Laporan Percubaan SPM 2009
Bismillahirrahmanirrahim....
Salam Ramadhan dan Eidul Mubarak kepada semua....
Percubaan SPM 2009 di SMIAAG bermula pada hari rabu pada 2 September .
Peperiksaan yang sungguh tragis, sukar untuk diucap dan dilantun semula.
Maka, anggaplah ini hanyalah sebuah coretan bersahaja tetapi bermakna...(?)
Bahasa Melayu, Rabu 2/9
Masuk kelas . Baca doa . Lihat soalan bahagian A, tulis semua isi. Itu sahaja. Kemudian rasa tak boleh buat. Pergi bahagian B. Kumpul isi-isi merapu. Banyak tetapi kurang berkualiti. "Kalau cikgu baca nanti karangan teruk macam ni..." monolog. Tak mengapa teruskan. Tulis sampai habis ; markah paling banyak dalam kertas 1. Tulis pun lembab semacam. Tup,tup... masa tinggal sikit. Habis bahagian B dengan ayat yang banyak merapu dan peribahasa serba tak kena. Baki masa sikit. Tak apa, sambung terus bahagian A walaupun tinggal 10 ke 15 minit. "Tulis isi penting jer lah, dapat juga markah !" monolog lagi. Masa tamat, kertas diambil. Tak apa....
Usai solat Duha, main soal-soal dengan Su. Soal apa? Biodata pengarang..... Hehe, harapan tinggi mahu soalan biodata pengarang keluar. Naik kelas. Duduk, doa. Cuak, buat silap besar seperti pada kertas 1. Hati girang, muka senyum lihat soalan awal (senyum pada diri sendiri kira sedekahlah kan?? Hehe). Dalam hati, rasa sesal belum terubat lagi (kertas 1 Bahasa Melayu). Jadi, buatlah soalan dan berhenti pada soalan buat ayat. Ayam telur ; Kena tulis ayat menggunakan perkataan ini. Haha, tak pernah pula dengar istilah sebegini. Tinggal / hentam. Alhamdullilah, ada keluar soalan biodata. Laju tulis. Haha ada soalan tulis plot novel. Lama fikir, tak ada isi, salah contoh dan tinggal. Telur ayam. Tamat.
English , Thursday 3/9
Been prepared since yesterday. Read sinopsis of novel The Pearl , expounded poem The Road Not Taken and The Necklace ( I recently found out that the necklace borrowed from Madame Forestier is fake! Haha. Lame). Paper 1 and paper 2 ; "just do it" monologue. Spent lots of time on poem There's Been a Death In The Opposite House. Essay ; sincerely, I'm weak in grammar.
Bahasa Arab Tinggi 4/9
'Usri. 'Usri. Yusra. 'Usri. Anti Wardah (bunga).
Perdagangan, 4/9
Sudah buat persiapan. Soalan yang keluar ana anggap sukar. Anggapan sengaja. Jawab sepenuh hati. Sekadar boleh jawab. Terpaksa menulis dengan cakar ayam kerana :
~Mahu tulis laju
~Mahu habis awal
~Mahu semak jawapan (mungkin/lupa)
~Belajar daripada kesilapan ( periksa pertengahan tahun tak siap sebab habis masa).
Tahap kesukaran 3 bintang daripada 5.
Sejarah, 8/9
Buka kertas. Blur. Tak boleh terima soalan. Tidur (mungkin). Bangun balik. Sama. Blur. Doa. Jawab. Jawab. Jawab lagi. Terus jawab. Betul atau tak? Kita lihat lepas cuti nanti...
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, 9/9
Alhamdulillah. Insyaallah. Bolehlah juga buat. Kertas 2 guna logik...
Pendidikan Syariah Islam, 9/9
Agak sukar soalan.... susah untuk diterangkan kerana ana seperti sudah lupa perkara yang berlaku pada tarikh keramat ini...
Additional Mathematics, 10/9
Kertas 1 memang seronok. Susah tahap gaban ! Kira-kira, jeling-jeling , kira balik, jeling lagi~ main jeling-jeling jam.... Lupa siap atau tidak. Siap main pusing belakang, pergi depan balik, balik semula soalan asal, kaki macam biasa , memang goyang ,haha. Cuba siapkan tetapi masa tak sempat, tak boleh dikejar. Kalau kejar memang aniaya, cakar ayam, caca merba tulisan.
Kertas 2 memang sedih. Sepanjang masa dalam keadaan bersedih. Kurang menggerakkan jari , lebihkan usaha mencetuskan idea untuk berfikir, namun..... tak kesampaian. Terasa masih lemah walaupun kalkulator yang hebat dalam genggaman. Sama juga di kertas 1, main pusing-pusing kertas, sama tak boleh buat. Maka tinggallah kertas ini kesepian tanpa tulisan ( sikit sahaja yng dijawab). Jadi, langkah drastik perlu dicetuskan, memperkasa diri agar lebih mapan berkemahiran. Tahap kesukaran ; 5 bintang penuh !
Mathematics, 11/9
Budak-budak sebaya ana di sekolah anggap mudah, mungkin. Agak penat juga menulis, mengira, mewarna menggunakan pensel 2B. Ada juga murajaah ekonomi. Mahu ambil percubaan ekonomi selepas solat jumaat. Alhamdulillah, puas hati dengan kertas Mathematics.
Ekonomi, 11/9
Sudah murajaah, insyallah boleh buat. Haha, ana buat dahulu, Fuhairah dan Salman buat kemudian~lambat. Sudah tidak jumpa mereka, ana teruskanlah juga peperiksaan ini. Ustaz letak amanah pada ana, buat seorang diri sambil ditemani Ustaz Hasnan dan Naqib ana, Abang Syarifuddin sedang tidur di sebelah. Ana letak diri di tempat kosong, tak hiraukan perkara sekeliling. Sedang buat soalan, tak dijangka, secara tiba-tiba, memeranjatkan sungguh ; Cikgu Wasitah datang. Rub rub, rub rub (bunyi jantung yang sebenar, bermaksud tuhan/ rob, saintis sudah buat kajian, bunyi lain selain bunyi ini boleh dipertikaikan ). Sesudah berbual mesra dengan Cikgu Wasitah, maka ana pun minta maaf, sambil melihatkan Salman dan Fuhairah di luar , turut sama dalam kejadian. Macam ana katakan tadi, mereka lambat datang, Jadi, Ustaz hanya beri kertas ekonomi kepada ana sahaja. Tiada lebihan. Akhirnya, budak berdua ini pun dapat juga kertas ekonomi buat di samping ana, siap kami boleh cakap lagi. Mereka siap awal, ana siap lambat (tak patut) tetapi tak adalah terlebih masa. Soalan nombor 6 agak payah, sehingga dikatakan hanya seorang sahaja yang mampu buat dengan baik~ dan orang itu bukan ana....
Physics, 14/9
Alhamdulillah, walaupun tak ulangkaji sangat semalam, boleh rasa ketenangan. Memang hari ini merupakan hari yang paling tenang. Alhamdulillah, Allah permudahkan ana semasa menjawab soalan. Haha, soalan nombor 1 kertas 2 ana sudah salah. Tak apa. Masuk bahagian kanta, senyum, hentam sahaja. Lukis kanta cembung dan kanta tak cembung, buat garisan suka hati dan siap ! Tahap kesukaran .5 daripada lima bintang !
Biology, 15/9
Kertas 1, Insyaallah boleh buat ( soalan Rhesus jawapannya B? Harap betul ). Kertas 2 mengundang keretakan perasaan, ketidakkeruan emosi ; sesal timbul tiba-tiba. Awalnya letak A1; tinggi target. Namun sekarang, turun sikit. Alhamdulillah, soalan makanan boleh jawab sikit. Cedok sikit markah di minit-minit terakhir.Proses-proses mengawet makanan masih segar, cuma cara mengawet lupa. Benar, sungguh sukar. Terima kasih cikgu, beri ana amaran awal-awal. Dapat buat persediaan rapi saat-saat akhir. Kertas 3, cikgu pun sudah bagi amaran keluar eksperimen J-Tube sepatutnya keluar waktu peperiksaan pertengahan, tetapi keluar waktu percubaan. Soalan transpiration pula memang blur habis pada awalnya. Kukuhkan hati, kembali pada pencipta, usaha juga, pusing otak, pusing laju-laju kerana tak mahu sesal seperti pada kertas Bahasa Melayu. Alhamdulillah, siap. Tahap kesukaran walaupun sesudah buat persediaan; 4.6 bintang bercahaya daripada 5 bintang. Keluar kelas, blur, kepala panas semacam. Seperti baru selesai Matematik tambahan atau baru habis lima kali lawan catur denagn Pak Lang ana. Mereng sebentar, mengadu pada Aiman Hafidz, haha.
Chemistry, 16/9
Semalam baca banyak juga , bab akhir tingkatan 4 dan 5. Sempat pula baca banyak-banyak. Oh yea, abang RahmanD ada 'bocorkan' soalan yang bakal keluar. Ada juga keluar, tak sangka tetapi puas hati kerana sempat juga baca berkaitan soalan yang 'dibocorkannya'. Keluar pula dalam kertas periksa. Berkah daripada Mesir. Haha. Tetapi ada tersilap pula tulis pemangkin, sepatutnya Vanadium (IV) oxide, ana tulis Vanadium (V) ; sudah yakin lagi inilah jawapannya. Ada kawan ana tertinggal nombor roman, hehe. Lebih baik daripada ana. Tahap kesukaran ; 4.3 bintang yang bergemerlapan daripada 5.
Prinsip Akaun, 17/9
Buat kertas 2 dahulu. Soalan 1 alhamdulillah, cuma tak sempat imbang masa habis. Soalan 2,3 dan 4 lupa cara buat. Catit format yang diingat sebagai jawapan. Masa tak terurus, banyak habis pada Dokumen Sumber. Kertas 1 buat selaju mungkin, mahu siap awal, tembak mana-mana yang masih tak dapat dicari jawapan. Lega. Keluar sahaja daripada kelas, senyum dan berucap "Trial dah habiiiis! Haaaaah.....". Noktah. Beban sudah kurang sedikit. Tunggu keputusan.
P/S: Sudah dapat markah Bahas Arab Tinggi. Sedang tunggu markah subjek-subjek lain. Semoga hari ini ana dapat lawan catur dengan Pak Lang. Sudah lama tak main..... Mungkin skil ana sudah merosot. Tak apa, inilah masa untuk peningkatan diri daripada pelbagai aspek.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...
hah~!
standard student..
kasihan dan semoga berjaya!
(saya pun student jge dei~)
smoga berjaya ek SPM nie ek..
ya. semoga student SPM islam semua berjaya.
dan...
kita masih dalam permainan.
jangan lupa...byk lagi stage yg tak discover..pastikan bekalan yg dikuasai sentiasa LAKU untuk di bawa ke depan.
dan biasanya..org akan menyesal..bila dah terlambat.
Insyaallah, ana cuba !
selamat belajar dan semoga berjaya dalama spm 2009!
Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/. TQ.
hehehe.. smoge berjaya mendapat keputusan cemerlang..