Pada Suatu Hari...

Tuesday, March 24, 2009 , Posted by ijalceritera at 7:41 PM

Bismillahirrahmanirrahim...


Pada suatu hari yang indah,
Sedang anda berjalan dengan kawan rapat anda ,
Anda terserempak dengan kumpulan kawan anda yang lain.
Lalu, anda memberi salam kepada mereka dan mula berbual-bual.
Lama berborak , tiba-tiba kawan rapat anda bercerita tentang aib anda kepada kawan-kawan anda yang lain. Mereka ketawa.
Anda marah , tetapi anda simpan kemarahan anda baik-baik. Tiada reaksi.
Kemudian, kawan anda masih lagi berborak tentang aib anda yang lain.
Simpan lagi. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan.
Kali ini kawan rapat anda menghabiskan perbualan dengan aib anda yang paling besar.
Anda sudah tidak dapat menahan amarah.
Tetapi ,dia tertawa dan dengan muka ceria berkata " Maaflah, gurau sahaja". Dia masih tergelak-gelak bersama kawan yang lain.
Anda ???

Sesetengah orang akan berkecamuk dengan hatinya sendiri. Sebahagian lagi akan terus menangis. Sebahagian yang lain akan redha. Sesetengah yang lain akan beredar dengan segera. Sebahagian lagi akan berkata " Tidak mengapa , saya maafkan" setelah didesak beberapa kali. Kemudian kawan anda itu berlalu pergi tanpa rasa bersalah dan mengulangi kesalahan yang sama setiap hari. Lama-kelamaan , aib kawan-kawan anda yang lain pula dijadikan wahana lawak. Tentunya tidak semua seperti anda yang sudi memaafkan orang lain. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Apabila dosa sesama manusia tidak dimaafkan, maka terhimpunlah dosa-dosa tersebut lalu orang yang anda anggap kawan itu terhumban ke neraka ! Allah juga akan membuka aibnya!

Pada akarnya , anda memaafkan tetapi tidak menegur dengan cara berhikmah ! Tidak perlu-perlu marah-marah. Tanpa teguran tersebut, kawan anda pastinya berada di takuk lama. Betulkan kawan-kawan anda.Jangan bosan menegur ,sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.Yang buat kesalahan pula perlu redha dan berusaha perbaiki diri. Jangan pula seperti mencurahkan air ke daun keladi.Jadi, adakah kawan anda mampu berhijrah menjadi lebih baik? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasib diri mereka.Selemah-lemah iman ialah mencegah dengan hati...

Tazkirah ringkas untuk diri ana dan antum...

Currently have 0 Baca Balas: