Berjalai

Sunday, October 9, 2011 , Posted by ijalceritera at 1:48 PM

Jalai yang diambil daripada bahasa Iban membawa maksud jalan. Maka tajuk ini secara kasarnya membawa maksud berjalan, dalam erti kata lain bermusafir.

Ada 3 cara yang boleh indicate akhlak seseorang;
-Tidur bersama-sama
-Bermusafir sama-sama
-Makan sama-sama

Bukan sahaja kita tahu perangai kawan kita bagaimana, malah boleh jadi rapat sepanjang proses.
Bermusafir syaratnya ialah dengan tujuan yang baik. Kalau setakat pergi konsert Biber, Gaga, kurang menjadilah niatnya.

Yang bestnya pasal bermusafir ini;

1. Lagi senang nak kenal secara surface. Kenapa lagi senang? Sebabnya bila ruang antara atom-atom dikecilkan. maka pelanggaran laju gila antara atom-atom akan lebih berlaku. So akan banyaklah reaksi yang berlaku hasil dari pelanggaran. Keluar bunyi ke, haba ke bertukar jadi ion. Maka sebab itulah kita lagi senang nak berkenalan. Dalam kenderaan yang compact dengan berbagai perangai, lebih ramailah orang yang kita boleh bertegur sapa. Tak nak tegur sudah.

2. Membina hubungan yang lebih rapat. Makanan kongsi-kongsi. Kalau pemandu sesat, satu kerta/bas lah sesat. Maka kita sama-sama selesaikan (kadang-kadang ada yang pasif tak turut serta).

3. Lebih memanfaaatkan masa. Nak tegur brader belakang, dia tengah baca buku. Nak tegur kawan kat depan, dia tengah baca quran. Kita pula rasa macam nak tiru apa yang mereka buat. Di rumah asyik ber'facebook' 24 jam memanglah tak terasa manfaat facebook yang sebenar. Jumpa dan bergaul kawan-kawan secara live lagi PERGH! berbanding dengan chat, message,video conference. Tu la pasal.