Seperti Katak di bawah kaca berbentuk Tempurung

Posted by ijalceritera on Wednesday, December 22, 2010 , under | Baca Balas (1)



Assalamualaikum wrh wbt


Lama....
Lama tak menulis dengan bahasa sendiri...
Lama tak persembahkan idea diri...

Oh mungkin saya asyik dalam bersosial (indoor)...
dan jarak sosial pun telah saya pendekkan setakat 1kilometer radius.
Agaklah
Tak berkembang, tersekat uhuhuhu

Hei!
Insya Allah semua itu ada hikmahnya..............kan?

####################################################################


Kenapa kita tak banyak bergerak?

Yang saya perasaan, selalulah, yang jadi comitee , orang yang sama
Orang yang dalam bilik, orang yang sama, maksudnya, setiap kali habis kelas , balik bilik orang tu juga yang kat bilik. Kenapa ya?

Kenapa tersekat kat bilik?
Luar panas.
Aktiviti kat luar bosan.
Kat dalam bilik boleh surf internet.
Boleh baca bahan islami.
Boleh baca manga.
Boleh tonton movie.

Cuba tengok manusia yang kita contohi (insya Allah).
Pernah bertugas mengembala kambing.
Seekor kambing uh, bukan boleh main-main. Kalau dikejarnya kita, pergh...belum lagi menanduk kita...
Tapi orang menjadi contoh kita ....mengembala KAMBING-KAMBING.
Jamak bagi kambing.,.,.

Skil mengembala, menjaga, membimbing.,., mahal tuuu....

Dan kemudiannya Baginda (s.a.w)membimbing kita...umatnya.

Kalau main game (digital) belum tentu dapat skil untuk bimbing manusia lain.
Sehebat mana pun main video game, game uh tetap mati.
Sehebat mana pun main chess, buah-buat catur uh tetap mati.
Belum dapat skil untuk uruskan benda-benda hidup.
Cubalah main bola di luar.
Cubalah jadi comitee program.
Cubalah teman kawan beli barang kat Low Yat (ceh, Low Yat aja)
Cubalah aplikasikan ilmu-ilmu yang dipelajari dalam pertandingan/hidup,
Insya Allah, nikmat ukhuwwah dapat dirasai.
Lagi-lagi program uh menjaga batas-batas. Ataupun ko sendiri yang jaga batas-batas.
Mukhoyyam (perkhemahan), Douroh (kursus) dan sebagainya.

Jauh berjalan, luas pengalaman. Kalau tak diaplikasi pengalaman, rugilah.............kot.

Berbeza, orang yang bekerja, dengan orang yang baca buku 24/7 sahaja

P/S; Mulakan bersosial di surau/masjid. Insya Allah orangnya baik-baik, dan Insya Allah ko pun boleh jadi orang yang baik-baik. =)

Terutama kepada yang menulis.,.,.,.,


Anda Menang RM2 JUTA!

Posted by ijalceritera on Wednesday, October 20, 2010 , under | Baca Balas (0)








(Gambar Hiasan)









Jangan jangan terus percaya,

Nanti menyesal di hari muka,

Lambat tahu hujahnya salah,

Cepatlah terperangkap dalam masalah


Jangan asyik percaya membuta,
Sebelum bukti berkata-kata,

Bunuh terus bukti yang lemah,
Dengan sumber fakta yang sah



Jangan cepat klik
share,
Kelak banyak dosa bear,
Jari memang sengaja terlewat,

Supaya diri tak lekas karat



'Percaya cepat' lekaslah buang,
Usulkan kajian masa terluang,
Usah risau tak up-to-date,
Asal dosa tak meleret berderet


Kaji sumber fakta bahan,

Sumber pertama , pastikan,
Barulah tak boleh lawan,
Tegap kaki bulat pendirian

Biar cabang dan ranting patah,
Asal pokok dan akar berdiri gagah,

Jangan asalkan furu' gagal bersatu,
Original kita Al-Quran yang 'baru'


Sentiasa baru di hati kita,
Selalu fresh dada membara,

Akhlaq iman kukuhkan dahulu,

Hasilnya perajurit-perajurit muslim maju berpadu!


