Riwayat Hidup- Episod 2

Saturday, May 2, 2009 , Posted by ijalceritera at 7:45 PM

Bismillahirrahmanirrahim...


Setelah melalui perit getir hidup di dunia selama 6 tahun, akhirnya ana menginjak ke fasa seterusnya. Ana telah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat Sekolah Rendah. Tahun pertama di sekolah serba baru dan umur menjangkau angka 7.


Pada saat ana berusia 7 tahun, ana telah dimasukkan ke Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak Sungai Pusu. Waktu itu masih belum ada gelanggang dan padang. Kawasan belakang (padang) masih belum ditebas dan kawasan depan pintu utama sekolah adalah hutan tetapi hari ini kita kenalinya sebagai IIS. Maknanya, sekolah memang dikelilingi hutan simpan yang belum diterokai. Hari pertama persekolahan, ana dihantar oleh ibu yang penyayang dengan menaiki kereta Mercedes-Benz lama berwarna merah. Nama ana telah didaftarkan sebagai penghuni 1 Ammar.Kawan baru memang ramai. Hanya menyebut beberapa nama : Nasrullah,Zuhri, Al-Haaziq, Irfan dan ramai lagi. Setiap hari berkongsi kegembiraan, keseronokan, kebahagiaan, keceriaan dan senyuman.Kalau gaduh pun, sekejap sahaja sudah elok. Penyakit dengki-mendengki memang tiada, tidak wujud pun dalam kamus hidup budak kecil berumur 7 tahun. Kerap kali ana makan honeystars (pada waktu ini belum boikot) dengan Nasrullah dan kawan-kawan lain. Haha , Nasrullah pemurah. Terima kasih. Jasa baik anda dihargai. Antara cikgu-gikgu yang mengajar ana termasuklah Muallimah Roslina(bahasa Inggeris), Muallimah Salmah(bahasa Melayu), Muallimah Zaleha(aqidah), Ibu Sariah(matematik), Muallimah Zainab (bahasa arab), Ustaz Hamdan dan ramai lagi ( maaf, hanya menyebut beberapa nama). Ibu Sariah ajar kami (budak-budak kelas 1 Ammar) satu lagu seronok." Dari kiri ke kanan ayat matematik, dari atas ke bawah bentuk lazim, itu semua senang sahaja, asal kita ingat pada Allah". Itulah lirik lagunya yang mengingatkan orang lain kepada Allah walaupun seorang budak-budak. Kreatif bukan? Namun begitu, pada suatu hari,kami telah bermain keretapi-keretapi di dalam kelas. Pada waktu itu, Ibu Sariah sedang kepenatan ;duduk di atas kerusi. Kami mainlah keretapi-keretapi , buat bising. Banat pun marah banin. Keretapi masih berjalan. "Bedebuk!". Seorang banin dapat tapak kaki dari banat. Dikatakan bahawa, banat yang menendangnya sememangnya ahli dalam seni pertahanan diri. Kasihan, haha.
Di samping itu, semasa peperiksaan Sirah sedang berjalan, ana pun jawablah soalan-soalan dalam kertas. Sampai suatu masa, sampai ke soalan isi tempat kosong. Jawapan-jawapan diberi dalam kotak bentuk awan. Tertarik tengok awan. Jadi, ana warnakanlah awan-awan itu agar nampak cantik. Warna sepuasnya dalam masa yang sama, melatih bakat terpendam ;kebolehan mewarna menggunakan pensel-pensel warna. Akibatnya masa berlalu laju dan akhirnya tamat tanpa sempat untuk disiapkan. Dapat C.Biarkanlah. Tak kisah. Pada waktu hari raya pula, ana tengok sepupu-sepupu main mercun. Macam-macam mercun ada. Mercun roket, mercun bunga api, mercun bola, mercun kereta kebal, mercun naga, mercun gasing dan yang paling tidak dilupakan mercun ayam. Keluarga dari Johor yang bawa. Tak sah kalau tiada mercun sempena aidilfitri. Budak jahil, primitif dan tidak berdosa bermain mercun.

Sampai sini sahaja coretan yang mahu ana kongsi setakat ini. Episod ketiga tak tahu lagi akan keluar atau tidak.Segalanya boleh terjadi andai diizin Allah.



Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Currently have 0 Baca Balas: