ENDGAM3: Blueprint for Global Enslavement

Marley And Me

New World Order' Emerging At G-20 Summit

Crank:High Voltage

Fall of the Republic

WATCHMEN - The Movie

Illuminati : They All Around Us

Bedtime Stories
Latest News

Riwayat Hidup- Episod 7

Posted by Izz-Al-Din on Wednesday, December 16, 2009 , under | Pandang Lalu (1)



Bismillahirrahmanirrahim...
Salam bebas SPM, Maaf Zahir Batin !

Alkisah bermula pada tahun 2004. Masih budak-budak lagi dengan tahap kematangan yang masih belum dibina. Personaliti yang kurang ambil peduli akan isu semasa. Cetek lagi. Seorang pelajar biasa dan berkawan dengan budak-budak riang. Darjah 6.

Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak

Juga berita sedih, seorang kawan yang pernah ana bergaul dengannya telah diberitakan meninggal dunia (innalillahi wa innailaihi raji'un) akhir tahun 2003. Tak silap sebab lemas. Perisitiwa itu telah meninggalkan kesan yang agak mendalam. Ketika ini, suatu isi baru menyelinap masuk ke dalam fikrah ana (dari darjah 5 sudah timbul idea ini), "baguskan kalau ana mati awal-awal sebelum baligh. Dahlah sekarang ni banyak dosa. Derhaka, lawan cakap semua. Dosa cubit pipi orang lain. Belum minta maaf lagi. Kalau mati sekarang, terus masuk syurga, lepas dari hisab. Tapi kalau bunuh diri takleh pula. Tu dah haram. Ok. Tak jadi ar. Cuak owh masuk neraka" monolog. Kesannya bukan pada ana sahaja, orang lain pun terkesan juga. Ada seorang kawan benar-benar berubah menjadi seorang yang ana anggap soleh... Ana pula terasa sangat rugi pada saat ana menulis ini, masih belum turut serta....

Tahun ini (2004), kami telah pun mendaftar untuk ambil peperiksaan besar untuk budak-budak ; Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Haha, tak menggelabah belajar , tak ada usaha belajar di rumah (dasar pemalas). Belajar di sekolah sahaja. Kalau ada pun buat latihan di surat khabar Didik (buat ke?!?!). Tak ada tekanan belajar bersungguh-sungguh . Siap boleh main
Play Station One lagi. Belajar di sekolah dan bergembira bersama kawan-kawan di sekolah. Tahun ini jugalah baru praktikkan solat Dhuha . Muallimah ber galakan, pengaruh kawan-kawan dan suasananya begitu kondusif untuk laksanakan amal baik. Jadi kami ambil UPSR di SRIAAKL ( cuak jalan di koridornya, rasa nak jatuh, tinggal suruh orang tolak ana dari tingkat 3 jatuh ke bawah. Cuak habis). Tak ada berdebar sangat. Emak hantar dan bawa balik ana setiap hari. Yang ana paling ingat masa jawab Matematik. Menggerutu kepala, habiskan masa lama.......... masa pun habis. Memang cuak , 15 soalan tak jawab lagi. Pemeriksa pula kutip kertas, apalagi ingat pesan mak baca selawat banyak-banyak kalau susah. Ana pun bacalah banyak-banyak dan HENTAM semuanya. Ya ! Tak kisah sangat. Habis periksa Matematik, beritahu emak dalam kereta ".... tadi hentam 15 soalan Matematik." Bagaimana respon emak saya? Lupa...
Akhirnya, tamatlah UPSR...


Bercuti


Ukhuwwah kami tak setakat di persimpangan UPSR , justeru diperkukuh lagi dengan percutian dan lawatan cawangan Sekolah Al-Amin di Pahang dan Terengganu. Diceritakan ada seorang budak, terbuang air kecil di atas kerusi. Haram. Diam-diam dan risau dalam hati. Ada budak di sekitarnya berkata, "Eeeee, apa bau hancing ni !" Tiba-tiba ada pula seorang budak lain datang ke sebelah budak yang buang air seraya menyoal " Haha weah anta kencing ke?". Budak yang kencing pun berkata " Shhhh. weah diam ar. Jangan bagitahu orang lain. Weah, diam tau" Sehingga saat ini, rahsia besar itu masih belum lagi terlepas kepada budak-budak yang zalim...




