Sebermula
Bismillahirrahmanirrahim...
Titik pertama,
Yang tak kunjung malap,
Dakwah berbekas lama,
Tak usang dibawa zaman,
Caranya berbekas sejarah.
Titik kedua,
Lilin api bercahaya,
Terang menerobos jalan lurus,
"Jangan engkau cuba padamkan",
Tetapi ,
"Marilah bahu-membahu menjulang agama",
Sayang akan manusia,
Agar mendapat syurga,
Agar terhindar neraka.
Titik ketiga,
"Ayuh bangkitlah !" ,
Nyalakan lampu pendarfluor,
Terang-benderang disiram,
Kali ini bukan bermimpi di siang hari,
Tetapi orang yang tersedar dari lamunan panjang,
Meneruskan perjuangan mereka yang lebih awal tersedar,
Kerana esok kita seorang diri,
Kerana esok kita akan ditanya,
Kerana esok mulut tidak menjawab.
Tetapi hari ini,
Kamu tidak keseorangan,
Pulanglah sebelum terlambat...
Innalillahi wa innailahi raji'un...
Currently have 0 Baca Balas: