Sudah Bersediakah Semua?

Saturday, June 6, 2009 , Posted by ijalceritera at 10:24 PM

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum w.b.t.










Apakah respon anda setelah melihat gambar di atas?
Takut? Cuak? Berdebar-debar? Agak sakit hati? Yakin?Terkejut?Tak boleh bayang?Badan jadi longlai secara tiba-tiba? Demam?

Haha. Respon yang anda beri sudah cukup menunjukkan anda prihatin.
Prihatin sahaja tidak cukup !
Jangan terhegeh-hegeh tunggu benda itu (atas) keluar. Jika anda seorang yang bijak, tentunya anda membuat persediaan untuk cabaran yang semakin hampir dari hari ke hari. Semakin dekat. SPM !
Anda juga pastinya mahu hasilnya yang lumayan bukan? Itu pun sekiranya anda berusaha dan bertawakal.


Tetapi anda akan jadi lebih bijak sekiranya anda membuat persiapan dan persediaan yang rapi sebelum anda berpisah dengan dunia. Persiapan untuk bertemu tuhan, itulah paling penting. Persiapan berbentuk ibadah dan amalan.yang anda lakukan. Kelak semua amalan akan dihitung.Anda tidak tahu tarikh ,masa dan lokasi kematian anda.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati" Al-Quran.




Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Currently have 2 Baca Balas:

  1. shae. says:

    assalamualaikum. respon setiap orang untuk cuti ni melambangkan peribadi seseorang tu sendiri. hehh :)

  1. ijalceritera says:

    Ya. Betul. Respon seseorang ada kaitan dengan perubahan yang dialami.