Aku Kendiri

Posted by ijalceritera on Tuesday, March 31, 2009 , under | Baca Balas (0)




Bismillahirrahmanirrahim...


Aku adalah aku,
Berbicara perkara lusuh,
Berbicara tentang kamu,
Berbicara tentang alam,
Berbicara tentang islam,
Mengaitkan kata dengan pencipta kita.

Aku tahu,
Lidahku membisu,
Otakku mati,
Hatiku luntur,
Tidak semegah ilmumu,
Sarat di dada,
Bingkas melawan hujah-hujah rapuh,
Aku hanya tuli,
Mendengar penuh angguk.

Aku juga tahu,
Isi kata kita berbeza,
Variasi sudut pandangan,
Berbeza kedangkalan,
Mencari penyelesaian yang ampuh,
Dasarnya pendapat berbeza,
Mahu mencari apa yang benar dan apa yang salah,
Bukannya siapa yang betul dan siapa yang salah,
Bahannya hikmah sejarah,
Menyimpul hati mengikat ukhuwah.

Aku syukur,
Hijrah ini memberi ketenangan,
Kurang keluh-kesah,
Menjerat jiwa tenang,
Dalam kebesaran-MU,
Sungguh, Tuhan suka akan air mata,
Tangis daripada hamba yang berdosa.


Aku ingin berterima kasih kepada kamu,
Membentuk akar terperosok,
Agarku berdiri gagah dan teguh,
Menyinariku bak matahari,
Tapi bila aku bersama kamu,
Kita seperti daun-daun di pokok,
Bila berjauhan,
Bayanganmu mengacau mindaku,
Mentransformasikan diri ini,
Agar lebih berbakti dan berdikari,
Kerana yang maha besar.



Innalillahi wa innailahi raji'un...

Persangkaan

Posted by ijalceritera on Sunday, March 29, 2009 , under | Baca Balas (0)



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sidang pembaca sekalian.
Di sini ana ingin membawa suatu dialog di antara dua orang pelajar ; A dan Z.

Selesai solat berjemaah....
Imam pun diam sekejap. Kemudian bangun, pergi ke tempat lain untuk solat sunat.

A : Kenapa imam ni tak baca doa ramai-ramai? Ehhh, mesti Wahabi, Wahabi...
Z : Hurmmmm... Kau suka-suki jer tuduh orang macam tu.
A : Anta tak tau ! Orang yang buat amalan macam itu, mereka ikut amalan Wahabi... Tak baik owh . Mereka ikut amalan sesat...
Z : Apa hujah kau cakap imam itu macam ini?
A : Iyelah, di surat khabar ,berita semua sudah tersebar , mazhab ni sesat.Dahlah umat islam
berpecah-belah sekarang. Kalau dia berdoa untuk ramai-ramai, bolehlah juga satukan umat
islam.
Z : Owh, jadi imam ni buat macam satu amalan macam wahabi sahaja kau sudah kata sesat!
Kalau begitu kau pun sesatlah juga. Lagi sesat daripada imam itu.
A : Kenapa pulak?
Z : Dulu-dulu, zaman nabi dan para sahabat tak minum air macam kau minum, pakai penyedut.
Tambahan pula, kau sesat sebab kau dakwah orang guna telefon bimbit. Eeeee.. A SESAT !
A SESAT !
A : Apa yang aku tahu dari abang S, bolehlah pakai barang-barang moden. Lain orang lain
caranya, lain zaman lainlah bentuknya.
Z : Nah! Kau sudah pun jawab sendiri soalan 'kesesatan' kau.
A : Apa kau cakap? Aku tak fahamlah. =(
Z : Cara kau lain dengan orang zaman dulu. Mereka dakwah secara terus, bersemuka dengan
orang kafir. Kau, hantar SMS nasihat orang tapi tak nampak muka orang pun. Ana pula teguk
air kalau haus, kau sedut air kalau nak minum. Bezanya , lain cara.
A : Kau ceramah lama-lama tapi apa kaitannya dengan imam Wahbi itu?
Z : Imam tadi, manfaatkan masa lepas solat untuk solat sunat. Ana pula guna masa sekarang
untuk ceramah anta.
Anta pula, habiskan masa untuk dengar hujah-hujah ana. Lain orang lain caranya
manfaatkan masa.
A : Tapi, kenapa orang pertikai amalan ini? Terus cop Wahbi.
Z : Jom tanya imam tadi. Lama ana cakap, dia sudah pun selesai solat.

