Fikir Fikiran Orang Lain

Thursday, July 16, 2009 , Posted by ijalceritera at 12:23 AM

Bismilahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.

Sekadar entri ringkas.

Persoalan...
Apakah pendapat antum terhadap seseorang yang berfikir tentang apa yang difikirkan oleh orang lain? Apakah hujah dari sudut kebaikannya? Apa pula bangkangan dari sisi gelapnya (jika ada)?
Baiklah, satu contoh.
Sekumpulan murobbi dan mutarobbi berada dalam sesi kedamaian, tenang , santai dan penuh ilmiah di waktu yang penuh barakah iaitu usrah. Lalu, murobbinya memberi satu soalan berkaitan bahan yang dibawanya. Jadi, mutarobbi pun sibuklah memikirkan jawapannya. Namun, seorang jejaka, namanya jejaka M berusaha memikirkan jawapan yang bakal diberikan rakan-rakan seusrahnya (bukannya jawapan yang dia mahu berikan). Oleh itu, dia cuba berfikir tentang jawapan bernas yang pada hematnya akan diungkapkan oleh kawan-kawannya. Dia cuba menjangkakan jawapan-jawapan yang akan keluar dari mulut orang lain berdasarkan pengalamannya bersama-sama mereka, ciri-ciri, sahsiah dan pengetahuan yang ada pada mereka terhadap sesuatu perkara..Akhirnya, dia dapat sebuah jawapan namun dia tidak meluahkan terus. Baginya, dia yakin semua rakan seusrahnya tahu akan jawapan itu bahkan mungkin jawapannya lebih gempak. Tak perlulah berkongsi. Budak-budak lain pun tanyalah jejaka M,"Apa jawapan anta?". Diam. Budak yang sama tanya lagi tetapi dia diam. "Dah tahu , buat apa tanya lagi' jejaka M bermonolog.
Oleh sebab itu, kawan-kawan seusrahnya menuduhnya kedekut, Haji bakhil, tak suka kongsi ilmu sehinggakan ada seorang kawannya tergamak berkata"Simpanlah ilmu anta untuk diri sendiri". Kasihan.

Lain pula ceritanya semasa bermain catur, pemain catur perlu fikir dan kenal pasti rancangan jahat lawan yang boleh menyebabkan kekalahan diri pemain. Malah, pemain perlu merencana strategi untuk mengalahkan lawan dan tidak terperangkap dalam perangkap yang disengajakan.
Baiklah...
Berbalik kepada soalan di atas...



Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Currently have 3 Baca Balas:

  1. -Amin HaR- says:

    Hrm..
    bagus post ini...
    em, apa yg saya buat...jika saya ingin berjumpa dgn seseorang, utk berkata2 dgnnya atau menanya soalan kpd dia, saya dah siap2 fikir dan agak jenis jwpn apa yg dia akan jwb...
    jikalau betul, saya akan "yeah, betul..(dlm hati je la)"
    jikalau salah, saya akan "eh, lain ah..tak pe ah(masih dlm hati)"
    sudah ah~..gitu je...
    (Tapi bukan sepanjang masa pn buat menda nih..mcm da tak de keje lain je)
    hanya utk, suka2..haha, diri sendiri je rasa seronok sbb betul...tu je

    tapi utk apa yg contoh nta tu..tu mcm nk kaji ilmu org je...lepas tu? kalau tak bernas akan timbul persepsi negetif...tak ke gitu..jadi tak payah buang masa...

  1. ijalceritera says:

    Timbul persepsi negatif? tak adalah sampai ke tahap itu. Mungkin sekadar merendah diri lagi sebab sedar diri cetek ilmu, mahu belajar daripada orang yang lebih alim (termasuklah kawan-kawan). Kalau betul, memang betul tetapi kalau salah, carilah" Kenapa salah" "Kenapa jawapan lain betul".Dapatlah juga cetus daya fikir.

  1. mas syarep says:

    husnu zhon la skit..jgn la sampai kluar penyataan "simpanlah ilmu utk diri anta sendiri"..ataupun selemah2 kite dlm berukhuwwah ni kn berlapang dada (salamatus sodri)..klo salah..biar jelah salah..sbb dh mmg salah..xkena dgn jwpn skema..klo nk tau gak kebenaran..tanye terus..jgn simpan2..

    maybe org tu tau jwpn dlm pemahaman diri dia sendiri..tp xtau mcmane nk cite kt nta..or maybe dia xnk jwp sbb nk ngajar kite utk trus fikir sendiri..

    psl klo jwpn salah..lpstu tanye lg knapa slh..bg ana..perkara mcmtu berbahaya..krn sikap mcmtu la yg akan melahirkan free thinking..librealisme..dan yg sewaktu dgnnyer..daya fikir yg dibolehkan adalah yg berlandaskan dalil naqli dan aqli yg ditetapkan oleh syara'..so klo sampai melanggari syara' tu..bahaya ek..