Kalau tak tau.... diam sahaja~

Nama pun Ada Pengaruhnya !

Posted by ijalceritera on Tuesday, October 5, 2010 , under | Baca Balas (4)



Bismillah


Bola disepak separuh makan,
Penat bermain, tambah pengetahuan,
Eid Mubarak pengunjung budiman,
Salam ukhuwwah, maaf dijunjungkan.


Berita Utama


Saya mendengar kawan-kawan kampus bercerita dari entah mana pangkalnya sampailah ke hujung. Sambil berjalan dalam kegelapan malam. Cuma cerita yang sempat saya tangkap...






"......kat Malaysia rokok haram ngan makruh. Anta tau tak rokok kat Indonesia mcmne?"

"Asal rokok kat Indonesia?"

"Sini (Malayisa) kan ada dua jer fatwa merokok. Haram makruh. Tapi kat sana fuh. Lagi banyak"

"Harus pun ada lah?"

"Bukan setakat harus, sunat pun ada. Pastu ana dengar gak, ada yang merokok uh wajib"

"Jadah pula wajib?!?!?!!?"


Begitulah serba-serbi dialognya. Ana touch up supaya senang ana tulis.

Hurm... wajib....???

Jeng jeng jeng


E HEALTH CIGARETTE Rokok Elektrik Tidak perlu pembakaran, tidak ada kandungan TAR, Tidak ada Zat Kanker, Tidak perlu Asbak, Tidak Berbau, Bebas Polusi Udara, Rokok yang dirancang khusus dibuat untuk para perokok yang ingin mencoba BERHENTI merokok atau setidaknya MENGURANGI kebiasan merokok tradisi onal dengan cara yang nyaman dan terbukti 99.9% aman dan ramah lingkungan


sumber:

http://iklanwow.com/iklan-baris/rokok-elektrik-e-health-cigarette-eceran-dan-grosir-murah.html


Menarik!

Gara-gara diberi nama Rokok Eletrik.Bukan setakat bersaing dengan rokok malah menolong BERHENTI merokok. Apabila rokok menjadi ubat, ia juga boleh jadi wajib sebab ubat juga boleh jadi wajib----- sebab pesakit sudah tahap "mati kalau tak ambil ubat". Dalam kes ini, rokok = ubat.

Lain pula cerita di Malaysia yang indah dan permai...

Nama pesaing rokok sebenar panjang dan tak menarik.....

Lebih kurang lah


"Penggantian rokok terapi nikotin"

"Nikotin resoribletter"

Kalau nama yang menarik dan pendek bukankah memudahkan?

Kita panggil kawan kita bukannya dengan nama penuh pun.



Topik Lain

Ana kira samalah juga dengan dai'. Bukan gelaran dai' yang dikejar tetapi untuk memperbaiki mereka yang kita serukan. Kita mahukan serapat boleh dan paling efektif semasa mengajak dia/mereka menjadi lebih baik.

Tak mahu dia apabila di depan kita berimej baik kerana kita (dai), namun sikapnya vice versa apabila kita tidak bersama dia.

Kadang-kadang kita tukar nama group dakwah menjadi lebih menarik seperti "Study Circle, BOWM (ehem) dan Campus Buddy"

Ada nama lain yang lagi cool? Dipersilakan. Kelebihannya adalah menarik minat mereka/dia yang diseru.

Wallahua'lam...


Vocabulary~
Ana --- saya
Anta --- kau
Dai' --- Pendakwah
Vice versa --- berlawanan/sebaliknya

p/s: Masih berevolusi. Dalam proses membentuk diri, ruang teguran untuk diri ini terbuka. Jangan terus percaya post atas.... selamat mengkaji

Burung pun berUSAHA selamatkan Nabi Ibrahim a,s

Posted by ijalceritera on Saturday, August 21, 2010 , under | Baca Balas (0)



Tarikh 'Mid Sem Exam' masih jauh lagi. Jaraknya dengan masa sekarang lebih kurang dua bulan.

"Aik. Balik2 muka ko je setiap petang. Awat rajin sangat hang blajaq?" kata Karim kehairanan.

"Shhh, saja nak prepare awal. Aku bukannya bijak pon. Diam2. Aku dah nampak 4.0 flat aku " jawab Basyir bersemangat.

" Orang lain turun padang jugok. Badan sihat , otak pun cerdas. Jom teman aku pi main bola jom..", Karim mengajak.

" Ko gerak dulu, kemudian aku follow. Nak study jap" balas Basyir acuh tak acuh.

"Jom la..". Belum sempat Karim menghabiskan kata-katanya, kedua belah tangan Basyir menghentak meja. Suara Basyir bernada tinggi "Ko diam boleh tak! Ko nak main, pegi la main! Yang ko nak paksa2 aku , buat apa. Kecoh tul".

Muka Karim berubah tawar dan terus berlalu pergi. Keluar dari perpustakaan. Basyir berdiri diperhatikan mata-mata di sekelilingnya. Mukanya merah padam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Basyir menganggap dirinya perlu berusaha gigih. Pulun habis untuk dapatkan 4.0 flat. Biasiswa, kebangaan mak ayah dan 'Deen list' , insya Allah semua itu memudahkannya untuk ke peringkat pengajian yang seterusnya.

Namun. Di sebalik usaha itu, dia masih menyimpan rasa.

"Aku tak nampak pun dia belajar. Tapi 4.0 flat bai. Bapak Star. Huh asal aku dapat nombor tengah2 je dalam kelas. Usaha tak cukup kot",desus hatinya. Usaha tangga kejayaan. Itulah yang dia faham. Kalau dia banyak berusaha, dia berjaya.

Tetapi, suu' zhon ( fikiran/pandangan buruk ) mengacau. Tak mampu untuk redha yang dia perlu berusaha lebih untuk mengecapi manisnya kejayaan walhal orang di sebelahnya, setiap hari belajar sama2, tak siap kerja rumah, setiap hari bermanja dengan permainan komputer mampu menjulang nama , di atas takhta akademik, bersandarkan pencapaian 4.0 flat.

Tiba- tiba dia teringat akan kelas Inggeris petang kelmarin...

" Saya tanya sama pelajar di Universiti lain, awak belanja banyak ker sikit di bulan Ramadhan nak dibanding dengan bulan lain?"soal Sir Naderaj.
"Banyak lagi di bulan Ramadhan" jawab pelajar muslim tersebut, mengiyakan apa yang benar.

"Awak nampak. Ini example yang saya tanya pada pelajar di Uni mane ntah. You see, many people thought that this is the time to berbuka mewah. Beli banyak2, tapi bila makan sikit aja. Celup sikit sana , celup sikit sini, yang lebih buang dalam tong sampah. Membazir tu kan amalan syaiton..."

Basyir dan rakan-rakan sekelas tersenyum.

"Ada tak Islam menganjurkan all of you to be moderate? Ada kan? Patutnya, masa puasa inilah nak rasa kesusahan orang yang susah. There are people who take their meal everyday once. Itulah sepatutnya puasa mengajar kita. Macammanani.... Orang Hindu pun ada juga puasa, tapi minum air sajalah for 24 hours. Christian pun ada juga puasa"

Okay?"

Pelajar seisi kelas menjawab " Okay"

"Nurman. Apa yang saya cakap tadi? " tanya Sir Naderaj.

"Tazkirah"

Sir Naderaj melebarkan senyumannya.

Haha. Gelak-tawa memecah dinding kelas. Berterabur sampai ke luar. Sir Naderaj suka memberi tazkirah walaupun dia bukan muslim. Bagus.

"And one more thing. Kalau ilmu awak banyak , awak akan ada lagi banyak potensi, right? Tapi kalau awak biarkan ilmu seperti katak di bawah kelapa...."

" Di bawah tempurung, Sir " Basyir pantas membetulkan.

