Tunjuk Gambar Wanita ?!?!

Sunday, August 2, 2009 , Posted by ijalceritera at 2:04 AM

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.

Ingat lagi, hadis lelaki muslim kena kena jaga pandangan melihat wanita yang muhrim?
Tentang pandangan pertama dibolehkan dan pandangan kedua haram?
Ingat semula dan teruskan pembacaan...

Cerita 1

Belakangan ini, kamera wujud di mana-mana sahaja. Bila-bila masa orang boleh 'snap' gambar dan 'edit' secara kreatif. Itu pengetahuan umum.
Jadi, kita boleh tonton gambar yang sudah disimpan, boleh buat video, boleh buat kenangan. Macam-macam kita boleh buat. Semua sedia maklum.
Jadi, kalau kita ter'snap', ter'crop' dan ter'save' gambar yang berlainan jantina, bagaimana?
Katakan ada seorang banin 'snap' gambar sekumpulan banat. Tiada objektif. Jalan-jalan, ambil gambar.
Kemudian dia tengok balik gambar tadi. Kemudian sambung 'snap' gambar orang lain.
Di rumah pula, dia tengok semula gambar-gambar yang telah ditangkap. Puas hati.
Dia pun salinlah gambar tersebut ke dalam menggunakan komputernya.
Sudah berapa kali dia tengok gambar...............?
Selesai cerita 1.

Cerita 2

Pada suatu hari yang biasa, sama seperti hari lain, sekumpulan banat yang berpakaian menutup aurat tangkap gambar mereka secara berjemaah.
Hasratnya pun tulus suci murni. Buat kenangan dan memori.
Nanti sudah tamat persekolahan adalah juga pengubat rindu kawan-kawan ; gambar. Oleh itu, dia/mereka pun letaklah gambar tadi di 'myspace' atau yang seangkatan dengannya. Ramailah yang melihatnya dan yang melihatnya bukan sahaja banat tetapi...

Tamat.

Cerita 3

Di sekolah, masih ada yang menjaga ikhtilatnya semasa berbincang dengan jantina lain.
Mengambil langkah berhati-hati , sebahagian daripada pelajar tunduk kepada formula berikut :

Banat : Banin
2n + 1 : 2n

Formula nampak tak seimbang dari aspek matematik.
Formula ini masih diamalkan sehingga ke hari ini supaya tidaklah timbul fitnah.
Sambung bawah.

Cerita 4

Kenalan di luar, cakap dengan jantina (ajnabi) lain ; biasa, lepak-lepak , senda gurau. Ilmu sekadar teori, tak diasimilasikan ke dalam diri dan tak diterjemahkan melalui akhlak.
"Agak ar, tak kan nak tunduk jer cakap dengan awek. Lepak ar . Tak yah tunjuk kau skema. Nanti maruah kau jatuh. Macho sikit".

L1: Bla bla bla. Hahaha.
P: Oh ye ke. Hahaha
L1: Biasalah bla bla bla. Hahaha
L2: Jom ar pusing-pusing jap. Tengok wayang jap.
L1 : Bla bla bla (buat lawak).
P :ROFL
L2: Dah. Jom ar.

Kebiasaan bagi mereka. Dahsyat bagi kita (sepatutnya).

Jadi,

1- Apa pendapat anda tentang wanita memaparkan wajahnya di internet?

2- Adakah sama di antara wanita yang bersolek dengan gambar wanita yang sudah di'edit' cantik ?

Sesiapa yang ada pendapat lain bolehlah kita kongsi,
atau dengan ikhlas mahu membetulkan ana,
baguslah begitu. Dialu-alukan.

Sesiapa yang tahu hukumnya dipersilakan untuk menukilnya.

Sampai di sini sahaja.
Wallahua'lam..

P/S : Sama-samalah kita korek ilmu sedalam yang boleh.
Tugas kita yang terjaga untuk kejutkan mereka yang masih tertidur.
Lap air ke muka mereka, nanti segarlah.

Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Currently have 5 Baca Balas:

  1. DUKE says:

    berkenaan soalan anda:
    1- Apa pendapat anda tentang wanita memaparkan wajahnya di internet?
    =ntahlar...cbe tanye mas sarep..ana nk ajukn soklan plak"wanita trsebut memaparkn wajahya di internet dgn niat utk apa?"

    2- Adakah sama di antara wanita yang bersolek dengan gambar wanita yang sudah di'edit' cantik ?
    =of course la x same.same macm anta tgk ayam hidup dgn ayam yang telah digoreng kekuningan.adakah sama?adoiy...lapar..amende ana ngarot nih..k arh...salam

  1. Anonymous says:

    Assalamuaalikum. Saya pernah terdengar ada seorang kawan pernah berkata yang niat tak menghalalkan cara. Jadi bila ada pape masalah hukum, selalunya orang akan merujuk kepada niat sebab macam yang kita belajar, niat itulah yang menentukan baik buruk perlakuan seseorang. Jadi kalau dia berniat nak upload photo solihah dia untuk menunjuk yang dia solih itu dikira berdosa. Dan niat tak menghalakan cara dalam konteks ini, kalau seseorang solihah berniat "baik" untuk upload photo (kalau dikira haram) untuk tujuan baik tetap tidak menghalalkan hukum tersebut. Tetapi sejauh mana kebenaran kenyataan kawan sayaa itu masih saya tak pasti. Tapi yang saya pasti kalau betul perempuan itu seorang berniat untuk menjaga aib dan tidak berniat untuk menunjuk walau sekali, maka dia tak akan sekali pun terdetik untuk mengupload photo di internet. Tapi at the same time, issue ni timbul sebab naluri manusia itu sendiri especially lelaki. Cuba bayang kalau lelaki tak ada nafsu pada gambar perempuan solehah di internet, wujud tak issue ni? Jadi saya kira dalam kes ni, lelaki tu sendiri kena jaga penglihatan, bukannya salah wanita semata-mata sebab dia upload photo yang akhirnya menjatuhkan hukum haram apabila lelaki itu tergoda. Saya rasa banyak je ustazah di luar negara yang bergambar dengan family untuk kenangan. Jadi adakah masih konkrit kenyataan kawan saya? Tidak semestinya!

  1. zaman skrg semua pixel makin bernumber besar. erm~ bahaya itu.

    dan saya setuju isu ini dibangkitkan.

    perlu nilaian serius.

  1. ijalceritera says:

    to zairool: soalan kedua, sebenarnya ana maksudkan, kalau perempuan tak boleh bersolek untuk ghairu muhrim, jadi boleh tak kalau 'edit' gambar perempuan agar nampak cantik? Jadi tontonan 'umum'.

    to Qubezo: Syukran Never Ask Question In Battle

    to Thaaqhib : Benar. Perlu ambil kisah jika fikir masa depan. Tempat tinggal yang sesuai dangan amalan kita.
    Payah juga buat 'game'. Ada orang terpaksa reka watak saiz besar, kemudian kecilkan jadi watak 'game' dan nampak lebih elok.

  1. ijalceritera says:

    Di sini, ana mahu sisipkan perbahasan di tempat lain,

    http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1043

    http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=47&thread_id=6605

    Syukran Never Ask Question In Battle