Sikap Percaya

Saturday, July 4, 2009 , Posted by ijalceritera at 8:40 PM

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.


Agak seronok juga mendengar ceramah daripada Ustaz Hasrizal (Saifulislam) pagi tadi. Santai dan dipenuhi lawak jenaka. Yang jelas, semua yang dibawanya berkaitan dengan tajuk Pecutan Terakhir (SPM 2009). Paling penting, ada sesuatu perkara yang sama yang ada pada orang yang berjaya dari segi apa pun. Itulah perkara yang dinamakan sikap. Malah, orang yang kurang pandai sekalipun mampu mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan sekiranya ada sikap rajin berusaha. Dalam islam, sikap diterjemahkan sebagai akhlak. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Tidak ada sesuatu yang berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik" (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

Kepercayaan juga sangat penting. Dengan kepercayaan itulah, tertanamnya keyakinan kita terhadap sesuatu perkara. Bahkan, sahabat pun percaya akan kata-kata Rasulullah s.a.w. yang sememangnya benar tetapi belum terbukti (pada masa itu). Sama juga kita percaya kita yakin akan kewujudan hari akhirat tetapi sudahkah kita mengalaminya? Bagaimana pula sikap dan usaha kita jika kita tahu bahawa kita akan mati?

Ada cerita seorang rahib. Semasa dia belum dewasa, dia bercita-cita mahu menguasai dunia. Dia pun menjalani kehidupannya yang biasa. Setelah umurnya meningkat, dia masih belum menguasai dunia. Kemudian umurnya meningkat lagi dan dia masih belum menguasai dunia. Akhirnya dia membuat kesimpulan "Kalaulah aku berjaya kuasai diri aku, pasti kerja-kerjaku bergerak. Kalaulah aku berjaya rapat dengan keluargaku, tentu mereka akan menyokongku menguasai daerah. Kalaulah aku berjaya menguasai daerah ini, mungkin aku berjaya menguasai negeri dan selepasnya menguasai negara. Siapa tahu, mungkin kemudian aku menguasai dunia".

Rumusannya, jika dia lakukan pada awalnya seperti apa yang dikatakan pada akhirnya, mungkin dia akan berjaya. Matlamat ada, percaya pada matlamat kurang.Lihat sahaja pada penggunaan kalau. Tetapi, lihatlah gelagat segelintir kita. Hidup kerana mahu. Lebih banyak bersuka-ria dan bergelak ketawa. Memang gelak-tawa mengukuhkan ukhuwah, tetapi jika gelak banyak sangat, hati boleh jadi gelap. Sudah terang lagi bersuluh, islam sudah menunjukkan jalan yang jelas dan lurus (haha, teringat cerita tentang pembonceng motosikal di jalan yang lurus). Sikap kita adalah pilihan kita, sama ada mahu ikut yang benar atau sebaliknya.

Ana sudah memberi, kamu sudah menerima.
Jadi, sekarang siapa yang bahagia?


Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Currently have 2 Baca Balas:

  1. prison break.
    season satu sampai 4.

    kalau ikuti lah~

    anda akan dapati betapa kuatnya kuasa perkataan ini

    TRUST

  1. Izz-Al-Din says:

    Oh. Kehadiran perkataan itu lebih dirasai apabila bergaul dengan 'mereka'. Pedih rasanya kalau perkataan ini dikhianati terutamanya oleh orang yang kita kenal yang ana gelarkan sebagai 'mereka'.