Banin yang turut serta 'bercuti'

Kami kunjungi sudah Masjid Terapung (Tak terapung pun , cuma NYAMAN!).
Hari kedua terakhir sebelum meninggalkan bumi Terengganu (destinasi terakhir), kami pergi pasar berdekatan. Beli baju glow in the dark dan kawan-kawan beli baby gun apa lagi , ana turut serta. Usai, balik ke chalet dan tembak-tembak kawan! Sakitlah juga untuk budak umur 12 tahun. Ana beli dua (sebab tamak) saiz kecil dan besar. Ana selalu main pistol saiz besar , tembak jarak jauh. Namun, apakan daya biji peluru tak kena pada sasaran kerana ana main tepi laut. Bayu laut mengganggu ! Jadi ada seorang budak pinjam pistol bersaiz kecil daripada ana. Apabila cahaya matahari semakin malap, ana pun minta kembali pistol tersebut dan dia berkata "Haha. Ada kat bawah pasir tu ana timbus. Ana ingat sapa punya tadi.." Nenek. Dia pun sambung kembali " Bape harga pistol tu. Biar ana ganti". " 5/4 ringgit " ana balas. Dia pun beri duit dan ana beli baru ! Gembira !

Keesokannya harinya kami bersiap untuk balik. Semua sudah naik bas. Kemudian, tiba-tiba ana turun (lupa cerita sebelumnya) dan Hatim ikut sama. Berhajatkan walkman seperti yang digenggam oleh Mudzakir di dalam bas. Kerja Hatim ( beliau baru tamat dari MRSM) tunjuk jalan. Cari jumpa beli. RM 20. Kami bergegas ke bas yang sedang menunggu kami usai berjual beli. Ada suatu halangan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang perjalanan menuju ke bas. Berlari. Pada suatu saat, mata yang dijadikan oleh Tuhan Yang maha berkuasa lagi maha melihat ini menangkap gemerlapan sinar cahaya dari suatu penjuru. "Eh mak cik ni. Kenapa dia tak pakai baju. Eh, mana seluar dia. Haaaaa...." monolgku. Hatim merapatiku dan membisikkan "Shhh. Ni orang asli kat sini ni ". Kami lari sekencang petir, meluru terus ke arah bas sambil tercungap. Allah lah yang tahu bagaimana perasaan kami. Akhirnya, kami balik dalam keadaan penat dan membawa pulang bersama memori indah...


Keputusan UPSR

Kami telah mengukir rekod terbaik sepanjang sejarah SRIAAG dengan keputusan 5A seramai 20 lebih . Agak membanggakanlah juga. Ana dapat cikai pun jadilah. Setakat #A , bolehlah. Mula-mula mak ana yang buka , ajak ana sekali lihat slip keputusan. Beliau menangis, pecah air mata berderai. Maaf ana tak dapat 7A sepertimana rakan-rakan cina di luar. Dalam babak lain pula, Zuhri berhijrah ke London, UK dengan diiringi Azizi Mokhtar , rakannya yang tercinta. Selamat tinggal Zuhri. Selamat tinggal SRIAAG. Selamat tinggal kawan-kawan darjah 6.

p/s : Cuba melupakan benda itu. Astaghfirullah.

A Short Story

Posted by Izz-Al-Din on Saturday, December 5, 2009 , under | Pandang Lalu (0)



Bismillahirrahmnirrahim...


Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.


Mereka .....





KITA ???



ZIONIS BAKA !!!

Laporan Percubaan SPM 2009

Posted by Izz-Al-Din on Friday, September 18, 2009 , under | Pandang Lalu (8)



Bismillahirrahmanirrahim....



Salam Ramadhan dan Eidul Mubarak kepada semua....
Percubaan SPM 2009 di SMIAAG bermula pada hari rabu pada 2 September .
Peperiksaan yang sungguh tragis, sukar untuk diucap dan dilantun semula.
Maka, anggaplah ini hanyalah sebuah coretan bersahaja tetapi bermakna...(?)

Bahasa Melayu, Rabu 2/9
Masuk kelas . Baca doa . Lihat soalan bahagian A, tulis semua isi. Itu sahaja. Kemudian rasa tak boleh buat. Pergi bahagian B. Kumpul isi-isi merapu. Banyak tetapi kurang berkualiti. "Kalau cikgu baca nanti karangan teruk macam ni..." monolog. Tak mengapa teruskan. Tulis sampai habis ; markah paling banyak dalam kertas 1. Tulis pun lembab semacam. Tup,tup... masa tinggal sikit. Habis bahagian B dengan ayat yang banyak merapu dan peribahasa serba tak kena. Baki masa sikit. Tak apa, sambung terus bahagian A walaupun tinggal 10 ke 15 minit. "Tulis isi penting jer lah, dapat juga markah !" monolog lagi. Masa tamat, kertas diambil. Tak apa....

Usai solat Duha, main soal-soal dengan Su. Soal apa? Biodata pengarang..... Hehe, harapan tinggi mahu soalan biodata pengarang keluar. Naik kelas. Duduk, doa. Cuak, buat silap besar seperti pada kertas 1. Hati girang, muka senyum lihat soalan awal (senyum pada diri sendiri kira sedekahlah kan?? Hehe). Dalam hati, rasa sesal belum terubat lagi (kertas 1 Bahasa Melayu). Jadi, buatlah soalan dan berhenti pada soalan buat ayat. Ayam telur ; Kena tulis ayat menggunakan perkataan ini. Haha, tak pernah pula dengar istilah sebegini. Tinggal / hentam. Alhamdullilah, ada keluar soalan biodata. Laju tulis. Haha ada soalan tulis plot novel. Lama fikir, tak ada isi, salah contoh dan tinggal. Telur ayam. Tamat.

English , Thursday 3/9
Been prepared since yesterday. Read sinopsis of novel The Pearl , expounded poem The Road Not Taken and The Necklace ( I recently found out that the necklace borrowed from Madame Forestier is fake! Haha. Lame). Paper 1 and paper 2 ; "just do it" monologue. Spent lots of time on poem There's Been a Death In The Opposite House. Essay ; sincerely, I'm weak in grammar.

Bahasa Arab Tinggi 4/9
'Usri. 'Usri. Yusra. 'Usri. Anti Wardah (bunga).

Perdagangan, 4/9
Sudah buat persiapan. Soalan yang keluar ana anggap sukar. Anggapan sengaja. Jawab sepenuh hati. Sekadar boleh jawab. Terpaksa menulis dengan cakar ayam kerana :
~Mahu tulis laju
~Mahu habis awal
~Mahu semak jawapan (mungkin/lupa)
~Belajar daripada kesilapan ( periksa pertengahan tahun tak siap sebab habis masa).
Tahap kesukaran 3 bintang daripada 5.

Sejarah, 8/9
Buka kertas. Blur. Tak boleh terima soalan. Tidur (mungkin). Bangun balik. Sama. Blur. Doa. Jawab. Jawab. Jawab lagi. Terus jawab. Betul atau tak? Kita lihat lepas cuti nanti...

Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, 9/9
Alhamdulillah. Insyaallah. Bolehlah juga buat. Kertas 2 guna logik...

Pendidikan Syariah Islam, 9/9
Agak sukar soalan.... susah untuk diterangkan kerana ana seperti sudah lupa perkara yang berlaku pada tarikh keramat ini...

Additional Mathematics, 10/9
Kertas 1 memang seronok. Susah tahap gaban ! Kira-kira, jeling-jeling , kira balik, jeling lagi~ main jeling-jeling jam.... Lupa siap atau tidak. Siap main pusing belakang, pergi depan balik, balik semula soalan asal, kaki macam biasa , memang goyang ,haha. Cuba siapkan tetapi masa tak sempat, tak boleh dikejar. Kalau kejar memang aniaya, cakar ayam, caca merba tulisan.
Kertas 2 memang sedih. Sepanjang masa dalam keadaan bersedih. Kurang menggerakkan jari , lebihkan usaha mencetuskan idea untuk berfikir, namun..... tak kesampaian. Terasa masih lemah walaupun kalkulator yang hebat dalam genggaman. Sama juga di kertas 1, main pusing-pusing kertas, sama tak boleh buat. Maka tinggallah kertas ini kesepian tanpa tulisan ( sikit sahaja yng dijawab). Jadi, langkah drastik perlu dicetuskan, memperkasa diri agar lebih mapan berkemahiran. Tahap kesukaran ; 5 bintang penuh !

Mathematics, 11/9
Budak-budak sebaya ana di sekolah anggap mudah, mungkin. Agak penat juga menulis, mengira, mewarna menggunakan pensel 2B. Ada juga murajaah ekonomi. Mahu ambil percubaan ekonomi selepas solat jumaat. Alhamdulillah, puas hati dengan kertas Mathematics.

Ekonomi, 11/9
Sudah murajaah, insyallah boleh buat. Haha, ana buat dahulu, Fuhairah dan Salman buat kemudian~lambat. Sudah tidak jumpa mereka, ana teruskanlah juga peperiksaan ini. Ustaz letak amanah pada ana, buat seorang diri sambil ditemani Ustaz Hasnan dan Naqib ana, Abang Syarifuddin sedang tidur di sebelah. Ana letak diri di tempat kosong, tak hiraukan perkara sekeliling. Sedang buat soalan, tak dijangka, secara tiba-tiba, memeranjatkan sungguh ; Cikgu Wasitah datang. Rub rub, rub rub (bunyi jantung yang sebenar, bermaksud tuhan/ rob, saintis sudah buat kajian, bunyi lain selain bunyi ini boleh dipertikaikan ). Sesudah berbual mesra dengan Cikgu Wasitah, maka ana pun minta maaf, sambil melihatkan Salman dan Fuhairah di luar , turut sama dalam kejadian. Macam ana katakan tadi, mereka lambat datang, Jadi, Ustaz hanya beri kertas ekonomi kepada ana sahaja. Tiada lebihan. Akhirnya, budak berdua ini pun dapat juga kertas ekonomi buat di samping ana, siap kami boleh cakap lagi. Mereka siap awal, ana siap lambat (tak patut) tetapi tak adalah terlebih masa. Soalan nombor 6 agak payah, sehingga dikatakan hanya seorang sahaja yang mampu buat dengan baik~ dan orang itu bukan ana....

Physics, 14/9
Alhamdulillah, walaupun tak ulangkaji sangat semalam, boleh rasa ketenangan. Memang hari ini merupakan hari yang paling tenang. Alhamdulillah, Allah permudahkan ana semasa menjawab soalan. Haha, soalan nombor 1 kertas 2 ana sudah salah. Tak apa. Masuk bahagian kanta, senyum, hentam sahaja. Lukis kanta cembung dan kanta tak cembung, buat garisan suka hati dan siap ! Tahap kesukaran .5 daripada lima bintang !

Biology, 15/9
Kertas 1, Insyaallah boleh buat ( soalan Rhesus jawapannya B? Harap betul ). Kertas 2 mengundang keretakan perasaan, ketidakkeruan emosi ; sesal timbul tiba-tiba. Awalnya letak A1; tinggi target. Namun sekarang, turun sikit. Alhamdulillah, soalan makanan boleh jawab sikit. Cedok sikit markah di minit-minit terakhir.Proses-proses mengawet makanan masih segar, cuma cara mengawet lupa. Benar, sungguh sukar. Terima kasih cikgu, beri ana amaran awal-awal. Dapat buat persediaan rapi saat-saat akhir. Kertas 3, cikgu pun sudah bagi amaran keluar eksperimen J-Tube sepatutnya keluar waktu peperiksaan pertengahan, tetapi keluar waktu percubaan. Soalan transpiration pula memang blur habis pada awalnya. Kukuhkan hati, kembali pada pencipta, usaha juga, pusing otak, pusing laju-laju kerana tak mahu sesal seperti pada kertas Bahasa Melayu. Alhamdulillah, siap. Tahap kesukaran walaupun sesudah buat persediaan; 4.6 bintang bercahaya daripada 5 bintang. Keluar kelas, blur, kepala panas semacam. Seperti baru selesai Matematik tambahan atau baru habis lima kali lawan catur denagn Pak Lang ana. Mereng sebentar, mengadu pada Aiman Hafidz, haha.

Chemistry, 16/9
Semalam baca banyak juga , bab akhir tingkatan 4 dan 5. Sempat pula baca banyak-banyak. Oh yea, abang RahmanD ada 'bocorkan' soalan yang bakal keluar. Ada juga keluar, tak sangka tetapi puas hati kerana sempat juga baca berkaitan soalan yang 'dibocorkannya'. Keluar pula dalam kertas periksa. Berkah daripada Mesir. Haha. Tetapi ada tersilap pula tulis pemangkin, sepatutnya Vanadium (IV) oxide, ana tulis Vanadium (V) ; sudah yakin lagi inilah jawapannya. Ada kawan ana tertinggal nombor roman, hehe. Lebih baik daripada ana. Tahap kesukaran ; 4.3 bintang yang bergemerlapan daripada 5.

Prinsip Akaun, 17/9
Buat kertas 2 dahulu. Soalan 1 alhamdulillah, cuma tak sempat imbang masa habis. Soalan 2,3 dan 4 lupa cara buat. Catit format yang diingat sebagai jawapan. Masa tak terurus, banyak habis pada Dokumen Sumber. Kertas 1 buat selaju mungkin, mahu siap awal, tembak mana-mana yang masih tak dapat dicari jawapan. Lega. Keluar sahaja daripada kelas, senyum dan berucap "Trial dah habiiiis! Haaaaah.....". Noktah. Beban sudah kurang sedikit. Tunggu keputusan.


P/S: Sudah dapat markah Bahas Arab Tinggi. Sedang tunggu markah subjek-subjek lain. Semoga hari ini ana dapat lawan catur dengan Pak Lang. Sudah lama tak main..... Mungkin skil ana sudah merosot. Tak apa, inilah masa untuk peningkatan diri daripada pelbagai aspek.

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...

Catatan Benar

Posted by Izz-Al-Din on Sunday, August 30, 2009 , under | Pandang Lalu (4)



Bismillahirrahmnirrahim...


Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.

Merah,
Setitis berani,
Lari dari pembuluh,
Hasil dari kesungguhan,
Mempertahan melawan jari-jemari kasar,
Mengimpi dunia,
Retak sejuta bangsa.

Kenapa berkira isu bangsa?
Agama letak tepi parit,
Maruah letak tepi loji,
Patung,
Bertindak kerana orang,
Mahu dipandang setinggi langit,
Atau dipuji secantik purnama?
Belum cukup analogi.

Al-Quran dan As-Sunnah tersedia,
Buka tingkap akal,
Jangan cetek,
Biar tingkap dibuka sepanjang masa,
Kerana fakta dan auta tampak serasi,
Tetapi yang benar tetap jelas,
Air dan minyak tak bercampur!

Benar,
Masa tak boleh dibeli,
Cuma boleh dihitung sampai mati,
Baru tersedar?
Mimpi, angan dan cita tinggal omong kosong,
Terlambat, mungkin ?!?!
Muka tak seceria si comel,
Takut melanggut,
Diam seribu bahasa.

Jadi,
Mandilah sebersih-bersihnya,
Di bawah sinar Ramadhan,
Mandi bersungguh-sungguh,
Kerana kaki belum pasti menjejak,
Tangan belum mampu mencapai,
Ramadhan berikut.

Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Buat Kawan

Posted by Izz-Al-Din on Saturday, August 29, 2009 , under | Pandang Lalu (0)



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.

Sebuah entri ringkas,

Sahabat,
Sudahkah anda bersedia?
Percubaan ?
SPM?
10 hari terakhir ramadhan?
Atau MATI?

Muhasabah diri, koreksi kembali,
Meniti dunia penuh warna-warni,
Kadang-kadang merah,
Kadang-kadang jingga dan
Ada masa hitam.

Ana dapat rasakan yang sahabat-sahabat ana sedang berusaha bersungguh-sungguh lebih-lebih lagi untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelang.
Jangan pula alpa bekal untuk hari akhirat.
Jangan pula "sudah terhantuk baru nak terngadah"

"Sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian.
Melainkan yang beriman dan beramal soleh
dan berpesan-pesan kepada kebenaran
dan berpesan-pesan kepada kesabaran " Al-Asr 2-3

Semoga kita dikurniakan kejayaan !

Sekian. Assalamualaikum.

Innalillahi wa innailaihi raji'un....

Tag ; Sebarkan Yang Patut !

Posted by Izz-Al-Din on Tuesday, August 25, 2009 , under | Pandang Lalu (2)



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.

Kenyataan.
Ana tak suka sekular! Anda suka? Kenapa ?
Haha. Sebahagian buku-buku sekolah pun sekular. Mujurlah guru-guru mengaitkannya dengan islam dan kehidupan.


Kita bukanlah umat yang mengambil sebahagian sahaja daripada islam. Tidak juga setakat belajar untuk peperiksaan. Bukan juga hanya untuk menyuruh orang lain berbuat ma'aruf tetapi hati sendiri lupa ingatkan diri. Kita bukanlah sekular ; memisahkan islam daripada pendidikan, meletakkan islam hanya di masjid.

Sebenarnya islam kita adalah setiap masa dari segala segi, ikhlas mendasari niat, terbuka membetulkan dan dibetulkan. Jadi, marilah berusaha tingkatkan amal kita di bulan barakah ini. Yang mahu berubah, cepat-cepatlah berubah hari ini, tinggalkanlah pakaian ketat-ketat dan jaga batas antara lelaki perempuan. Jangan omong kosong, cakaplah yang baik-baik sahaja.

Ana telah di'tag' !
Apa yang di'tag'?
Gambar dan nombor 1,2,3 dan 4.

1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye begitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan...

3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...

4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..

Ini senarai 10 orang yang saya pilih;

1- Amin HAR
2- Faiz Jamain
3- Aduka
4- Rashid
5- Azizi
6- Hadi
7- Ibrahim
8- VileDante
9- Arepa
10- Abang Thaaqib

'Tag' daripada Faiz Jamain.
~Tertunda~

1. Besides your lips, where is the favorite spot to get KISSED?
Head

2. How did you feel when you woke up this MORNING?
Happy =)

3. Who was the last person / people you took a photo WITH?
Izzat

4. Would you consider yourself SPOILED?
Maybe not

5. Will you ever donate BLOOD?
Yosh ! Insyaallah !

6. Have you ever had a best friend who was of the opposite SEX?
Nope

7. Do you want someone to be DEAD?
Nope

8. What does your last text message SAY?
Ahahaha. Ok. Dah faham.

9. What are you thinking about right NOW?
Something

10. Do you want someone to be with you right NOW?
Yup

11. What was the time you went to bed last NIGHT?
t > 12 p.m.

12. Where did you buy the tee you are wearing NOW?
It's free. Ask Sulaiman where did I get it. Program Patriotik.

13. Is someone on your mind right NOW?
Yup

14. Who was the last person who text YOU?
Unkown

10 Lucky Person ( tak perlu buat )

1-Hadi
2-Aiman Hafidz
3-Hazim
4-Aieman
5-Naqib
6-Al-Amin
7-Faiz H.
8-Azri
9-Sulaiman
10-Aduka

15. Who is no.2 having relationship WITH?
Sulaiman, Afif, Ikhwanulians, his family and Allah

16. Is no.3 a male or a FEMALE?
I guess no 3. is a male

17. If no.7 and no.1 get TOGETHER, would it be a GOOD?
Alhamdulillah. They'll get along with each other just fine. Both are muslim. What about combining their skills? Physics and art? Subhanallah !

18. What is no.1 STUDYING?
Gelombang Ombak ?!?! Physics~

19. When was the last time you chatted with THEM?
One of them. At school.

20. Is no.4 SINGLE?
It's hard to give a specific answer. Sincerely, maybe not.

21. Say something about no.2
Haha. You can view your picture at my flickr !

22. What do you think about no.3 & no.6 being TOGETHER?
Maybe they're having an usrah. They meet each other because of Allah.

23. Describe no.9.
A tough guy. Very kind to his sister.

24. What will you do if no.6 and no.7 FIGHT?
Maybe they'll fight to make a beautiful drawing. No.6 use photoshop and no.7 use his drawing thingy like brushes etc.

25. Do you like no.8?
Yup but certainly as a friend. "Thou art more lovely".

TAMAT

Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Al-Quds

Posted by Izz-Al-Din on Thursday, August 20, 2009 , under | Pandang Lalu (3)



Bismillahirrahmirrahim...

Assalamualaikum w.r.h. w.b..t

Haha. Kepingin main galah panjang !
Bukannya apa, memang seronok!
Yang paling penting, semasa dalam seronok-seronok itulah manusia boleh memberi perhatian.
Buat apa-apa kerja, kalau seronok memanglah terus menerus dibuatnya. Seronok dengan belajar, belajarlah kerjanya. Seronok main bola, main sahaja. Kadang-kadang dikeluarkan skil dan ditampal strategi.
Jadi setelah simulasi tamat,
mereka diisi dengan kisah di Al-Quds dan kaitan Al-Quds dengan simulasi.
Mereka hadam sahaja apa yang diberi. Semoga kesedaran mereka bercambah dan berputik.

Simulasi yang penuh dengan penderitaan.
Sebahagian prebet ikhwanul 15 dikoyak/ terkoyak pakaian mereka. Kesannya seperti dilakukan oleh mereka yang begitu rakus ( sedapkan ayat). Bukan kesan ini yang kita harapkan, tetapi yang kita inginkan sepatutnya adalah kesedaran ; kesan ampuh mendasari hati.

Lupa pula untuk minta maaf pada mereka. Mungkin ada ter'ganas' ada waktu itu.
Paling jelas, kesungguhan mereka untuk menyelamatkan 'orang palestin' yang menjadi tawanan.
Namun, itulah harga yang terpaksa dibayar. Baju koyak-rabak, ditangkap dan dilempar ke tempat lain, jatuh tergolek-golek ; bayangkan sahaja, ini baru simulasi. Jika kesungguhan ini boleh kita tepek dalam diri setiap masa; beribadah berjuang, bukankah itu sesuatu yang sangat baik?

Tak lupa juga, penipuan yang dilakukan terhadap umat islam tentang masjid Al-Aqsa. Kabur yang manakah Masjid-Al-Aqsa yang sebenar dengan 'The Dome of The Rock".




Isu boikot juga dilihat semakin rapuh. Mahu kata apa? Bukti sudah jelas, saudara kita dihina dan dibunuh begitu kejam. Jadi buat apa kita tolong mereka yang jelas mahu menjatuhkan saudara kita, menjatuhkan kita ,menjatuhkan umat dan juga islam?
Titik.

Oh ya, isu KFC. Isu lama. Sepengetahuan ana, walaupun syarikat itu sudah dibeli, royalti tetap perlu dibayar kepada pemilik jenama syarikat, siapa lagi kalau bukan yahudi ! Itu memang ada dalam perjanjian antara francaisor (memberi kebenaran pinjam jenama) dengan francaisi (meminta kebenaran guna jenama ) namun, kebaikan dan keburukan masih ada.

Kebaikan
1) Peluang pekerjaan meningkat
2) Ekonomi negara meningkat
3) Kuasa beli individu meningkat
4) Kadar kemiskinan menurun

Keburukan
1) Yahudi menerima bantuan 'kita' dangan selamat
2) Saudara kita dibunuh
3) Agenda perang pemikiran oleh musuh islam dapat berjalan lancar
4) Penghidap penyakit tekanan darah tinggi meningkat; makanan yang kurang berkhasiat
5) Banyak sangat - tak muat -

Jadi, pembeli dan pekerja dapat wang, yahudi dapat untung. Tolong-menolong antara satu sama lain. Baguskah?

"Sesiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi penolong mereka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka" [5:51]

Maka ,mahu kongsi beberapa pendapat:
1) Jika semua francais KFC di Malaysia dibeli oleh syarikat islam, mungkin keuntungannya menurun. Yahudi tidak lagi menikmati untung jual beli tetapi menerima untung dalam bentuk komisen atau royalti; ratio jumlah ini kurang berbanding jumlah keuntungan.

2) Katakan semua francais dibeli, maka yahudi hanya goyang kaki terima keuntungan yang berterusan. Mudah. Orang islam bekerja, yahudi hanya tunggu wang.

3) Walaupun hanya mendapat royalti, jumlahnya tetap banyak. Cuba kira jumlah francais KFC di negara yang aman ini? Belum lagi syarikat yahudi lain. Cukupkah duit beli semua francais?

Jika saudara seislam mati kerana mahukan peluang pekerjaan, keteguhan ekonomi dan kehidupan moden lengkap dangan hiburan, soal diri , layakkah kita menjadi saudara mereka? Kalau memang tak ada barang selain barang yahudi, itu kes lain. Pilihan lain ada, terpampang berkualiti juga.

"Boikotlah barang musuh (islam), nescaya Al-Quds akan bercahaya".

P/s: Panjang celoteh tidak sekadar di skrin, tetapi harap mapan di hati.
Suarakan pendapat. Kongsi. Kalau fakta ana salah, silalah betulkan.
Ramadhan semakin hampir. Manfaatkanlah sebaik-baiknya ! =)

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...