Kenangan MSSD 2009

Posted by ijalceritera on Sunday, February 22, 2009 , under | Baca Balas (4)



As-Syukri & POSE MENARIK ..
Banat sedang ambil medal (berkumpulan P18) tempat ke-4 !! Syabas !!
Seorang pelajar SMIAAG (L18) sedang mengambil medal, tempat ke-4 daripada 96 orang
Falah (L15) sedang mengambil medal, tempat ke-6 daripada 80++ orang !! Tahniah !!
Guru profesional sedang mengajar banat2 bermain chess ...
Suasana pertandingan yg crowded !!! Mari cari pelajar2 SMIAAG!!
....Kanak2 riang sedang menunggu pertandingan yang lambat dimulakan...

Tuntasnya, pertandingan pada hari pertama bermula agak lambat, pelantikan pengurus pasukan ( Amir Fuhairah ) baru, dapat duit makan, tandas kurang bersih, keadaan kacau bilau, hanya 3 bangsa utama yg menyertai, turut disertai wakil negara dari sekolah lain ( hehehe, ramai cuak), pergi ke SKBBSB dengan menaiki bas, jalan2 tiba ada pelajar sekolah lain beri salam , ramai orang menyesal ( banyak sebab), dapat kawan baru, muka2 sedih, muka2 gembira (menang kot), muka2 serius , muka2 cuak. Sekolah BB Sg. Buloh berhampiran dengan rumah Uncle Ghazali.

p/s: kenangan yang kelakar ( tiba2 ada muka posing, hahaha). Selain itu,duit W. Amin yg ana jaga selama ini hampir2 hilang , tercicir di kantin. Alhamdulillah, Muadz tiba2 nampak dan terus beritahu ana. Syukran kathiran Muadz. Duit RM 50 (W.A) masih ana jaga, sebagai kenangan. ( hehehe , ramai yg sudah belanja habis rupanya).

Road to MSSS 2009 -1-

Posted by ijalceritera on Wednesday, February 18, 2009 , under | Baca Balas (2)



Tuesday
17 Feb 2009
1st Set
Alhamdulillah, I'd scored 4 points out of 5 games.
Kalah di tangan non-muslim. Terkilan. Kali kedua kalah kepada orang yang sama.
Sebelum ini ana pernah kalah.
Seperti jatuh dalam longkang yang sama 2 kali !!! Very frustrated !!!
Tapi dia score 3 points out of 5 games

Wednesday
18 Feb 2009
2nd Set
Alhamdulillah, I'd scored 4 points out of 5 games.
Again, i'd lost to non-muslim. Orang yang sama juga !!!
Tiga kali terjatuh dalam longkang yang sama !!! Very, very, very FRUSTRATED !!!
Tapi salah ana juga kalah, silap jalan . hehe
But this time , he scored 5 points out of 5 games !!!

Overall , i'd finished 2nd place with 8 points out of 10 games.
Dapat masuk ke MSSS 2009. Tetapi, Al-Falah tidak berjaya untuk mara ke peringkat seterusnya. Boleh cuba lagi tahun hadapan.
Jazakallah atas doa2 antum dan sokongan semua pihak.

p/s : rugi byk masa belajar !!! membazir masa, patutnya buat sehari cukup!! Doakan kejayaan ana dalam MSSS 2009!!!

TESPER 2009

Posted by ijalceritera on Sunday, February 15, 2009 , under | Baca Balas (5)



Alhamdulillah. Hari ini sungguh penat. Penat biasa. Merentas desa bermula dari SMIAAG melalui jalan kampung , merentasi simpang di depan ISS , menongkah jalan tar bulat di UIA berpusing mengikut arah jam seraya menelusuri jalan di depan restoran ASNIRA dan memecut laju sehingga ke meja kak Haziqah. Sekadar mendapat no. 8 sahaja yang menunjukkan sedikit penurunan dari rekod tahun lepas. Pun begitu , syukur kerana dapat menyumbangkan sedikit markah kepada rumah sukan kegemaran ramai , rumah As-Solah. Sebenarnya , target nak dapat no. 1 dalam masa yang sama mengalahkan Adil dan Safwan. Mereka adalah 'rival' ana sejak tahun lepas. Malang tidak berbau, x dapat capai target yang diharapkan.

Alhamdulillah one more time sebab tahun ini, harapan mereka yang mahu melihat As-Solah mendapat no. terakhir keseluruhan sudah berkecai !!! Overall, As-Solah 3rd , Al-Fatah 2nd dan juara TESPER 2009 Al-Falah ! Semua orang telah berpenat lelah, kebanyakannya melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Ada yang x masuk lari rupanya !!! Mungkin mereka tolong2 untuk W.Amin. Mungkin juga tolong2 cikgu2 lain. Ringkasnya, walaupun agak letih, tapi ramai yang menonjolkan muka ceria terutama time gimik. Tahniah warga2 Al-Amin kerana telah bersungguh2 dalam menjayakan TESPER 2009. Riadhah Mutiara Ukhuwah.

p/s : x sangka Hadi dapat no. 10 merentas desa U17 dan adik-beradik jadi johan badminton individu U15 and U17 banin.

Kini, Hati Berbicara

Posted by ijalceritera on Friday, February 13, 2009 , under | Baca Balas (0)



Diikutkan hati mahu ditangisi,
Pemergian yang lain dan juga diri,
Saban pagi saban hari,
Moga masih seperti hari ini,
Dapat kuungkapkan di ruang berjasa.

Duka nestapa silih berganti,
Memikir tahun depan,
'Waaah !! Ana Alumni !!'
Mungkin kesedihan disebabkan tali,
Tali yang diikat di jari-jemari,
Bakal terurai tak lama lagi,
Segala kenangan bermain sentiasa,
Seperti chess bermain di kepala,
Tali yang diikat dijaga rapi,
Agar tidak diputusi,
Tak akan terputus dek duri,
Takkan terputus dek hidung tinggi,
Tetapi terputus seperti merpati,
Sesudah terputus terbang kembali,
Bersama ahli ranjau diharungi,
Moga aksara menjadi pengganti,
Pengganti diri yang menyayangi,
Mari rapatkan wahai empunya hati.

Sebagai persediaan di minggu hadapan,
Air soya jadi kenangan,
Memenuhi sebuah keinginan yang tak tertahan,
Bersama perut yang kelaparan,
Alpa jangan doa makan,
Sentiasa dalam keberkatan,
Menjelang perlawanan yang mendebarkan,
Adakah mampu ku tatap keputusan,
Mungkin dinamik bak tirusnya ikan,
Wakil2 berentap lawan ,
Mara sebatu ayuh teruskan,
Laungkan ,"Lawan tetap lawan!!!"
Walaupun sekadar menggunakan buah putih dan hitam,
Tetap merupakan perjuangan,
Sepanjang perjalanan,
Masa yang berpusing mengikut arah jam,
Takkan mengulangi nostalgia lama,
Teruskanlah kehidupan,
Sandarkan kepada TUHAN.

2 JALAN

Posted by ijalceritera on Sunday, February 1, 2009 , under | Baca Balas (2)



Jalan berjalan menjalani perjalanan,

Redah pusaran kegusaran dan ketakutan,

Sambil berputar mengiringi masa,

Lapang berpatah tiada,

Maju hadapan,

Berombak soal,

Adakah hadapan sana gelap gelita,

Ataupun terang benderang cahayanya,

Menunggu tiada bosan,

Persoalan menjerit di benak,

Di mana hujungnya pada terowong gelap ?

Pengalah berpeluk tubuh,

Bagaimana caranya melalui jalan berduri ke cahaya ?

Pengalah masih berpeluk tubuh,

"Realiti sentiasa mengalahkan ilusi",

"Memang inilah nasib saya",

Kenapa tak berimaginasi sedangkan ianya anak pemikiran,

Kenapa keluh tangis sedangkan mampu melangkah,

Kenapa menjerit sedangkan tahu menadah,

Kenapa?,

Akal dan syariat landasannya jua