"Aiyo , sama lah tu. Lebih kurang cikitlah. Ok, Kalau kamu macam itu, then your knowledge, useless sama sekali"

"But, kalau awak kurang di ajar, kurang knowledge, tapi banyak effort,especially in exams, Tuhan akan bagi lagi ganjaran, lebih daripada orang yang less effort. Islam ada ajar awak itu semua kaan? Tuhan itu kan maha adil (sambil menunjukkan jari telunjuknya ke atas)."



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Basyir tersenyum mengenangkannya kembali.

Dia berbincang dengan Naqibnya tentang masalahnya. Solusi yang dihasilkan ialah STRATEGI yang terancang dan sentiasa HUSNU' ZHON .

Dia sujud , bersyukur kepada Allah di atas HidayahNYA.

Setelah beristighfar, dia membentangkan sejadah dan bertindak sebagaimana ayat Al- Quran (maksud);

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Dan demikian itu sungguh BERAT melainkan bagi orang-orang yang KHUSYU'

Al-Baqarah ayat 45


P/S : Khusus untuk ana. Hadiah untuk pembaca. Insya Allah, ibroh itu ada. : )

Cakap-Cakap Sikit, Selamat Banyak!

Posted by ijalceritera on Monday, June 14, 2010 , under | Baca Balas (4)



“Daripada bercakap benda yang tak berfaedah, lebih baik diam ataupun zikrullah”

Dahulu




Acap kali saya terima nasihat ini daripada guru biologi saya di zaman pesekolahan. Mana taknya , kuat bercakap dengan kawan-kawan. Isi masa lapanglah katakan. Kalau tak cakap, bosan pula nanti. Cakap pun hal remeh-temeh bukannya berbincang ilmu setinggi langit. Gelak tawa berderai sampaikan masuk telinga cikgu di bangunan lain. Lawak setiap masa semacam sudah menjadi kewajipan. Haha, zaman budak-budak.


Suara Yang Kita Suka


Muslim mana yang tak suka dengar bacaan al-Quranul Karim yang begitu indah susunannya dan ayatnya yang menusuk hati? Lagi-lagi dalam bulan ramadhan ; yang jarangku nampak baca Quran mula berjinak-jinak untuk tilawah, setiap hari dan kurang bercakap sampah. Saya suka suara itu. Saya sewaktu di Tingkatan 2, bukanlah kerap sangat pun baca Quran. Tetapi, bila tengok kawan saya berlumba-lumba nak habis, saya pun menuruti sahaja gelombang itu. Rasa ketinggalan kalau tak ikut.
Masih lagi segar…
Muaz Khairi : Anta dah bape juzu’
Faiz : Dalam 15 juz. Anta?
Muaz Khairi : Oh. Urm. Baru 14 juz.

Anas : Ana tak nak tanya?
Muaz Khairi : Hah, berapa?
Anas : Sikit je. Dalam 15 juz.

Muaz Khairi : Sikit ape nye tuh.
Anas : Izzaldin, anta bape juz dah?

Izzaldin : Dalam dua juz je kot.

~Lebih kurang beginilah tetapi memang segan!


Saat Suara Mesti Lantang

Fellow : Mala mini kita akan selesaikan pelantikan comitee baru bagi tahun 2010. Siapa yang ada cadangan nama , sila tampil ke depan. Kita mulakan dengan Presiden dahulu.


Kruk…kruk…kruk…kruk…kruk…
Student 1: Saya cadangkan Zaki Mat Arshad sebagai Presiden.
Student 2: Saya cadangkan kawan saya, Hazami Ali.

Student 3: Saya volunteer diri saya. Karim Masul.

Fellow : Ok. Kita buat undian. Sorang sekali je. Get ready everyone.


“Uish, cmne nak undi? Kenal pun tak budak-budak asasi ni” kata sebahagian pelajar yang hadir.

Fellow : Ok. Sapa undi Zaki Mat Arshad sebagai Presiden?
Banyak juga tangan diangkat. Menghampiri majoriti.


Fellow : Ok. Bagaimana pula dengan Hazami Ali?

Tangan pengundi boleh dikira dengan jari.

Fellow : Op. Belum habis lagi. Last. Karim Masul.


Kruk…kruk…kruk…kruk…


Fellow : Satu, dua orang. Keputusannya, Presiden baru kita sekarang ialah Zaki Mat Arshad.


(Kesan bunyi. Woooooooo!! dan tepuk tangan 6 saat)


Fellow : Secretary baru kita Hazami Ali dan treasurer kita yang baru Karim Masul.

(Kesan bunyi. Woooooooo!! dan tepuk tangan 6 saat cuma tak sekuat tadi)

Fellow: Jadi, saya biarkan 3 orang ini boleh pilih penolong masing-masing. Kita sudahi majlis ini dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

Masjid? Halalkan Duit? No Thanks...

Posted by ijalceritera on Tuesday, May 18, 2010 , under | Baca Balas (4)



Assalamualaikum wrh wbt.


Sebelum saya melangkah ke menara gading, terimalah hadiah yang tak seberapa ini...



1)Masjid






Selalunya bila terfikir masjid, terbayanglah orang tua-tua bersolat di sana, mengaji dengar ceramah dan sebagainya. Ini tinjauan saya di kawasan perumahan saya. Bosan juga. Asyik-asyik orang tua, orang sama. Imam, bilal, muazzin, ma'mum belakang imam, saf 1 (saf satu sahaja selalunya); semuanya orang tua-tua. Kalau ramai pun, ada masa-masanya. Baca Yasin malam Jumaat dan solat Jumaat. Kadang-kadang, kalau ada moreh, barulah rajin-rajinkan diri datang.... ya tak ?!

Di mana orang muda? Orang tua-tua ini tak ajak anak-anak sendiri kah? Atau sudah diajak namun, anak-anak mereka tak berminat? Mungkin. Tetapi, ramai dalam kalangan budak-budak muda "masa nilah baru main bola", "masa nilah pergi CC", "masa nilah santai-santai tengok tv". Saya pun pernah mengalami perkara sama. Remajalah katakan. Saya pun bukannya automatik, waktu solat terus pergi masjid.

Latihan. Orang ingat, belajar sahaja perlukan latih tubi? Erk, berlatih pergi masjid, lagi bagus. Jumpa kaki masjid, kaki surau, kaki bola dan kaki bangku. Saya cadangkan mulakan dengan yang mudah. Sehari sekali pergi masjid, pun jadilah.Bertahan untuk sebulan. Kalau sudah boleh konsisten dengan prestasi tadi, naikkan angka menjadi 2 kali sehari. Sikit-sikit, lama-lama istiqamah !

Jarak. Kalau masjid berhampiran rumah, lagi mudahlah ke masjid, kan? Kalau jauh, itulah hadiah lebih namanya. Lagi jauh berjalan ke masjid, lagi banyaklah dapat hadiah. Bukan sembarangan hadiah. Hadiah dari tuhan!

Masa depan. Agak-agaknya, selepas orang tua-tua ini sudah berehat di alam lain, boleh kira dengan satu tanganlah bilangan jemaah (ditolak bilang orang tua-tua 60 ke atas).

KITA BAGAIMANA? Tepuk hati, terus bertindak!

Mahu tahu kekuatan umat islam kawasan perumahan, rajin-rajinkan nilai bilangan jemaah yang solat subuh di Masjid atau Surau. (kata-kata tokoh)



2)Peristiwa di Sebuah Sekolah





Cuaca yang agak panas. Kelihatan dua orang pelajar berbaju putih mengekori seorang pelajar berbaju biru. Berjalan . "Cikgu panggil korang tadi. Cikgu kata dia nak borak jap". Pelajar berbaju biru menyuruh mereka masuk ke dalam bilik disiplin

Cikgu : Siapa yang tumbuk dulu? (muka ganas)

Pelajar A : Dia yang tumbuk saya, cikgu. (sambil mulutnya dimuncungkan ke arah pelajar B)

Cikgu : Kenapa awak tumbuk dia? Dia bukan kawan awak ke?

Pelajar B : Sebab dia hutang saya cikgu. Dia tak pernah bayar pun.
Sejak dari darjah dua lagi dia tak pernah bayar. Apa hukumnya? Saya tumbuk dia darah-darah sikit je. Dia tak nangis pun. Dia lagi zalim.

Cikgu : Berapa dia hutang awak ?

Pelajar B : RM 100. Tapi saya nak dia bayar 5 ringgit jer...

Cikgu : (???!?!?!)

Insya Allah. Banyak pengajarannya.

Buat kawan-kawan yang masih belajar dan akan sambung semula pembelajaran, manfaatkan alam yang antum berada sekarang. Masa tak berulang, cuma ingatlah, sejarah pasti berulang !

Jazakallahu khairan kathira.

oh. Ya. Selamat Hari Guru ^_^

Di Daerah Ini...

Posted by ijalceritera on Saturday, May 8, 2010 , under | Baca Balas (2)






Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

Di daerah ini, biarlah aku..




Nyanyi Cara Elok !!!

Aku Rela

Posted by ijalceritera on Tuesday, May 4, 2010 , under | Baca Balas (2)




Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

Dinukilkan oleh DR MAZA
Dinyanyikan oleh Algebra

BERITA BURUK dan BEST!

Posted by ijalceritera on Friday, April 16, 2010 , under | Baca Balas (2)



Assalamualaikum...

Berita Buruk!

Buat peminat barangan Apple,
Atau khususnya mereka yang menanti IPad ke tangan mereka,
Nampaknya anda terpaksa menunggu lebih lama,
kerana....
Israel haramkan import IPad ke seluruh dunia
Termasuk MALAYSIA!!!
Sumber
http://www.telegraph.co.uk/technology/apple/7595107/Israel-bans-iPad-imports.html

Berita Best!

inshaAllah, BEST siri ke 4 akan menyusul tidak lama lagi, kali ini konsepnya agak berbeza sedikit, programnya dipanjangkan sedikit, jom para ibu-bapa, abg-kakak, adik-adik, daftarkanlah remaja yang ada segera kepada kami.....

jom tengok butiran nya....


Tarikh : 24 & 25 April 2010
Tempat : Sekolah Islam ADNI
Masa : 6.00pm ( 24 Apr ) - 1.00pm ( 25 Apr )
sasaran : Remaja 12-17 tahun
Yuran : RM 15

Agenda :

Hari Pertama ( 24 Apr )


6.00pm : Pendaftaran & makan Malam di ADNI
7.00pm : Zikir Munajat
7.30pm : Solat Maghrb, Mathurat, tazkirah
8.30pm : Solat Isya'
9.00pm : TeamBuilding GAME *** Speacial **
11.00pm : Tilawah
11.30pm : Tidur

hari Kedua ( 25 April )

5.00am : Bangun Qiamulail
6.00am : Solat Subuh, Mathurat.
7.00am : Go Go Futsal & Go Go Netball
8.30am : Persiapan diri & Breakfast
9.30am : Takhsin Solat Siri 3
11.00am : Minum Pagi
11.30am : Minda Super ( Bengkel )
12.30 tgh : Lunch
1.20 pm : Solat Zohor
1.30pm : Bersurai & Tamat

so..apa tunggu lagi?!?! JOM

Konvensyen Terbaik~ Jom Remaja Semua!

Posted by ijalceritera on Thursday, April 8, 2010 , under | Baca Balas (0)



Sejenak bersama beku-beku Al-aqsa,
Manakan sama dengan sebulan dalam batu-batu rumah,
Tak sama dengan berjumpa kawan lama,
Dibuai rasa indah dunia,
Jauh sekali.

Sekelumit dalam dakapan perjuangan baitul Maqdis,
Memeluk cium erat saudara yang bertandang memanggil seruan,
Berpeluh merah membara,
Belum mampu lagi kita turut serta,
Senaskah al-Quran dalam tangan?
Ah! Kalut dusta,
Masih merobek lubang-lubang alpa.

Sayup hati merasa al-Quran bergetar,
Mengajak kita membina cinta,
Menegakkan kalimah yang dahulu pekat kita laungkan,
Indah di mata dunia,
Perjuangan yang jauh tetapi masih basah,
Kental didokong pahlawan-pahlawan gagah.

Di mana singa seperti Umar al-Khattab?
Yakinkah anda kedatangan Salahuddin Al-Ayubi?
Dan Muhammad Al-Fateh keras melaungkan gelombangNya?
Mereka itulah bakalnya kita.
Insya Allah!

Assamualaikum wrh wbt.
Mungkin kita masih lenggang kangkung mencari suara seruan perjuangan.
Masih ada simpati kepada abang kakak kita di Palestin.
Ayuh kita tonjolkan gagahnya peduli kita pada mereka.
Bukan setakat di hati , tetapi berbekas di tangan dan kaki.


AQSA SYARIF dengan kerjasama PACE akan mengadakan KONVENSYEN AQSA SYARIF seMALAYSIA seperti berikut:

Tarikh: 10 April 2010
Tempat: UIA Gombak
Masa: 8 pagi - 5 ptg

Jadual tenteative

Ucaputama: Pengerusi AQSA SYARIF (Ust Hasanuddin Mohd Yunus)
Sidang Media
Talk 1: Sorotan Sejarah Bani Israel (1 jam)
Talk 2: Makna al-Aqsa bagi muslim
Talk 3: Isu Semasa al-Quds
Talk 4: Tips kempen ceramah AQSA SYARIF

Kita mensasarkan 200 penyertaan (setiap wakil AQSA SYARIF di peringkat Daerah dan Negeri diwajibkan menghantar wakil - 75 orang (atau lebih dialu-alukan) . Penyertaan dibuka kepada semua. Maklumat lanjut akan menyusul.

Sila block tarikh tersebut untuk melonjakkan AQSA SYARIF di persada tanah air.

Insya Allah. Binnajah! Ajak keluarga dan kawan-kawan!

Tuan dan Hamba

Posted by ijalceritera on Wednesday, March 31, 2010 , under | Baca Balas (1)



Salam

Jari lama sudah tiada menulis. Idea pula meraban berterbangan. Terimalah ini seadanya.

"Adakah sama seorang hamba yang dimiliki oleh sekumpulan lelaki dengan seorang hamba yang dimiliki oleh seorang lelaki?"

Anda punya fikiran sendiri.
Teruskan dengan proses itu...

Prinsip hamba pasti tunduk taat pada pemiliknya. Memerlukan arahan dan tenaga untuk melunaskan perintah tuannya.

Maka beginilah.

Lebih mudah bagi seorang hamba bekerja dengan seorang tuan berbanding dengan ramai tuan. Bayangkanlah, betapa banyaknya perintah yang perlu dilaksanakan sekiranya dimiliki oleh tuan yang ramai. Bagaimana pula arahan-arahan tersebut perlu dilakukan pada masa yang sama? Sukar dan beban yang amat bagi hamba itu. Azab rasanya jika terpaksa pula memikul perintah-perintah yang saling bercanggah antara satu sama lain.

"Abu, aku mahu kau gemburkan tanah pokok-pokok cili"
"Abu, aku mahu kau cabut pokok-pokok cili sebab aku mahu tanam jagung"

Kesian. Ramailah tertipu dengan hujah kosong "banyak tuhan" mentadbir alam.
Ramai tuhan? tak tercapai dek akal dan pastinya HURU-HARA!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Pemimpin perlu menjadi hamba kepada rakyat".....adakah benar?

Propaganda najis ini telah cuba dibungkus elok kemas diharumi wangian semerbak. Najis ini gagal dihidu kerana mereka menerima topeng muka daripada musuh. Bahkan sesetengah membelinya!

Musuh menanam minda kita dengan "kebebasan rakyat bersuara,memberi pendapat"tanpa batas. Padahal islam meletakkan batas pada pemimpin dan rakyat bertiangkan Ashhadu an la ilaha illallah, wa ashhadu anna muhammadarrasulullah.

Bebaskan diri kita kepada bebas beribadah kepada Rab. Mari!

Bosan? Jom Tonton Ini =D

Posted by ijalceritera on Tuesday, March 16, 2010 , under | Baca Balas (0)





Insya Allah.
Fikir-fikirkan.
Banyak ibrahnya.

Ringannya Telinga Mendengar!

Posted by ijalceritera on Saturday, March 6, 2010 , under | Baca Balas (0)



Bismillah


Assalamualaikum wrh wbt

Pertama, marilah kita puncakkan kesyukuran kita kepada Rabb lebih-lebih lagi terhadap nikmat limpahanNYA. Hati kita sendiri pun menyedari bilangan kurniaanNYA memang tak terbilang dan tak tercapai dek akal.

Dalam keadaan iman yang sangatlah "down", hati yang penuh dengan nifaq dan pastinya 'dihiasi' dengan dosa sememangnya merupakan cabaran yang amatlah getir bagi ana. Jauh berbeza dengan para sahabat yang imannya pergh.... MANTAP!

Sikap keterlaluan terhadap hiburan terutamanya yang melalaikan menganggu gugat keyakinan "Iyyaka na'budu" dalam Al-Fatihah. Mudahnya , bolehkah dengan mendengar lagu seumpama Fifteen , Menggegar Dunia dan Bad Romance membuahkan amal yang lebih banyak?

Ana dengar juga lagu. Lagu yang menguntungkan dirilah. Memotivasikan dan menasihat. Takkanlah kita mahu rugi diri sendiri layan lagu omong kosong, ya tak?

Rupanya ada juga beza antara dengar Al-Quran dan dengar Nasyid. Bayangkanlah, seharian mendengar nasyid sedap didengar , bersemangat dan siap ada maksud ayat Al-Quran tetapi tak baca langsung Al-Quran pada hari itu, memang terasa sangat kosonglah hati tanpa ruh Islam dan Jihad menghuninya. Berbanding mendengar Al-Quran seharian dan tak dengar langsung nasyid; insya Allah teranglah hati lagi-lagi dengan kefahaman. Heh, semua orang tahu. Buatlah apa pun amal sunat, namun seandainya sedikit masa tiada tilawah, terasa akan kekurangan yang amat sangat.

Bukan mahu cakap apa, memang manusia pelupa lagi-lagi diri yang menulis ini.
Mari kita bina diri dahulu, kemudian kita binalah orang lain. SEMOGA!

Sekian

Jazakallahu khairan kathira.

Wassalam.

P/S: Tadi sebenarnya ada pertandingan So You Think You Can Sing di Wangsa Maju. Ajak awi masuk tetapi.... lalala. Dia tak mahu. Minta maaf kepada penganjur yang menganjurkan pertandingan tersebut kerana kami betul-betul tak dapat hadir.

Satu Calit

Posted by ijalceritera on Sunday, February 28, 2010 , under | Baca Balas (0)



Bismillah.
Salam.

Tulisan ini sekadar lentera,
Halus madahnya untuk semua,
Kerana aku belum mampu bersuara kuat,
Segagah Singa di rimba.

Namun haluskan pada makna bicara,
Kerana cedoklah hikmah dari mana-mana bekas,
Mungkin bekasnya Timur dan Barat,
Sekalipun penutupnya Zionisme dan jahiliyyah.

Sematkanlah dan fahamkanlah ilmu anda,
Jangan sekadar buat dan hafal,
Tetapi ruhnya HAMPAS,
Galilah lagi ilmu itu ke dasarnya,
Kerana pasti kau akan jumpa emas dan gembira,
Menggali itu bukan sembarangan,
Utuh tekad dan gagah semangat,
Bulat usaha terus membara,

Ambilah islam sebagai batas,
Dan tiupkanlah ruhnya dalam jiwa lesu anda,
Kerana yakinlah kali ini dan selama-lamanya,
Islam dan para pendokongnya pasti MENANG
MENANG dan tetap MENANG,
Selagi Hati Pembina Penggeraknya,
Mekar diacu Al-Quran Sunnah
Serta mewangi dalam jihad dakwah.