Moriblah
Baru-baru ni aku sempat menjengah Bagan Lalang merehatkan minda dengan aktiviti yang seronok-seronok-seronok. 3 kali seronok itu tanda kepuasan maksima untuk untuk semua aktiviti yang bermula dari 2 hingga 6 Oktober dua ribu sebelas. Bukan setiap acara aku dapat kepuasan kerana kepuasan itu lahir setelah tamat program.
Namakan saja program apa-apa sebelum ini yang telah aku sertai, jarang sekali aku hentakkan kepala memikirkan pengajaran disebalik pembikinan acara, effect setiap aktiviti dan pengajaran dari pelbagai perspektif. Mungkin dahulu rasanya aku lebih selesa apabila aku rasakan memadai bila aku dapat ucapkan "janji aku datang program-program baik". Bila diteliti betul-betul, ayat itu seperti membuat sesuatu tanpa mengharapkan hasil daripada masa yang kita luangkan. Tujuan kedatangan kita kurang jelas even untuk program-program yang semestinya halal lagi baik.
Pelaburan terhadap perkara yang baik merupakan suatu tindakan yang bijak namun tanpa hasil pelaburan itu, tak ke manalah adik oi.
Sambung semula cerita, program ini dipanggil C.I.N.U (kalau terbalikkan jadi UNIC... pergh..) bersempenakan cuti-cuti ilmiah and ukhuwah. Cinu bertemakan Mukhoyyam dakhili atau bahasa kasarnya perkhemahan dalaman or Indoor camp. Berlatarkan Pantai Morib nan indah, rumput nan hijau, pasir nan bersih dan kedai seafood yang berlambak OMG! Setiap malam kami hang out disitu berbincang pasal ummah...ceyp.
Isu utama cinu adalah untuk memahamkan para peserta tentang Usul 20 dan yeah mempraktikkanya paling penting. Gambaran pertama aku ialah usul 20 ini dibentangkan dalam suasa kursus, bilik tertutup, membosankan, ramai peserta tertidur dan mereka pengsan keletihan seolah-olah berlari 20 pusingan padang Stadium Bukit Jalil waktu tengahari.
Serius aku silap.
Kami dipairkan dengan pasangan masing-masing rela-hati untuk mempersembahkan 2 usul daripada usul tersebut. Drama, menyanyi, movie, cerekerama, pantun, sajak, syair, gurindam apa saja teknik penyampaian boleh digunakan asalkan tak over. Ramai yang lucu tahap menggeletek dan mesej usul itu tetap sampai. Tahniah lah kawan. Dan setiap kali habis persembahan itu, ustaz Syahril akan mengulaskan kembali agar kefahaman kami lagi gempak.
Sekian
Currently have 0 Baca Balas: