KISAH PISAU
6 hours ago
Salam.Bismillah "Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara" Bukanlah suatu perkara mudah untuk mengekalkan hubungan sesama manusia, namun yang pasti setiap usaha yang baik dan ikhlas ke arah itu insya Allah dirahmati dan diberkati. Pelbagai ragam muka.... Kadangkala, dalam kita bersosial, bergaul dengan masyarakat sekeliling kita mungkin ada terbuat salah. Kalau orang buat salah dengan kita, maafkan sahaja dan tak perlu berdendam. Ketahuilah dendam adalah racun ukhuwah. Jikalau kita pula buat salah pada anggota masyarakat segeralah minta maaf. Sebahagian mereka sudi memaafkan. Hei, tak semua orang bersifat pemaaf ! Jadi, berhati-hatilah dalam tindakan dan liuk lidah anda. Untuk eratkan lagi hubungan "berhadiahlah, nescaya kamu berkasih sayang". Tak perlu mahal, sekadar termampu. Mungkin anda urut bahu dan belakang kawan anda selama 6 jam pada tarikh kelahirannya. Juahkan diri dari sangka buruk. Tak kisahlah, kawan datang lambat temu janji, ter'delete' anda dalam facebook,blog, myspace, twitter, tagged, friendster, zorpia dan yang seangkatan dengannya. Mungkin dia ter*&%^$$@# atau komputer disambar petir. Wallahua'lam. Anda punya pengalaman sendiri jadi, LUASKANLAH !Dalam berukhuwah, kita alami suka-duka kadangkala mengganggu gugat jambatan hubungan. Jambatan kayu boleh runtuh jika asasnya, kayu papan dimakan anai-anai. Projek jambatan Pulau Pinang tak boleh disiapkan sekiranya bahan tidak cukup, modal tak cukup, buruh tak cukup dan tanah juga tidak cukup luas. Sekiranya faktor pengeluaran seperti buruh, modal dan tanah tidak cukup maka , matilah ilusi jambatan. Perkara ini adalah asas dalam aktiviti pengeluaran. Jadi. kalau asas kita dalam berukhuwah pun tunggang terbalik, mana mungkin kita dapat rasa kemanisannya. Jadi ta'aruf , tafahum dan takaful lah anda sesama rakan. Mungkin proses makan masa lama tetapi SAYA JAMIN BUAHNYA PASTI MANIS! Jangan lupa anda sudah bersyahadatain. Jadi ukhuwah ini mestilah bersangkut-paut dengan sumpah anda. IKHLASKAN DIRI. Jom bina masyarakat mujahid bersama ukhuwah kita.
Izz-Al-Din . Alumni SMIAAG . Future IIUM Student Insya Allah . ijal_1992@yahoo.com .
Copyright 2009 - Tinta Izz al-Din. Powered by Blogger.
Free Blogger template by Bloggerspan. Original Design by CamelGraph.
Currently have 0 Baca Balas: