Al-Quds
Bismillahirrahmirrahim...
Assalamualaikum w.r.h. w.b..t
Haha. Kepingin main galah panjang !
Bukannya apa, memang seronok!
Yang paling penting, semasa dalam seronok-seronok itulah manusia boleh memberi perhatian.
Buat apa-apa kerja, kalau seronok memanglah terus menerus dibuatnya. Seronok dengan belajar, belajarlah kerjanya. Seronok main bola, main sahaja. Kadang-kadang dikeluarkan skil dan ditampal strategi.
Jadi setelah simulasi tamat,
mereka diisi dengan kisah di Al-Quds dan kaitan Al-Quds dengan simulasi.
Mereka hadam sahaja apa yang diberi. Semoga kesedaran mereka bercambah dan berputik.
Simulasi yang penuh dengan penderitaan.
Sebahagian prebet ikhwanul 15 dikoyak/ terkoyak pakaian mereka. Kesannya seperti dilakukan oleh mereka yang begitu rakus ( sedapkan ayat). Bukan kesan ini yang kita harapkan, tetapi yang kita inginkan sepatutnya adalah kesedaran ; kesan ampuh mendasari hati.
Lupa pula untuk minta maaf pada mereka. Mungkin ada ter'ganas' ada waktu itu.
Paling jelas, kesungguhan mereka untuk menyelamatkan 'orang palestin' yang menjadi tawanan.
Namun, itulah harga yang terpaksa dibayar. Baju koyak-rabak, ditangkap dan dilempar ke tempat lain, jatuh tergolek-golek ; bayangkan sahaja, ini baru simulasi. Jika kesungguhan ini boleh kita tepek dalam diri setiap masa; beribadah berjuang, bukankah itu sesuatu yang sangat baik?
Tak lupa juga, penipuan yang dilakukan terhadap umat islam tentang masjid Al-Aqsa. Kabur yang manakah Masjid-Al-Aqsa yang sebenar dengan 'The Dome of The Rock".
Isu boikot juga dilihat semakin rapuh. Mahu kata apa? Bukti sudah jelas, saudara kita dihina dan dibunuh begitu kejam. Jadi buat apa kita tolong mereka yang jelas mahu menjatuhkan saudara kita, menjatuhkan kita ,menjatuhkan umat dan juga islam?
Titik.
Oh ya, isu KFC. Isu lama. Sepengetahuan ana, walaupun syarikat itu sudah dibeli, royalti tetap perlu dibayar kepada pemilik jenama syarikat, siapa lagi kalau bukan yahudi ! Itu memang ada dalam perjanjian antara francaisor (memberi kebenaran pinjam jenama) dengan francaisi (meminta kebenaran guna jenama ) namun, kebaikan dan keburukan masih ada.
Kebaikan
1) Peluang pekerjaan meningkat
2) Ekonomi negara meningkat
3) Kuasa beli individu meningkat
4) Kadar kemiskinan menurun
Keburukan
1) Yahudi menerima bantuan 'kita' dangan selamat
2) Saudara kita dibunuh
3) Agenda perang pemikiran oleh musuh islam dapat berjalan lancar
4) Penghidap penyakit tekanan darah tinggi meningkat; makanan yang kurang berkhasiat
5) Banyak sangat - tak muat -
Jadi, pembeli dan pekerja dapat wang, yahudi dapat untung. Tolong-menolong antara satu sama lain. Baguskah?
"Sesiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi penolong mereka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka" [5:51]
Maka ,mahu kongsi beberapa pendapat:
1) Jika semua francais KFC di Malaysia dibeli oleh syarikat islam, mungkin keuntungannya menurun. Yahudi tidak lagi menikmati untung jual beli tetapi menerima untung dalam bentuk komisen atau royalti; ratio jumlah ini kurang berbanding jumlah keuntungan.
2) Katakan semua francais dibeli, maka yahudi hanya goyang kaki terima keuntungan yang berterusan. Mudah. Orang islam bekerja, yahudi hanya tunggu wang.
3) Walaupun hanya mendapat royalti, jumlahnya tetap banyak. Cuba kira jumlah francais KFC di negara yang aman ini? Belum lagi syarikat yahudi lain. Cukupkah duit beli semua francais?
Jika saudara seislam mati kerana mahukan peluang pekerjaan, keteguhan ekonomi dan kehidupan moden lengkap dangan hiburan, soal diri , layakkah kita menjadi saudara mereka? Kalau memang tak ada barang selain barang yahudi, itu kes lain. Pilihan lain ada, terpampang berkualiti juga.
"Boikotlah barang musuh (islam), nescaya Al-Quds akan bercahaya".
P/s: Panjang celoteh tidak sekadar di skrin, tetapi harap mapan di hati.
Suarakan pendapat. Kongsi. Kalau fakta ana salah, silalah betulkan.
Ramadhan semakin hampir. Manfaatkanlah sebaik-baiknya ! =)
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...
10 'KEBAIKAN' air 'Coke'
Cuba balik rumah buat experiment dengan coke,betulkah hujah-hujah dibawah.
Assalamualaikum
" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Persis pasukan SMART dan bomba kita itu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka menggunakannya?

| Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : 1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang! 2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan citric acid yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? 3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome ; Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang! 4. Untuk menghilangkan kesan hakisan pada skru/nat bateri kereta ; Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta. 5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. 6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa Coke. 7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak usah guna tin sembur cuci cermin seperti yang dijual di Yawata; harganya amat mahal! Bahan aktif Coke adalah phosphoric acid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, [ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh... Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula di rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasanya seperti meminum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dan otak pun ditipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama! Anak bapak dan Keluarga 69. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Seperti candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Begitulah terjadinya nama CocaCola. Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh , apa salahnya] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi,cuba cara ini, mungkin gigi itu boleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama sahaja! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam kedua-dua minuman tersebut. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Siapa yang ada tanam pokok cili di rumah, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili itu rasa pedas manis berperisa coke, mungkin? Cubalah! Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dan lain-lain. Rupa-rupanya, Coke juga boleh dibuat sebagai bahan gantian kecemasan jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta di atas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak lepas sains khasnya kimia dulu bolehlah buat eksperimen sains kimia ini di rumah. Ada beberapa eksperimen sahaja yang mungkin tidak berjaya. Harap Maklum. sumber:http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,17138.0/ Innalillahi wa innailahi raji'un. | |||||||
Dengar Ulang....
Bismillahirrahmanirrahim.
Khutbah jumaat hari ini di UIA berkisar tentang ICT dan kaitannya dengan islam. Antara isinya adalah persamaan antara ICT dan islam menerusi kaedah penghantaran maklumat. Apabila azan dikumandangkan, ayatnya pasti diulang dua kali oleh bilal dan dijawab oleh umat islam sebanyak dua kali juga. Persamaannya pula, maklumat yang dihantar juga melalui dua kali proses penghantaran. Alat yang mengulangi penghantaran maklumat tersebut dipanggil Repeater.
REPEATER
Alat ini digunakan untuk menerima dan menghantar maklumat ke alat yang lain contohnya satelit. Setelah isyarat diterima maklumat dari bumi ,kemudian ia akan menghantar maklumat tersebut kembali ke bumi tetapi mungkin berbeza dari segi lokasinya. Azan yang sudah pun dilaungkan 1400 tahun dahulu ternyata memberi impak yang cukup mengagumkan masyarakat dunia. Zaman dahulu azan dilaungkan di tempat yang strategik supaya umat islam bolehlah mendengar seruan azan. Dewasa ini, Repeater atau satelit juga diletakkan di tempat yang strategik untuk membolehkan ia menerima maklumat dan menghantarnya kembali ke segenap ceruk bumi. Tuntasnya, jadilah seperti bilal yang melaungkan kalimat kebenaran untuk disampaikan kepada orang lain. Sabda Nabi s.a.w " sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat ".
Innalillahi wa innailahi raji'un...
P/S : Kalau ada silap, sila tegur ana terus secara berhikmah. Teguran anda amatlah dihargai.


