Subhanallah !
18. What is no.1 STUDYING?
Gelombang Ombak ?!?! Physics~
19. When was the last time you chatted with THEM?
One of them. At school.
20. Is no.4 SINGLE?
It's hard to give a specific answer. Sincerely, maybe not.
21. Say something about no.2
Haha. You can view your picture at my flickr !
22. What do you think about no.3 & no.6 being TOGETHER?
Maybe they're having an usrah. They meet each other because of Allah.
23. Describe no.9.
A tough guy. Very kind to his sister.
24. What will you do if no.6 and no.7 FIGHT?
Maybe they'll fight to make a beautiful drawing. No.6 use photoshop and no.7 use his drawing thingy like brushes etc.
25. Do you like no.8?
Yup but certainly as a friend. "Thou art more lovely".
TAMAT
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Al-Quds
Bismillahirrahmirrahim...
Assalamualaikum w.r.h. w.b..t
Haha. Kepingin main galah panjang !
Bukannya apa, memang seronok!
Yang paling penting, semasa dalam seronok-seronok itulah manusia boleh memberi perhatian.
Buat apa-apa kerja, kalau seronok memanglah terus menerus dibuatnya. Seronok dengan belajar, belajarlah kerjanya. Seronok main bola, main sahaja. Kadang-kadang dikeluarkan skil dan ditampal strategi.
Jadi setelah simulasi tamat,
mereka diisi dengan kisah di Al-Quds dan kaitan Al-Quds dengan simulasi.
Mereka hadam sahaja apa yang diberi. Semoga kesedaran mereka bercambah dan berputik.
Simulasi yang penuh dengan penderitaan.
Sebahagian prebet ikhwanul 15 dikoyak/ terkoyak pakaian mereka. Kesannya seperti dilakukan oleh mereka yang begitu rakus ( sedapkan ayat). Bukan kesan ini yang kita harapkan, tetapi yang kita inginkan sepatutnya adalah kesedaran ; kesan ampuh mendasari hati.
Lupa pula untuk minta maaf pada mereka. Mungkin ada ter'ganas' ada waktu itu.
Paling jelas, kesungguhan mereka untuk menyelamatkan 'orang palestin' yang menjadi tawanan.
Namun, itulah harga yang terpaksa dibayar. Baju koyak-rabak, ditangkap dan dilempar ke tempat lain, jatuh tergolek-golek ; bayangkan sahaja, ini baru simulasi. Jika kesungguhan ini boleh kita tepek dalam diri setiap masa; beribadah berjuang, bukankah itu sesuatu yang sangat baik?
Tak lupa juga, penipuan yang dilakukan terhadap umat islam tentang masjid Al-Aqsa. Kabur yang manakah Masjid-Al-Aqsa yang sebenar dengan 'The Dome of The Rock".
Isu boikot juga dilihat semakin rapuh. Mahu kata apa? Bukti sudah jelas, saudara kita dihina dan dibunuh begitu kejam. Jadi buat apa kita tolong mereka yang jelas mahu menjatuhkan saudara kita, menjatuhkan kita ,menjatuhkan umat dan juga islam?
Titik.
Oh ya, isu KFC. Isu lama. Sepengetahuan ana, walaupun syarikat itu sudah dibeli, royalti tetap perlu dibayar kepada pemilik jenama syarikat, siapa lagi kalau bukan yahudi ! Itu memang ada dalam perjanjian antara francaisor (memberi kebenaran pinjam jenama) dengan francaisi (meminta kebenaran guna jenama ) namun, kebaikan dan keburukan masih ada.
Kebaikan
1) Peluang pekerjaan meningkat
2) Ekonomi negara meningkat
3) Kuasa beli individu meningkat
4) Kadar kemiskinan menurun
Keburukan
1) Yahudi menerima bantuan 'kita' dangan selamat
2) Saudara kita dibunuh
3) Agenda perang pemikiran oleh musuh islam dapat berjalan lancar
4) Penghidap penyakit tekanan darah tinggi meningkat; makanan yang kurang berkhasiat
5) Banyak sangat - tak muat -
Jadi, pembeli dan pekerja dapat wang, yahudi dapat untung. Tolong-menolong antara satu sama lain. Baguskah?
"Sesiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi penolong mereka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka" [5:51]
Maka ,mahu kongsi beberapa pendapat:
1) Jika semua francais KFC di Malaysia dibeli oleh syarikat islam, mungkin keuntungannya menurun. Yahudi tidak lagi menikmati untung jual beli tetapi menerima untung dalam bentuk komisen atau royalti; ratio jumlah ini kurang berbanding jumlah keuntungan.
2) Katakan semua francais dibeli, maka yahudi hanya goyang kaki terima keuntungan yang berterusan. Mudah. Orang islam bekerja, yahudi hanya tunggu wang.
3) Walaupun hanya mendapat royalti, jumlahnya tetap banyak. Cuba kira jumlah francais KFC di negara yang aman ini? Belum lagi syarikat yahudi lain. Cukupkah duit beli semua francais?
Jika saudara seislam mati kerana mahukan peluang pekerjaan, keteguhan ekonomi dan kehidupan moden lengkap dangan hiburan, soal diri , layakkah kita menjadi saudara mereka? Kalau memang tak ada barang selain barang yahudi, itu kes lain. Pilihan lain ada, terpampang berkualiti juga.
"Boikotlah barang musuh (islam), nescaya Al-Quds akan bercahaya".
P/s: Panjang celoteh tidak sekadar di skrin, tetapi harap mapan di hati.
Suarakan pendapat. Kongsi. Kalau fakta ana salah, silalah betulkan.
Ramadhan semakin hampir. Manfaatkanlah sebaik-baiknya ! =)
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...
Tunjuk Gambar Wanita ?!?!
Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.
Ingat lagi, hadis lelaki muslim kena kena jaga pandangan melihat wanita yang muhrim?
Tentang pandangan pertama dibolehkan dan pandangan kedua haram?
Ingat semula dan teruskan pembacaan...
Cerita 1
Belakangan ini, kamera wujud di mana-mana sahaja. Bila-bila masa orang boleh 'snap' gambar dan 'edit' secara kreatif. Itu pengetahuan umum.
Jadi, kita boleh tonton gambar yang sudah disimpan, boleh buat video, boleh buat kenangan. Macam-macam kita boleh buat. Semua sedia maklum.
Jadi, kalau kita ter'snap', ter'crop' dan ter'save' gambar yang berlainan jantina, bagaimana?
Katakan ada seorang banin 'snap' gambar sekumpulan banat. Tiada objektif. Jalan-jalan, ambil gambar.
Kemudian dia tengok balik gambar tadi. Kemudian sambung 'snap' gambar orang lain.
Di rumah pula, dia tengok semula gambar-gambar yang telah ditangkap. Puas hati.
Dia pun salinlah gambar tersebut ke dalam menggunakan komputernya.
Sudah berapa kali dia tengok gambar...............?
Selesai cerita 1.
Cerita 2
Pada suatu hari yang biasa, sama seperti hari lain, sekumpulan banat yang berpakaian menutup aurat tangkap gambar mereka secara berjemaah.
Hasratnya pun tulus suci murni. Buat kenangan dan memori.
Nanti sudah tamat persekolahan adalah juga pengubat rindu kawan-kawan ; gambar. Oleh itu, dia/mereka pun letaklah gambar tadi di 'myspace' atau yang seangkatan dengannya. Ramailah yang melihatnya dan yang melihatnya bukan sahaja banat tetapi...
Tamat.
Cerita 3
Di sekolah, masih ada yang menjaga ikhtilatnya semasa berbincang dengan jantina lain.
Mengambil langkah berhati-hati , sebahagian daripada pelajar tunduk kepada formula berikut :
Banat : Banin
2n + 1 : 2n
Formula nampak tak seimbang dari aspek matematik.
Formula ini masih diamalkan sehingga ke hari ini supaya tidaklah timbul fitnah.
Sambung bawah.
Cerita 4
Kenalan di luar, cakap dengan jantina (ajnabi) lain ; biasa, lepak-lepak , senda gurau. Ilmu sekadar teori, tak diasimilasikan ke dalam diri dan tak diterjemahkan melalui akhlak.
"Agak ar, tak kan nak tunduk jer cakap dengan awek. Lepak ar . Tak yah tunjuk kau skema. Nanti maruah kau jatuh. Macho sikit".
L1: Bla bla bla. Hahaha.
P: Oh ye ke. Hahaha
L1: Biasalah bla bla bla. Hahaha
L2: Jom ar pusing-pusing jap. Tengok wayang jap.
L1 : Bla bla bla (buat lawak).
P :ROFL
L2: Dah. Jom ar.
Kebiasaan bagi mereka. Dahsyat bagi kita (sepatutnya).
Jadi,
1- Apa pendapat anda tentang wanita memaparkan wajahnya di internet?
2- Adakah sama di antara wanita yang bersolek dengan gambar wanita yang sudah di'edit' cantik ?
Sesiapa yang ada pendapat lain bolehlah kita kongsi,
atau dengan ikhlas mahu membetulkan ana,
baguslah begitu. Dialu-alukan.
Sesiapa yang tahu hukumnya dipersilakan untuk menukilnya.
Sampai di sini sahaja.
Wallahua'lam..
P/S : Sama-samalah kita korek ilmu sedalam yang boleh.
Tugas kita yang terjaga untuk kejutkan mereka yang masih tertidur.
Lap air ke muka mereka, nanti segarlah.
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Kisah di Atas Jalan
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.
Tulisan pendek.
Kelajuan semakin berkurang
Jarak tetap. Tak berubah.
Kesesakan 'lalu lintas'. Jalan alternatif masih samar-samar.
Minyak cukup.
Tunggu masa keluar dari jalan sesak.
Itu di tempat ana.
Di tempat lain,
ada orang mengalami kemalangan. Tak teruk mana pun
Jadi, ada orang mahu tolong.
Kebetulan orang itu merupakan kawannya.
Orang yang ditawarkan pertolongan membalas" Sebenarnya tak rosak apa pun. Sikit jer".
Kawannya balas balik,"Biar betul! Dah nampak macam ni, kita orang nak tolong juga"
"Tak ada pape pun. Sikit jer ni."
Padahal ternyata, keretanya remuk depan. Boleh pula berdalih.
Kemudian kawannya itu pun berlalu pergi. Kesal.
Tak lama selepas itu orang yang kemalangan tadi terduduk diam.
Tak mampu tersenyum.
"Apa nak jadi dengan kereta aku ni...", bermonolog .
Duduklah diam-diam. Usah keluar suara.
Ikut kehendak diri.
Simpan. Selesaikan sendiri.
Cukup patah kata.
P/S: Berjemaah lebih baik ........
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Keindahan Bahasa
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.
Pada suatu hari,
Lokasi di dalam bas
Terjadilah perbualan yang agak mencurigakan antara ana dengan seorang budak...
Izz-Al-Din : Irfan !
Budak M : Kenapa?
Izz-Al-Din : Irfan !
Budak M : Kenapa !?
Izz-Al-Din : Irfan !
Budak M : Kenapaaa?!?!