Mereka menuju ke tempat imam tersebut.

Z : Assalamualaikum.
Imam : Wa'alaikumussalam.
Z : Pak Cik sibukkah? Saya mahu tanya satu kemusykilan.
Imam : Tanyalah. Kalau boleh jawab, Pak Cik jawab.
Z : Kenapa Pak Cik tak doa berjemaah macam imam di masjid-masjid lain?
Imam : Oh, itu. Sebabnya setiap individu mungkin ada hajat masing-masing. Jadi, lebih baik
berdoa sendiri. Ada orang nak baca al-quran dahulu, baca doa, solat sunat, belajar, zikir,
selawat ; cara guna masa sahaja lain tapi tujuannya tetap untuk beribadah. Mungkin
juga ada orang nak pergi tandas lepaskan hajat pula.
Z : Oh, begitu rupanya. Terima kasih Pak Cik.
Imam : Sama-sama.
Z : Sudah fahamkah kamu sekarang?
A : Ya, faham.
Z : Jadi, jangan buruk sangka pula dengan orang lain. Firman Allah " Hai orang -orang
beriman, jika datang datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka
periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu
kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas
perbuatan kamu itu ".
A : Makna yang tersirat, jangan percaya terus bulat-bulat. Selidik dahulu.
Z : Sudah. Jom sambung belajar di pusat sumber. Sejuk...
A : Jom ! Seronok belajar ilmu baru hari ini.


Innalillahi wa innailaihi raji'un...

10 'KEBAIKAN' air 'Coke'

Posted by ijalceritera on Saturday, March 28, 2009 , under , | Baca Balas (1)



Bismillahirrahmanirrahim...

Cuba balik rumah buat experiment dengan coke,betulkah hujah-hujah dibawah.

Assalamualaikum
" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Persis pasukan SMART dan bomba kita itu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka menggunakannya?












Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.
Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'.
Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan citric acid yang berada dalam Coke.
Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome ; Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke.
Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan hakisan pada skru/nat bateri kereta ; Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa Coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.
Pasti bersih. Tak usah guna tin sembur cuci cermin seperti yang dijual di Yawata; harganya amat mahal!


Bahan aktif Coke adalah
phosphoric acid. Ia mempunyai pH 2.8.
Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit
osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,
[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya".
Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula di rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan
citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasanya seperti meminum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dan otak pun ditipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Seperti candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Begitulah terjadinya nama CocaCola.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh , apa salahnya] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi,cuba cara ini, mungkin gigi itu boleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama sahaja! Anda minum
Caffein, bahan yang sama dalam kedua-dua minuman tersebut.

Di India, negeri
Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.
Jadi racun seranggalah pulak. Siapa yang ada tanam pokok cili di rumah, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili itu rasa pedas manis berperisa coke, mungkin? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dan lain-lain.
Rupa-rupanya, Coke juga boleh dibuat sebagai bahan gantian kecemasan jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta di atas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya.
Yang mana tak lepas sains khasnya kimia dulu bolehlah buat eksperimen sains kimia ini di rumah.

Ada beberapa eksperimen sahaja yang mungkin tidak berjaya. Harap Maklum.

sumber:http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,17138.0/

Innalillahi wa innailahi raji'un.


























































Dengar Ulang....

Posted by ijalceritera on Friday, March 27, 2009 , under , | Baca Balas (2)



Bismillahirrahmanirrahim.


Khutbah jumaat hari ini di UIA berkisar tentang ICT dan kaitannya dengan islam. Antara isinya adalah persamaan antara ICT dan islam menerusi kaedah penghantaran maklumat. Apabila azan dikumandangkan, ayatnya pasti diulang dua kali oleh bilal dan dijawab oleh umat islam sebanyak dua kali juga. Persamaannya pula, maklumat yang dihantar juga melalui dua kali proses penghantaran. Alat yang mengulangi penghantaran maklumat tersebut dipanggil Repeater.

REPEATER


Alat ini digunakan untuk menerima dan menghantar maklumat ke alat yang lain contohnya satelit. Setelah isyarat diterima maklumat dari bumi ,kemudian ia akan menghantar maklumat tersebut kembali ke bumi tetapi mungkin berbeza dari segi lokasinya. Azan yang sudah pun dilaungkan 1400 tahun dahulu ternyata memberi impak yang cukup mengagumkan masyarakat dunia. Zaman dahulu azan dilaungkan di tempat yang strategik supaya umat islam bolehlah mendengar seruan azan. Dewasa ini, Repeater atau satelit juga diletakkan di tempat yang strategik untuk membolehkan ia menerima maklumat dan menghantarnya kembali ke segenap ceruk bumi. Tuntasnya, jadilah seperti bilal yang melaungkan kalimat kebenaran untuk disampaikan kepada orang lain. Sabda Nabi s.a.w " sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat ".

Innalillahi wa innailahi raji'un...

P/S : Kalau ada silap, sila tegur ana terus secara berhikmah. Teguran anda amatlah dihargai.



Pada Suatu Hari...

Posted by ijalceritera on Tuesday, March 24, 2009 , under | Baca Balas (0)



Bismillahirrahmanirrahim...


Pada suatu hari yang indah,
Sedang anda berjalan dengan kawan rapat anda ,
Anda terserempak dengan kumpulan kawan anda yang lain.
Lalu, anda memberi salam kepada mereka dan mula berbual-bual.
Lama berborak , tiba-tiba kawan rapat anda bercerita tentang aib anda kepada kawan-kawan anda yang lain. Mereka ketawa.
Anda marah , tetapi anda simpan kemarahan anda baik-baik. Tiada reaksi.
Kemudian, kawan anda masih lagi berborak tentang aib anda yang lain.
Simpan lagi. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan.
Kali ini kawan rapat anda menghabiskan perbualan dengan aib anda yang paling besar.
Anda sudah tidak dapat menahan amarah.
Tetapi ,dia tertawa dan dengan muka ceria berkata " Maaflah, gurau sahaja". Dia masih tergelak-gelak bersama kawan yang lain.
Anda ???

Sesetengah orang akan berkecamuk dengan hatinya sendiri. Sebahagian lagi akan terus menangis. Sebahagian yang lain akan redha. Sesetengah yang lain akan beredar dengan segera. Sebahagian lagi akan berkata " Tidak mengapa , saya maafkan" setelah didesak beberapa kali. Kemudian kawan anda itu berlalu pergi tanpa rasa bersalah dan mengulangi kesalahan yang sama setiap hari. Lama-kelamaan , aib kawan-kawan anda yang lain pula dijadikan wahana lawak. Tentunya tidak semua seperti anda yang sudi memaafkan orang lain. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Apabila dosa sesama manusia tidak dimaafkan, maka terhimpunlah dosa-dosa tersebut lalu orang yang anda anggap kawan itu terhumban ke neraka ! Allah juga akan membuka aibnya!

Pada akarnya , anda memaafkan tetapi tidak menegur dengan cara berhikmah ! Tidak perlu-perlu marah-marah. Tanpa teguran tersebut, kawan anda pastinya berada di takuk lama. Betulkan kawan-kawan anda.Jangan bosan menegur ,sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.Yang buat kesalahan pula perlu redha dan berusaha perbaiki diri. Jangan pula seperti mencurahkan air ke daun keladi.Jadi, adakah kawan anda mampu berhijrah menjadi lebih baik? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasib diri mereka.Selemah-lemah iman ialah mencegah dengan hati...

Tazkirah ringkas untuk diri ana dan antum...

Hitam Pada Kita...

Posted by ijalceritera on Saturday, March 21, 2009 , under | Baca Balas (3)



Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh pembuka bicara,
Meniti menjamu susunan kata,
Kupasan ceria 'Hitam Pada Kita',
Buah ilmu penyeri cerita .


Ada apa pada kita?
Ada apa pada hitam?
Ada hitam pada kita?
Hitam ada pada kita?
Pada tangan,
Pada mata,
Pada kaki,
Pada hati ?? Astaghfirullahalazim...
Yang pasti, ada hitam di atas kepala...
Adakah kamu dapat mengagak?
Perkara yang ingin saya ketengahkan?













Rambut kita!!!




Yang pasti rambut kita bukan sebegini rupanya !
Alhamdulillah, kita dikurniakan oleh Allah dengan rambut yang sihat , mengikut acuan islam tanpa diwarna atau disambung-sambung. Insyaallah.
Namun demikian, wabak keguguran rambut mangancam 'keselamatan' kita. Lama-kelamaan rambut kita akan banyak gugur hari demi hari. Bayangkan hari-hari yang kita lalui tanpa rambut ! 'Seronoknya' !!! Persoalannya, bagaimanakah keguguran rambut boleh terjadi ???

Fasa rambut :
1. Catagen
2. Anagen - rambut yang melekat di kepala
3. Telogen - rambut gugur sebanyak 100 helai setiap hari

Rambut gugur berlebihan disebabkan ketidakseimbangan hormon, kesan sampingan ubat-ubatan dan gangguan hormon tiroid (thyroid). Rambut yang menipis pula disebabkan faktor genetik (salah satu sebab) . Jadi, lihatlah rambut mak ayah kita dan buatlah pemerhatian teliti ! ...
Persoalan kedua...Kenapa jadi botak ? Androgen ( hormon lelaki , sedikit pada perempuan) menjadi tersangat sensitif di bahagian kulit kepala tertentu! Hal ini disebabkan folikel rambut akan mengecut dan tak dapat berfungsi. Rentetan itu, rambut tak tumbuh di bahagian berkenaan. Tempatnya di mana-mana ; mungkin di tengah, depan atau di belakang.

Rambut yang sihat pula tumbuh dengan sihat, hari demi hari semakin panjang. Lebih-lebih lagi selepas sembilan hari bercuti! Sebagai pelajar banin SMIAAG , tentunya anda tidak mahu mengalami sepagi bersama ustaz dan gunting . Apatah lagi dijadikan bahan gurau senda oleh para pelajar lain . Peringatan! Sila gunting rambut anda sebelum sekolah bermula terutama para pelajar yang rambutnya terlalu panjang. Jangan tunggu rambut anda dibelai gunting. Potong ikut garisan tetap undang-undang sekolah . Jumpa anda di sekolah ! Assalamualaikum.

P/S:
Dari mata turun ke hati,
Dari hati turun ke jari,
Gerak-gemalai menulis ini
Terima kasih pembaca 'diari'.

SPM 2008

Posted by ijalceritera on Sunday, March 15, 2009 , under | Baca Balas (0)




Alhamdulillah, results senior2 Caliph14 sangat memberangsangkan. Sangat ternanti2 results mereka , berdebar2 dan cuak. Saya membayangkan ramai yang berwajah gembira pada hari itu.
Tup2, ada seorang ex-senior meraih 13 A1 ! Namae wa Halim. Masya Allah, nilai satu A1 sudah pun menggunung tinggi , apatah lagi 13 A1 ! Malahan, terdapat 6 orang yang mendapat 11 A ! Ana terkesima ... Nampaknya selepas ini , sejarah ini akan dijadikan kenangan manis, ikutan ,teladan , contoh, rujukan dan yang seangkatannya. Kami sungguh bangga mejadi warga islam Al-Amin. Tahniah kepada kesemua ahli Caliph14 di atas kejayaan kalian !!! Maklumat lanjut , http://www.al-amin.edu.my/smiaagombak/ . Piao liang....

p/s: Harapan setinggi langit melihat kesemua ahli Ikhwanul 15 menggapai kejayaan yang lebih baik dalam SPM 2009. Kejayaan mereka, kejayaan kami, kejayaan semua. Marilah doakan kejayaan kita bersama !!! ~ Ika zou , Ikhwanul 15 !!!

God, May I Ask

Posted by ijalceritera on Saturday, March 7, 2009 , under | Baca Balas (1)



I asked for strength,
And God gave me Difficulties to make me strong,
I asked for Wisdom,
And God gave me Problems to solve,
I asked for Prosperity,
And God gave me Brain and Brawn to work,
I asked for Courage,
And God gave me Danger to overcome,
I asked for love,
And God gave me Troubled People to help,
I asked for Favours,
And God gave me Opportunities,

I received nothing I wanted,
I received everything I needed,

My prayer has been answered...

MSSS 2009

Posted by ijalceritera on Sunday, March 1, 2009 , under | Baca Balas (4)



Alhamdulillah, Gombak juara !!Allahuakbar!Sebahagian teammate L18 dan L15.Di sini, dewan pertarungan.
Dalam dewan,barisan meja disusun mengikut kategori berpasukan.


Wakil2 Gombak dan wakil Kuala Selangor

Pertandingan ini telah diadakan pada 24-26 Februari 2009 di Sepang. Hari pertama, setiap pemain bermain 4 game secara individu. Hari kedua , para-pemain bermain 3 game secara individu dan diikuti satu game secara berpasukan. Hari ketiga, para pemain bermain 3 game secara berpasukan. Untuk kategori individu setiap seorang pemain diberi masa ! jam. Jadi, had masa 1 game adalah 2 jam. Bagi kategori berpasukan, setiap pemain hanya mendapat 30 minit seorang. Oleh itu had masa 1 game adalah 1 jam.
Juara P12 dan P18 telah digondol oleh wakil Gombak. Seramai 6 orang wakil Gombak( L18,L15,P18,P15) telah melayakkan diri mereka ke saringan top 6 bagi kategori masing2 untuk menjadi wakil Selangor.
Lastly, ana hanya mendapat 4 points out of 7 stressfull games. 3 menang 2 seri dan 2 kalah.
Team L18 Gombak telah menduduki tempat ketiga daripada 10 daerah. Kiranya tak pulang dengan tangan kosong. Time pengumuman juara keseluruhan dah start saspens. Bermula daripada no. 5 saspen yang melampau2. Suma diam jer.Then x lama lepas itu, Gombak pun diumumkan juara ( tapi apasal wakil2 Gombak jer semangat nak tepuk??Pelik...) Yang paling ketara , daerah Klang dan PJ tergamam, tak terkata . Selama ini 2 daerah itu sahaja yang menduduki no. 1. Time frust sesangat( dah x dpt top 6) tiba2 macam frust tuh dibuang dan diisi dengan perasaan yang gembira tidak terkata (Macam menang rumah sukan pulak). Memang girang ar masa tu. Macam kanak2 riang waktu tu . Pegang trofi, ambil gambar2. Seronok.Masa nak balik macam sedih pula, berpisah ngan kawan2 yg kita dah kenal and rapat. Kiranya lastly main lambai2 tangan.

p/s : Ada satu hari tu macam semua orang jadi x betul. Ada orang ambik kayu pastu pukul2 lopak air, budak2 terlalu ghairah bermain kejar2 sampai ada yg jatuh, pastu sambung main kejar2 lagi, ramai 'budak' besar dan kecil yang main "sapa paling stabil jalan atas akar pokok", ada juga yang ambil kayu kibas2 angin( tension kot ?!?!) ......pelik sangat hari tu....
Akhirnya , fokus ana sudah pun beralih -> SPM 2009 !