Riwayat Hidup- Episod 1
Bismillahirrahmanirrahim...
Tulisan kali ini lebih tertumpu pada nostalgia lama. Kalau boleh, mahu dituliskan semuanya tetapi tak muat. Tapi kalau ada kawan lain nak tambah, memang boleh. Jadi, ana mulakan tulisan ana sejak ana berumur 1-6 tahun.
1-6 Tahun
Peringkat awal, ana terpaksa berenang selaju mungkin dan bersaing dengan sperma-sperma lain agar dapat fertalisasi. Alhamdulillah, dikurniakan kejayaan. Kemudian diri ana tertanam pada dinding uterus seterusnya mengambil masa yang agak lama untuk menjadi bayi yang cukup sifat. Ayah ana sangat risau akan keselamatan ibu ana. Akhirnya ana selamat lahir pada $/#/1992 di *&^%$#. Ana dijaga oleh orang bukan islam semasa tinggal disana; kawan ibu ana yang baik orangnya. Semoga Allah memberikannya taufik dan hidayah untuk masuk islam. Ana juga dijaga oleh nenek ana yang baik hati, emak saudara dan keluarga.
Seawal umur 2 tahun, ana terpaksa bersaing dengan sepupu-sepupu lain berdasarkan sifat comel. Siapakah lebih comel? Ana mengaku sepupu-sepupu ana lebih comel daripada ana. Jadi, disebabkan sunatullah, muka budak kecil sememangnya comel, pipi kami telah dicubit dengan 'penuh kasih sayang' puluhan kali. Akibatnya, ada yang pipi lebam, pipi menggelebeh, menangis dan sebagainya. Kesemuanya dilakukan atas dasar 'kasih sayang'. Adik ana pula telah lahir pada bulan September.
Seawal umur 3 tahun, ana telah dididik di Tadika Amal, Taman Jasa. Ya, ibubapa sangat pentingkan pendidikan anak-anak mereka. Atas kesedaran mereka inilah, ana dihantar ke sana untuk menimba ilmu. Baju 'seragam' Tadika Amal bercorak kotak-kotak dan berwarna biru.
Seawal usia 4 tahun, ana semakin membesar dari segi saiz dan semakin ramai orang yang ana kenal. Masih lagi seorang budak yang suci bersih daripada dosa. Pipi yang tidak berdosa ini masih dicubit berulangkali oleh kakak saudara ana. Rumah ana berhampiran dengan rumahnya. Memang sah ana jadi mangsa setiap hari. Sepupu-sepupu lain duduk jauh; Johor, Ulu Yam, Kajang dan sebagainya.
Seawal usia 5 tahun, ana semakin mengenali cikgu-cikgu tadika. Ana hanya ingat nama dua orang cikgu ; Cikgu Rahmah (merangkap Guru Besar) dan Cikgu Aisyah. Ana hanya ingat muka Cikgu Aisyah. Terang dan jelas. Ana kawan dengan budak-budak kecil lain. Sungguh riang dan ceria. Muaz bin Khairi pun tadika di situ. Bezanya ana sebelah pagi, dia sebelah petang. Ana pun belum kenal dia lagi. Pergi tadika naik bas sekolah. Dalam bas ada jual makanan sedap-sedap ; sate, aiskrim dan sebgainya. Selain itu, ana pun cuak dengan seorang nenek dalam bas sebab dia pakai gigi emas. Lebih-lebih lagi dia yang jual semua makanan dalam bas.
Akhirnya, sampai juga usia 6 tahun. Ana menjadi senior kepada adik-adik lain. Tak terasa pun senior sebab masih kebudak-budakan. Pada suatu hari, cikgu bagi surat. Budak-budak lain dapat juga. Apalagi, ana pun berikan kepada ibu ana di rumah. Ibu kata nak masukkan ana ke Sekolah Al-amin. Ana nak masuk sekolah kebangsaan sebab kawan-kawan lain masuk sekolah kebangsaan. Taqlid kawan-kawan. Apakan daya, redha Allah terletak pada keredaan ibu bapa. Ana pun jadi orang yang patuh.. Kemudian, ana bincang dengan budak-budak lain. " Weah, sekolah mana nanti? "."Sekolah Sungai Kertas". Dalam hati " Oh, sungai yang dalamnya ada kertas banyak-banyak. Bestnya !". Jadi ana beritahu cikgu ana masuk Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak tahun depan. Menjelang hari raya, Tadika Amal pun buat 'tadika terbuka' yang khas untuk budak-budak tadika. Ana pakai songkok, pakaian berwarna emas, lebih pada coklat kekuningan. Sampin pun pakai. Lantai sujud pula dilapik kain gulung berwarna putih. Tak silap ana makanan kena bawa sendiri.
Setakat ini, itu sahaja yang ana ingat. Bersambung episod kedua. Insyaallah esok.
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
lawak gax ouh bile teringat tyme kecik2.
ader lagi satuh aq nk tmbah.
ko igt ark, dlu tyme kcik2 ko salu buli akuh?! dan aq sebagai adek besaba je.
skg da besa giliran aq pulak buli ko.
lau ko takmoe kne buli ngn akuh, meh cnie.
mnx maap cepat nan akuh! smentara aq tgh baik hati nieh. haha. :DD
best plak citer psl zmn kecik2.rase mcm nak jd kecik balik...tp mase terus berjalan.sume kuase allah.nnt ana pon nk post r psl time kecik2 dulu.zmn yg x pyh pikir psl masalah dunia.tau nangis gelak ngan mkn jer.hak3...
to together2 : siapa buli siapa? tak malu. Haha, ok. minta maaf:p
to zuhairah : yg atas tadi belum cerita lagi ana pandu kereta mercedez benz warna merah. Kereta betul! ( kereta ribuan ringgit, bukan kereta mainan). Tak tahu mahu ceritakan atau tidak?!?!
eleh....pandu kete mase tu mesti dok atas ribe ayah.btol x?hahahaha....ana pon penah drive gak kete mase kecik2 dulu umo 2 tahon lebih.hahaha
pandu kereta sambil duduk atas riba ayah?!?! Ana x pernah pun setakat ini . Ana pandu sendiri tanpa bantuan orang lain. Rasanya tak perlu penjelasan tentang perkara ini.
haha. kereta je. aku pandu kereta apiii. tapi dia hanya boleh gerak kanan, gerak kiri, gerak depan, gerak belakang. dah la mahal tau sekali pandu -_- tapi besttt !!