Izz-Al-Din : ... (pandang mata budak M)
Budak M : Kenapaaa?!?! Apa diaaa ?!?!?
Itu perkara biasa.
Kanak-kanak memang begitu.
Bagaimana pula kalau yang luar biasa?
Bagaimana? bunyi seram...
Pada hari berikutnya,
Lokasi yang sama,
Perbualan lebih kurang sama,
Cuma luar biasa...
Izz-Al-Din : Irfan !
Budak M : Kenapa?
Izz-Al-Din : Irfan !
Budak M : Dosh ta?
Izz-Al-Din : Irfan !
Budak M : Li Maa Zaaa??!
Izz-Al-Din : ... ( melirik mata budak M)
Budak M : Yes !!! Whaaaatt!!!??!!
Budak M baru sahaja berumur lebih kurang 8 tahun...
Budak M menyoal ana dalam pelbagai bahasa... :o
(belum bahasa Cina , Russia dan Spanish)
Sedarkah kita, dengan penguasaan bahasa kita dapat menyampaikan apa yang kita mahukan terhadap orang lain ( contohnya budak M, inkuiri terlalu tinggi. Sebab itu dia tanya " kenapa?"). Dengan penguasaan bahasa jugalah kita mampu memperoleh pelbagai ilmu dan dapat mengajarkan kepada orang lain serta mensucikan orang di luar sana dengan ilmu agama yang tulus dan lurus. Bahkan penyampaian ilmu atau pun dakwah boleh dikembangkan dan lebih efektif , tidak hanya di kawasan dalam tempurung malahan kawasan di luarnya.
Sedar sahaja belum cukup andai tidak dipupuk dengan usaha...
Sekian. Jazakallah. Yahdi kumullah.
P/S : Bagaimana pula kalau kembar?!?!? Haha =)
Innalillahi wa innailaihi rajiu'n...
Fikir Fikiran Orang Lain
Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.
Sekadar entri ringkas.
Persoalan...
Apakah pendapat antum terhadap seseorang yang berfikir tentang apa yang difikirkan oleh orang lain? Apakah hujah dari sudut kebaikannya? Apa pula bangkangan dari sisi gelapnya (jika ada)?
Baiklah, satu contoh.
Sekumpulan murobbi dan mutarobbi berada dalam sesi kedamaian, tenang , santai dan penuh ilmiah di waktu yang penuh barakah iaitu usrah. Lalu, murobbinya memberi satu soalan berkaitan bahan yang dibawanya. Jadi, mutarobbi pun sibuklah memikirkan jawapannya. Namun, seorang jejaka, namanya jejaka M berusaha memikirkan jawapan yang bakal diberikan rakan-rakan seusrahnya (bukannya jawapan yang dia mahu berikan). Oleh itu, dia cuba berfikir tentang jawapan bernas yang pada hematnya akan diungkapkan oleh kawan-kawannya. Dia cuba menjangkakan jawapan-jawapan yang akan keluar dari mulut orang lain berdasarkan pengalamannya bersama-sama mereka, ciri-ciri, sahsiah dan pengetahuan yang ada pada mereka terhadap sesuatu perkara..Akhirnya, dia dapat sebuah jawapan namun dia tidak meluahkan terus. Baginya, dia yakin semua rakan seusrahnya tahu akan jawapan itu bahkan mungkin jawapannya lebih gempak. Tak perlulah berkongsi. Budak-budak lain pun tanyalah jejaka M,"Apa jawapan anta?". Diam. Budak yang sama tanya lagi tetapi dia diam. "Dah tahu , buat apa tanya lagi' jejaka M bermonolog.
Oleh sebab itu, kawan-kawan seusrahnya menuduhnya kedekut, Haji bakhil, tak suka kongsi ilmu sehinggakan ada seorang kawannya tergamak berkata"Simpanlah ilmu anta untuk diri sendiri". Kasihan.
Lain pula ceritanya semasa bermain catur, pemain catur perlu fikir dan kenal pasti rancangan jahat lawan yang boleh menyebabkan kekalahan diri pemain. Malah, pemain perlu merencana strategi untuk mengalahkan lawan dan tidak terperangkap dalam perangkap yang disengajakan.
Baiklah...
Berbalik kepada soalan di atas...
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Sikap Percaya
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.
Agak seronok juga mendengar ceramah daripada Ustaz Hasrizal (Saifulislam) pagi tadi. Santai dan dipenuhi lawak jenaka. Yang jelas, semua yang dibawanya berkaitan dengan tajuk Pecutan Terakhir (SPM 2009). Paling penting, ada sesuatu perkara yang sama yang ada pada orang yang berjaya dari segi apa pun. Itulah perkara yang dinamakan sikap. Malah, orang yang kurang pandai sekalipun mampu mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan sekiranya ada sikap rajin berusaha. Dalam islam, sikap diterjemahkan sebagai akhlak. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Tidak ada sesuatu yang berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik" (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)
Kepercayaan juga sangat penting. Dengan kepercayaan itulah, tertanamnya keyakinan kita terhadap sesuatu perkara. Bahkan, sahabat pun percaya akan kata-kata Rasulullah s.a.w. yang sememangnya benar tetapi belum terbukti (pada masa itu). Sama juga kita percaya kita yakin akan kewujudan hari akhirat tetapi sudahkah kita mengalaminya? Bagaimana pula sikap dan usaha kita jika kita tahu bahawa kita akan mati?
Ada cerita seorang rahib. Semasa dia belum dewasa, dia bercita-cita mahu menguasai dunia. Dia pun menjalani kehidupannya yang biasa. Setelah umurnya meningkat, dia masih belum menguasai dunia. Kemudian umurnya meningkat lagi dan dia masih belum menguasai dunia. Akhirnya dia membuat kesimpulan "Kalaulah aku berjaya kuasai diri aku, pasti kerja-kerjaku bergerak. Kalaulah aku berjaya rapat dengan keluargaku, tentu mereka akan menyokongku menguasai daerah. Kalaulah aku berjaya menguasai daerah ini, mungkin aku berjaya menguasai negeri dan selepasnya menguasai negara. Siapa tahu, mungkin kemudian aku menguasai dunia".
Rumusannya, jika dia lakukan pada awalnya seperti apa yang dikatakan pada akhirnya, mungkin dia akan berjaya. Matlamat ada, percaya pada matlamat kurang.Lihat sahaja pada penggunaan kalau. Tetapi, lihatlah gelagat segelintir kita. Hidup kerana mahu. Lebih banyak bersuka-ria dan bergelak ketawa. Memang gelak-tawa mengukuhkan ukhuwah, tetapi jika gelak banyak sangat, hati boleh jadi gelap. Sudah terang lagi bersuluh, islam sudah menunjukkan jalan yang jelas dan lurus (haha, teringat cerita tentang pembonceng motosikal di jalan yang lurus). Sikap kita adalah pilihan kita, sama ada mahu ikut yang benar atau sebaliknya.
Ana sudah memberi, kamu sudah menerima.
Jadi, sekarang siapa yang bahagia?
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Kawan dan Pilihan
Bismillahirrahmanirrahim...
Aku kira kakiku kukuh kaku,
Kaku kakiku tak kekal,
Kerana kakiku keluar kumpul karangan,
Kisah kemelut kurap keliling,
Kemelut kata mengisi kantung,
Kukuh tak karam,
Kantung hati dicorak kata kawan
Kukuh tak karam,
Kukuh tak karam.
Mudah mulut melontar madah,
Mudah madah mengubah mimpi,
Mudah mimpi menelan masa,
Mimpi masa bersama-sama,
Mati,
Mentah,
Marah,
Mampan,
Padah madah buta.
Biarlah kata berhati-hati,
Rasa pula biar mati,
Ego diri perlu batas,
Janganlah seperti enau dalam belukar,
Buta mata,
Pekak telinga,
Hati mati.
Hati yang berdarah,
Setelah dilukai tajam,
Masih boleh dirawat,
Dengan maaf,
Memberi atau meminta,
Itulah penawar luka.
Janganlah pula alpa,
Solatmu,
Ibadahmu,
Hidupmu,
Matimu,
Hanyalah kerana Tuhan yang menguasai dirimu,
Yang memerintah alam semesta,
Yang melimpahkan nikmat,
Yang memberikan hidayah,
Yang menghubungkan ukhuwah
Dialah Allah yang maha mulia.
P/S:
Jangan kerana kawan di sisi tersilap, anda mahu keluar dari realiti, tanpa sebab teliti, tanpa tujuan jelas membuat keputusan drastik. Jika kamu tak mampu menghadapi dan berhadapan dengan realiti sekarang, apakah jaminan kamu berjaya dalam keadaan yang benar-benar menggugat keimanan pada waktu akan datang? Adakah kamu dijamin mendapat kawan yang lebih baik di luar nanti berbanding sedia ada? Fikirlah-fikirlah. Ada yang keadaanya lebih teruk daripada anda tetapi kepayahan yang mengunjunginya dihadapi dengan baik. Firman Allah, " Mohonlah pertolongan ( kepada Allah) dengan sabar dan solat" Al-Baqarah.
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
KAKUM 2009
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.
Karnival Kokurikulum 2009 telah diadakan di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) pada 20 Jun 2009. Ia juga lebih dikenali sebagai Program Ihtifal. Program yang telah dijalankan ini bertujuan menggarap ciri-ciri keusahawanan dalam setiap pelajar tetapi bersendikan islam dari segala segi. Para pelajar telah berkumpul di padang dan berarak ke dataran dan menyanyikan nasyid Asmaul-Husna . Sungguh tenang dan damai sekali. Kemudian para pelajar menyanyikan pula lagu kegemaran ramai ; Negaraku dengan suara yang tidak mencerminkan semangat yang berkobar-kobar.
Seorang muallaf (masuk islam tahun 2004, berjaya mengislamkan orang lain) telah berkongsi pengalamannya tentang liku-liku yang dihadapi untuk menuju islam dan menegakkannya dalam hati orang lain. Beliau telah diuji dengan pelbagai rintangan. Kerana kebenaran, beliau dihalau. Kerana kebenaran jugalah beliau berpeluang menempah tiket ke syurga.
Kokurikulum merupakan medan yang sangat penting bagi pelajar dan para pelajar SMIAAG telah menjadi contoh kejayaan akademik yang seiring dengan kejayaan kokurikulum (merujuk kepada kata-kata Tuan Pengetua ). Kemudian diiringi dengan ucapan dan perasmian Ihtifal oleh Presiden Jemaah Islah Malaysia. Akhir sekali, para pelajar berdiri dan menyanyikan nasyid sekolah dan 'keluar baris' mengikut kadet masing-masing untuk berkumpul di padang. Kemudian bersurai.
Iron Chess
-Diadakan di 1 At-Tabari
-Mula kira-kira pada pukul 10.30 pagi
-Tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengahari
Fokus Meja 1
Pusingan 1 : Safwan lawan Fattah
Pusingan 2 : Abu Dzar lawan Fattah
Pusingan 3 : Fattah lawan Amin
Pusingan 4 : Amin lawan Falah
Pusingan 5 ( terakhir) : Amin lawan Abu Dzar
Tambahan
Irfan lawan Abu Dzar :
Keputusannya berada di tangan juri. Tunggu isnin ini.
Debat
Tahniah kepada para pendebat
Video
Tuntasnya, program berjalan lancar dan ana tersangatlah gembira. Walaupun banyak suara sumbang sebelum program ini dilancarkan, ana yakin orang lain dan ana sendiri berpuas hati dengan hari KAKUM 2009 di SMIAAG. KAKUM yang terakhir buat Ikhwanul15.
Akhirnya program ini berakhir pada pukul 2.30 petang di surau.
Harapan Punah !!!
Bismillahirrahmanirrahim...
Kakiku melangkah laju,
Dengan harapanku setinggi gunung,
Mungkin dapatku temui,
Sejarah semalam,
Di rumahmu itu,
Tetapi,
Hati yang mengepam darah,
Ke seluruh tubuh,
Berkecai!
Bolehkah kamu bayangkan ?
Harapanku punah berketai-ketai,
Apa yang tertulis di sana,
Hanyalah pohon maaf,
Tiada gambar nostalgia,
Juga tiada ceritera,
Yang dapat kau kongsikan.
Namun begitu,
Keyakinan ini,
Janganlah disia-siakan,
Sesungguhnya,
Engkau telah menekan papan,
"Jadi, insyaallah jika saya sudah memiliki gambar2 saya akan post berkenaan tajuk ini",
Aku akan terus menunggu,
Ceritera indah,
Di Pusat Sains Negara.
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Memori Lama Ikhwanul15
Bismillahirrahmanirrahim...
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Sudah Bersediakah Semua?
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.
Apakah respon anda setelah melihat gambar di atas?
Takut? Cuak? Berdebar-debar? Agak sakit hati? Yakin?Terkejut?Tak boleh bayang?Badan jadi longlai secara tiba-tiba? Demam?
Haha. Respon yang anda beri sudah cukup menunjukkan anda prihatin.
Prihatin sahaja tidak cukup !
Jangan terhegeh-hegeh tunggu benda itu (atas) keluar. Jika anda seorang yang bijak, tentunya anda membuat persediaan untuk cabaran yang semakin hampir dari hari ke hari. Semakin dekat. SPM !
Anda juga pastinya mahu hasilnya yang lumayan bukan? Itu pun sekiranya anda berusaha dan bertawakal.
Tetapi anda akan jadi lebih bijak sekiranya anda membuat persiapan dan persediaan yang rapi sebelum anda berpisah dengan dunia. Persiapan untuk bertemu tuhan, itulah paling penting. Persiapan berbentuk ibadah dan amalan.yang anda lakukan. Kelak semua amalan akan dihitung.Anda tidak tahu tarikh ,masa dan lokasi kematian anda.
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati" Al-Quran.
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Cuti ?
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.
Burung merpati terbang seribu,
Ombak laut menderu pantai,
Ceritera ini untuk kamu,
Ibrahnya panjang berangkai-rangkai.
Ada orang kata "Cuti bosan lar weah, tak ada buat apa-apa".
Ada orang kata lagi "Weah, jom lepak kat mall. Bosan ar duduk rumah"
Ada orang pernah berkata " Sorry lar. Aku tak boleh lepak dengan korang. Aku nak teman awek aku jalan-jalan"
Ada juga orang berkata " Aku nak duduk rumah ar main game puas-puas !"
Pernah orang berkata " Bapak best doh! Aku tengok cerita drama bla bla bla. Best siot!. Start lepas subuh, habis sebelum subuh"
Ada manusia berkata "Aku nak tolong nenek aku cuti ni. Lama lah juga tak tolong nenek. Kesian nenek aku"
Adapun manusia berkata " Alhamdulillah. Dapat juga cuti ini nak rapatkan ukhuwah. Yeah main futsal"
Manusia telah berkata " Nak kerja kot. Dapat duit..! WooOooo."
Ada juga yang berkata begini " Cuti ni aku nak belajar, nak cover semua subjek. Nanti tak ada pula risau peperiksaan"
Manusia juga ada berkata" Cuti ni juga, aku nak mantapkan diri aku dengan islam. Aku nak dakwah orang nanti, mesti ar mantapkan diri dulu"
Ada juga yang berkata" Cuti ni kena siap semua kerja. Tak nak tangguh-tangguh buka sekolah"
Berdasarkan dialog di atas, pastinya kamu dapat teka....
Yang mana satu adalah kamu ?!
"Demi masa, sesungguhya manusia benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling menasihati dengan kebenaran, dan saling menasihati dengan kesabaran" Al-Asr ayat 1-3.
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Realistik !
Bismillahirrahmanirrahim...
Realistik.
Melahap dunia indah,
Mengumpul segala rasa,
Habis sisa tinta,
Nyata tiada noktah,
Untuk luah secubit sayang.
Corak itu akan terpadam,
Pastinya dengan kain hitam,
Dicucuh bahana api biru,
Sampai tersia rasa sisa,
Sesal sampah selubung,
Taktala jasmani punah berketai-ketai.
Realistik ini menjulang tinggi,
Mengepak sayap menutup sinar,
Sampah-sarap mengganti hari-hari kemudian,
Tak mahu menunggu dihurung lalat,
Boleh dikitar semula,
Untuk tujuan baru,
Untuk tujuan hadapan,
Yang mungkin saat ini sangat busuk,
Kelak ia wangi mengharum.
Memang realisitik,
Daun-daun lama akan gugur,
Bunga-bunga akan pudar serinya,
Maaf mungkin air tak cukup,
Baja terlalu banyak,
Supaya cepat kamu bercambah,
Menunggu musim depan.
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Selamat Hari Guru 2009
Bismillahirrahmanirrahim...
Awan berarak,
Menambat ruang tinggi,
Menyusuri legar lembut,
Memecah kepungan kental,
Air isinya bisa menitis,
Ke mana titis-titis itu jatuh?
Jatuh ke dedaunan hijau?
Jatuh ke lembah gersang?
Jatuh ke longkang deras?
Semuanya pasti terkesan,
Tiada istilah pilih kasih.
Dengan titisan-titisan inilah,
Pepohon mampu bercambah,
Menyimpul sebakul mawar merah,
Mencurah buah kesatria,
Daun tertampal molek,
Melekat pada cabang yang kukuh
Yang bermula dari gugusan awan.
Di atas daratan gersang kontang,
Di bawah terik mentari ,
Tanpa berbumbungkan segumpal awan,
Adakah pokok mawar mampu tumbuh subur?
Jika awan menjatuhkan setitis,
Hidupan bawah pasti terulit gembira,
Meraikan kehadiran awan tenang,
Tetapi janganlah dimulakan,
Halai ribut angin kencang,
Mengumpulkan awan-awan hitam,
Ditemani kilat, petir dan guruh,
Retak satu benua.
Awan-awan tinggi jasanya,
Kepada bangsa bahkan dunia,
Mencurah kasih menumpah sayang,
Memang patut duduknya di atas.
Pepohon hidup semuanya tunduk,
Rendah diri memohon maaf,
Andai pernah menongkah dinding awan,
Sombong menahan titisan suci,
Menyalahkanmu di musim kemarau,
Alpa berterima kasih.
Terima kasih guru.
Jasamu dikenang.
Barakallahu fi kum.
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Black Sphere
Bismillahirrahmanirrahim...
Thy bow to outraged,
Because Satan and blood flow together,
No prisoners but thou,
In a black narrow box,
Near a black fire,
So, why did you make paths for it?
Thy not see a color but black,
It's so hot,
Evilness that you upkeep,
Will cause you nothing but perish,
Arrogant that brought you to hell of pain...
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Pinjaman
Bismillahirrahmanirrahim...
Sekadar menyentuh hati-hati yang terjaga...
Jagalah setiap yang dipinjamkan,
Semoga dibalas ganjaran yang baik.
Kepada manusia yang meminjam manusia sesuatu,
Pulangkanlah seperti sediakala.
Perlukah ana menghurai setiap patah kata?
Peganglah Al-Quran dan As-Sunnah, nescaya kamu tidak akan sesat !
Innalillahi wa innailaihi raji'un
Bondaku Tercinta
Bismillahirrahamnirrahim...
Bonda,
Masih ingatkah kau akan kepayahanmu?,
Menatang dan menahan pahit perit kelahiran,
Dihimpit seribu satu pantang larang,
Membelai dan mengucup pipiku,
Yang mungkin menjadi ubat penat.
Bonda,
Masihkah kau ingat wajah ini,
Menyusahkan dalam setiap peri,
Menangis apabila ditinggalkan,
Memaksa membeli mainan,
Akhirnya menjadi sampah yang nyata,
Kemudian merintih mahukan baru,
Sehingga air matamu mengalir deras,
Tak dapat memenuhi nafsu tamak,
Nafsu budak.
Bonda,
Aku cuba menjauhi takuk lama,
Sekadar menjauhi yang keruh,
Masih menyimpan yang jernih,
Kerana yang jernih itu pusaka hidup,
Pesanmu "Tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempedu",
Kerana katamu" Yang pipih tak datang bergolek",
Sebab engkau berpegang pada " Usaha tangga kejayaan".
Bonda,
Bukan aku nukilkan ini menerusi pena,
Tetapi aku melukis dari pintu kasih,
Warna-warni,
Abstrak nan indah,
Corak yang kau berikan aku dahulu,
Membentuk aku hari ini.
Bonda,
Aku pohon maaf kerana aku masih cermin buruk,
Cermin yang tak mampu menyilaukan cahaya,
Cermin dalam kelam,
Yang akan retak bila-bila masa.
Bonda,
Terima kasih atas segala pengorbananmu,
Tak mungkin dapatku balas,
Walaupun jika aku beri lautan emas,
Ingatlah wahai bonda tercinta,
Peluklah Al-Quran dan As-Sunnah erat-erat,
Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkatimu.
Maaf bonda kerana madahku tidak sebaikmu...
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Sebermula
Bismillahirrahmanirrahim...
Titik pertama,
Yang tak kunjung malap,
Dakwah berbekas lama,
Tak usang dibawa zaman,
Caranya berbekas sejarah.
Titik kedua,
Lilin api bercahaya,
Terang menerobos jalan lurus,
"Jangan engkau cuba padamkan",
Tetapi ,
"Marilah bahu-membahu menjulang agama",
Sayang akan manusia,
Agar mendapat syurga,
Agar terhindar neraka.
Titik ketiga,
"Ayuh bangkitlah !" ,
Nyalakan lampu pendarfluor,
Terang-benderang disiram,
Kali ini bukan bermimpi di siang hari,
Tetapi orang yang tersedar dari lamunan panjang,
Meneruskan perjuangan mereka yang lebih awal tersedar,
Kerana esok kita seorang diri,
Kerana esok kita akan ditanya,
Kerana esok mulut tidak menjawab.
Tetapi hari ini,
Kamu tidak keseorangan,
Pulanglah sebelum terlambat...
Innalillahi wa innailahi raji'un...
Riwayat Hidup- Episod 2
Bismillahirrahmanirrahim...
Setelah melalui perit getir hidup di dunia selama 6 tahun, akhirnya ana menginjak ke fasa seterusnya. Ana telah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat Sekolah Rendah. Tahun pertama di sekolah serba baru dan umur menjangkau angka 7.
Pada saat ana berusia 7 tahun, ana telah dimasukkan ke Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak Sungai Pusu. Waktu itu masih belum ada gelanggang dan padang. Kawasan belakang (padang) masih belum ditebas dan kawasan depan pintu utama sekolah adalah hutan tetapi hari ini kita kenalinya sebagai IIS. Maknanya, sekolah memang dikelilingi hutan simpan yang belum diterokai. Hari pertama persekolahan, ana dihantar oleh ibu yang penyayang dengan menaiki kereta Mercedes-Benz lama berwarna merah. Nama ana telah didaftarkan sebagai penghuni 1 Ammar.Kawan baru memang ramai. Hanya menyebut beberapa nama : Nasrullah,Zuhri, Al-Haaziq, Irfan dan ramai lagi. Setiap hari berkongsi kegembiraan, keseronokan, kebahagiaan, keceriaan dan senyuman.Kalau gaduh pun, sekejap sahaja sudah elok. Penyakit dengki-mendengki memang tiada, tidak wujud pun dalam kamus hidup budak kecil berumur 7 tahun. Kerap kali ana makan honeystars (pada waktu ini belum boikot) dengan Nasrullah dan kawan-kawan lain. Haha , Nasrullah pemurah. Terima kasih. Jasa baik anda dihargai. Antara cikgu-gikgu yang mengajar ana termasuklah Muallimah Roslina(bahasa Inggeris), Muallimah Salmah(bahasa Melayu), Muallimah Zaleha(aqidah), Ibu Sariah(matematik), Muallimah Zainab (bahasa arab), Ustaz Hamdan dan ramai lagi ( maaf, hanya menyebut beberapa nama). Ibu Sariah ajar kami (budak-budak kelas 1 Ammar) satu lagu seronok." Dari kiri ke kanan ayat matematik, dari atas ke bawah bentuk lazim, itu semua senang sahaja, asal kita ingat pada Allah". Itulah lirik lagunya yang mengingatkan orang lain kepada Allah walaupun seorang budak-budak. Kreatif bukan? Namun begitu, pada suatu hari,kami telah bermain keretapi-keretapi di dalam kelas. Pada waktu itu, Ibu Sariah sedang kepenatan ;duduk di atas kerusi. Kami mainlah keretapi-keretapi , buat bising. Banat pun marah banin. Keretapi masih berjalan. "Bedebuk!". Seorang banin dapat tapak kaki dari banat. Dikatakan bahawa, banat yang menendangnya sememangnya ahli dalam seni pertahanan diri. Kasihan, haha.
Di samping itu, semasa peperiksaan Sirah sedang berjalan, ana pun jawablah soalan-soalan dalam kertas. Sampai suatu masa, sampai ke soalan isi tempat kosong. Jawapan-jawapan diberi dalam kotak bentuk awan. Tertarik tengok awan. Jadi, ana warnakanlah awan-awan itu agar nampak cantik. Warna sepuasnya dalam masa yang sama, melatih bakat terpendam ;kebolehan mewarna menggunakan pensel-pensel warna. Akibatnya masa berlalu laju dan akhirnya tamat tanpa sempat untuk disiapkan. Dapat C.Biarkanlah. Tak kisah. Pada waktu hari raya pula, ana tengok sepupu-sepupu main mercun. Macam-macam mercun ada. Mercun roket, mercun bunga api, mercun bola, mercun kereta kebal, mercun naga, mercun gasing dan yang paling tidak dilupakan mercun ayam. Keluarga dari Johor yang bawa. Tak sah kalau tiada mercun sempena aidilfitri. Budak jahil, primitif dan tidak berdosa bermain mercun.
Sampai sini sahaja coretan yang mahu ana kongsi setakat ini. Episod ketiga tak tahu lagi akan keluar atau tidak.Segalanya boleh terjadi andai diizin Allah.
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Riwayat Hidup- Episod 1
Bismillahirrahmanirrahim...
Tulisan kali ini lebih tertumpu pada nostalgia lama. Kalau boleh, mahu dituliskan semuanya tetapi tak muat. Tapi kalau ada kawan lain nak tambah, memang boleh. Jadi, ana mulakan tulisan ana sejak ana berumur 1-6 tahun.
1-6 Tahun
Peringkat awal, ana terpaksa berenang selaju mungkin dan bersaing dengan sperma-sperma lain agar dapat fertalisasi. Alhamdulillah, dikurniakan kejayaan. Kemudian diri ana tertanam pada dinding uterus seterusnya mengambil masa yang agak lama untuk menjadi bayi yang cukup sifat. Ayah ana sangat risau akan keselamatan ibu ana. Akhirnya ana selamat lahir pada $/#/1992 di *&^%$#. Ana dijaga oleh orang bukan islam semasa tinggal disana; kawan ibu ana yang baik orangnya. Semoga Allah memberikannya taufik dan hidayah untuk masuk islam. Ana juga dijaga oleh nenek ana yang baik hati, emak saudara dan keluarga.
Seawal umur 2 tahun, ana terpaksa bersaing dengan sepupu-sepupu lain berdasarkan sifat comel. Siapakah lebih comel? Ana mengaku sepupu-sepupu ana lebih comel daripada ana. Jadi, disebabkan sunatullah, muka budak kecil sememangnya comel, pipi kami telah dicubit dengan 'penuh kasih sayang' puluhan kali. Akibatnya, ada yang pipi lebam, pipi menggelebeh, menangis dan sebagainya. Kesemuanya dilakukan atas dasar 'kasih sayang'. Adik ana pula telah lahir pada bulan September.
Seawal umur 3 tahun, ana telah dididik di Tadika Amal, Taman Jasa. Ya, ibubapa sangat pentingkan pendidikan anak-anak mereka. Atas kesedaran mereka inilah, ana dihantar ke sana untuk menimba ilmu. Baju 'seragam' Tadika Amal bercorak kotak-kotak dan berwarna biru.
Seawal usia 4 tahun, ana semakin membesar dari segi saiz dan semakin ramai orang yang ana kenal. Masih lagi seorang budak yang suci bersih daripada dosa. Pipi yang tidak berdosa ini masih dicubit berulangkali oleh kakak saudara ana. Rumah ana berhampiran dengan rumahnya. Memang sah ana jadi mangsa setiap hari. Sepupu-sepupu lain duduk jauh; Johor, Ulu Yam, Kajang dan sebagainya.
Seawal usia 5 tahun, ana semakin mengenali cikgu-cikgu tadika. Ana hanya ingat nama dua orang cikgu ; Cikgu Rahmah (merangkap Guru Besar) dan Cikgu Aisyah. Ana hanya ingat muka Cikgu Aisyah. Terang dan jelas. Ana kawan dengan budak-budak kecil lain. Sungguh riang dan ceria. Muaz bin Khairi pun tadika di situ. Bezanya ana sebelah pagi, dia sebelah petang. Ana pun belum kenal dia lagi. Pergi tadika naik bas sekolah. Dalam bas ada jual makanan sedap-sedap ; sate, aiskrim dan sebgainya. Selain itu, ana pun cuak dengan seorang nenek dalam bas sebab dia pakai gigi emas. Lebih-lebih lagi dia yang jual semua makanan dalam bas.
Akhirnya, sampai juga usia 6 tahun. Ana menjadi senior kepada adik-adik lain. Tak terasa pun senior sebab masih kebudak-budakan. Pada suatu hari, cikgu bagi surat. Budak-budak lain dapat juga. Apalagi, ana pun berikan kepada ibu ana di rumah. Ibu kata nak masukkan ana ke Sekolah Al-amin. Ana nak masuk sekolah kebangsaan sebab kawan-kawan lain masuk sekolah kebangsaan. Taqlid kawan-kawan. Apakan daya, redha Allah terletak pada keredaan ibu bapa. Ana pun jadi orang yang patuh.. Kemudian, ana bincang dengan budak-budak lain. " Weah, sekolah mana nanti? "."Sekolah Sungai Kertas". Dalam hati " Oh, sungai yang dalamnya ada kertas banyak-banyak. Bestnya !". Jadi ana beritahu cikgu ana masuk Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak tahun depan. Menjelang hari raya, Tadika Amal pun buat 'tadika terbuka' yang khas untuk budak-budak tadika. Ana pakai songkok, pakaian berwarna emas, lebih pada coklat kekuningan. Sampin pun pakai. Lantai sujud pula dilapik kain gulung berwarna putih. Tak silap ana makanan kena bawa sendiri.
Setakat ini, itu sahaja yang ana ingat. Bersambung episod kedua. Insyaallah esok.
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Keringat Belum Habis
Bismillahirrahmanirrahim...
Tak,
Aku tak biarkan,
Aku tak akan biarkan,
Kawanku menyumbat telinganya sendiri,
Biar ocehan berbunyi,
Biarkan,
Aku berdiri disokong akar dalam,
Aku rela dianggap rumput,
Gagah ditimpa ribut,
Kukuh di celah bencana.
Aku optimis,
Tak gelagak,
Jauh sekali gundah,
Tadi aku dapat emas,
Daripada pemberi yang pemurah,
Aku tak putus asa,
Itupun aku belajar daripada kamu,
Haha,
Nilai yang baik.
Tunggu,
Tadi aku belum kalah,
Cuma aku kekurangan emas,
Rumput-rumput lain masih teguh,
Kau sendiri nampak buktinya,
Aku akan 'berikan' emas kepadamu,
Akanku gabung penyokong dan tukang sorak,
Seiring tawakal.
Aku cuba!
Aku cuba!
Aku cuba!
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Kelam Pergi, Aku Berlari
Bismillahirrahmanirrahim...
Kain putih,
Bertukar kelam,
Kelam dinding hari,
Kelam cermin diri,
Kelam segenap mimpi,
Mimpi yang disusun rapi,
Musnah sebab penyakit hati.
Hati mati,
Hati runsing,
Hati pusing,
Inilah percikan merah,
Luka yang terpercik.
Hati rebah,
Hati kelam,
Seperti kelamnya dasar laut,
Yang di atasnya ombak,
Di atas ombak ada ombak,
Di atasnya awan yang bertindih-tindih,
Lalu keluarkanlah tanganmu,
Nampakkah?,
Kelam pekat.
Semalam,
Kelam sudah tertinggal,
Di belukar duri,
Aku biarkannya menangis seorang diri,
Berlalu pergi menuju ke destinasi,
Cahaya di hujung jalan,
Aku berlari anak,
Aku berlari-lari,
Kenapa?
Sebab aku ketinggalan,
Sebab aku lambat,
Sibuk melayan kelam,
Kawan-kawanku semua di hadapan,
Berjalan tenang.
Sungguh penat,
Aku pun berjalan,
Terpanggil kata-kata bernas
Ayat emas seorang kawan ,
"Izzaldin, anta tak boleh ikut seperti ana di depan",
"Tahap kita tak sama",
"Ana berjalan, anta kena berlari ",
Terima kasih,
Nasihati kawanmu yang lemah,
Teruskan berlari.
Innalilahi wa innailaihi raji'un...