Bondaku Tercinta
Bismillahirrahamnirrahim...
Bonda,
Masih ingatkah kau akan kepayahanmu?,
Menatang dan menahan pahit perit kelahiran,
Dihimpit seribu satu pantang larang,
Membelai dan mengucup pipiku,
Yang mungkin menjadi ubat penat.
Bonda,
Masihkah kau ingat wajah ini,
Menyusahkan dalam setiap peri,
Menangis apabila ditinggalkan,
Memaksa membeli mainan,
Akhirnya menjadi sampah yang nyata,
Kemudian merintih mahukan baru,
Sehingga air matamu mengalir deras,
Tak dapat memenuhi nafsu tamak,
Nafsu budak.
Bonda,
Aku cuba menjauhi takuk lama,
Sekadar menjauhi yang keruh,
Masih menyimpan yang jernih,
Kerana yang jernih itu pusaka hidup,
Pesanmu "Tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempedu",
Kerana katamu" Yang pipih tak datang bergolek",
Sebab engkau berpegang pada " Usaha tangga kejayaan".
Bonda,
Bukan aku nukilkan ini menerusi pena,
Tetapi aku melukis dari pintu kasih,
Warna-warni,
Abstrak nan indah,
Corak yang kau berikan aku dahulu,
Membentuk aku hari ini.
Bonda,
Aku pohon maaf kerana aku masih cermin buruk,
Cermin yang tak mampu menyilaukan cahaya,
Cermin dalam kelam,
Yang akan retak bila-bila masa.
Bonda,
Terima kasih atas segala pengorbananmu,
Tak mungkin dapatku balas,
Walaupun jika aku beri lautan emas,
Ingatlah wahai bonda tercinta,
Peluklah Al-Quran dan As-Sunnah erat-erat,
Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkatimu.
Maaf bonda kerana madahku tidak sebaikmu...
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Currently have 0 Baca Balas: