Catatan Benar

Sunday, August 30, 2009 , Posted by ijalceritera at 1:44 AM

Bismillahirrahmnirrahim...


Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.

Merah,
Setitis berani,
Lari dari pembuluh,
Hasil dari kesungguhan,
Mempertahan melawan jari-jemari kasar,
Mengimpi dunia,
Retak sejuta bangsa.

Kenapa berkira isu bangsa?
Agama letak tepi parit,
Maruah letak tepi loji,
Patung,
Bertindak kerana orang,
Mahu dipandang setinggi langit,
Atau dipuji secantik purnama?
Belum cukup analogi.

Al-Quran dan As-Sunnah tersedia,
Buka tingkap akal,
Jangan cetek,
Biar tingkap dibuka sepanjang masa,
Kerana fakta dan auta tampak serasi,
Tetapi yang benar tetap jelas,
Air dan minyak tak bercampur!

Benar,
Masa tak boleh dibeli,
Cuma boleh dihitung sampai mati,
Baru tersedar?
Mimpi, angan dan cita tinggal omong kosong,
Terlambat, mungkin ?!?!
Muka tak seceria si comel,
Takut melanggut,
Diam seribu bahasa.

Jadi,
Mandilah sebersih-bersihnya,
Di bawah sinar Ramadhan,
Mandi bersungguh-sungguh,
Kerana kaki belum pasti menjejak,
Tangan belum mampu mencapai,
Ramadhan berikut.

Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Currently have 4 Baca Balas:

  1. erm, catatan ni buat sendiri ke?
    mantap..~ hehe =)

  1. ijalceritera says:

    cot : Allah beri ilham.... Alhamdulillah
    Putra Al-Maliki : Harapnya begitulah... =)