Kawan dan Pilihan
Bismillahirrahmanirrahim...
Aku kira kakiku kukuh kaku,
Kaku kakiku tak kekal,
Kerana kakiku keluar kumpul karangan,
Kisah kemelut kurap keliling,
Kemelut kata mengisi kantung,
Kukuh tak karam,
Kantung hati dicorak kata kawan
Kukuh tak karam,
Kukuh tak karam.
Mudah mulut melontar madah,
Mudah madah mengubah mimpi,
Mudah mimpi menelan masa,
Mimpi masa bersama-sama,
Mati,
Mentah,
Marah,
Mampan,
Padah madah buta.
Biarlah kata berhati-hati,
Rasa pula biar mati,
Ego diri perlu batas,
Janganlah seperti enau dalam belukar,
Buta mata,
Pekak telinga,
Hati mati.
Hati yang berdarah,
Setelah dilukai tajam,
Masih boleh dirawat,
Dengan maaf,
Memberi atau meminta,
Itulah penawar luka.
Janganlah pula alpa,
Solatmu,
Ibadahmu,
Hidupmu,
Matimu,
Hanyalah kerana Tuhan yang menguasai dirimu,
Yang memerintah alam semesta,
Yang melimpahkan nikmat,
Yang memberikan hidayah,
Yang menghubungkan ukhuwah
Dialah Allah yang maha mulia.
P/S:
Jangan kerana kawan di sisi tersilap, anda mahu keluar dari realiti, tanpa sebab teliti, tanpa tujuan jelas membuat keputusan drastik. Jika kamu tak mampu menghadapi dan berhadapan dengan realiti sekarang, apakah jaminan kamu berjaya dalam keadaan yang benar-benar menggugat keimanan pada waktu akan datang? Adakah kamu dijamin mendapat kawan yang lebih baik di luar nanti berbanding sedia ada? Fikirlah-fikirlah. Ada yang keadaanya lebih teruk daripada anda tetapi kepayahan yang mengunjunginya dihadapi dengan baik. Firman Allah, " Mohonlah pertolongan ( kepada Allah) dengan sabar dan solat" Al-Baqarah.
Innalillahi wa innailaihi raji'un...
Currently have 0 Baca Balas: