Facebook dan Ciri-ciri BEST!
Monday, October 24, 2011
, Posted by ijalceritera at 7:57 PM
Alhamdulillah dan terima kasih.
Kepada anda anda anda yang suka menasihati,
Yup, yang menasihati saya dengan cara yang saya selesa + suka.
Oh well.
Saya sebenarnya malas nak tanya yang...
ANDA ADA AKAUN FACEBOOK?? :)
Antara butang yang sangat important dalam kegelojohan perkongsian maklumat hari ini dalam menyingkapi idea-idea warga fesbuk adalah butang 'share' . Tak kisahlah laman sepuluh sen atau laman drama picisan, semua isu kalau boleh mahu diberitahu, dipaparkan dan diberi sedut oleh rakan-rakan maya.
Butang status tak kurang penting juga peranan yang dimainkannya di arena penyebaran info masa kini. Boleh kopi status artis. Boleh berbalas pantun. Teki teki pun boleh. Sangat mudah untuk kita berkongsi apa sahaja. Ya, apa sahaja!
Hari ini, aku mahu 'share' something.
Ini tips untuk bergelak ketawa.
Bagaimana caranya?
1-Sila lihat profile anda dan scroll ke bawah.
2-Perhatikan setiap satu posting anda.
Ada post pasal Siti.
Isu hudud.
Wanita boleh pakai shawl atau tak.
Zizan atau johan siapa lagi lawak!
Ibrah ramadhan.
Himpun.
Super Junior
Video baby gelak comel
MU and MC
Prof Aziz
Keep scrolling sehingga anda tiba ke posting pertama anda.
(Ya, anda sangat noob pada masa awal-awal itu)
Kankankan?
Banyakkan yang kita sudah tulis.
Banyakkan yang kita sudah sharing.
Banyak juga kita komen dan like. Hehe
Sedar tak sedar, Facebook kini berfungsi seakan-akan 'illiyin atau sijjin.
Illiyin ialah sebuah kitab amal untuk orang yang Abror yang bermaksud orang-orang yang banyak buat amal baik.
Sijjin pula sebuah kitab amal untuk orang yang Fajir iaitu orang-orang yang banyak menderhaka pada Allah.
*Kalau salah betulkan plis
Ada certain comments, setelah diperhatikan semula, tak perlu tulis pun sebenarnya. Ada yang bajet poyo. Ada yang tak serupa bikin. Ada juga posting fakta-fakta palsu, tapi ialah kan.... 'ada aku kisah , aku share je'. Kita kedekut upaya dan masa menilai sesuatu maklumat atau ilmu.
Dan yang paling aku rasa LAME sangat-sangat, apabila posts lepas-lepas kita TAK AMALKAN pun. Setakat bincang sahaja, setakat share, setakat menghighlight yang kita juga tahu pasal nilai-nilai kebaikan.
Benarlah,
Muhasabah mematangkan aku, at least.
Currently have 0 Baca Balas: