Aku Pun Manusia
I really missed those moments at Bagan Lalang. Programnya santai-santai namun ukhuwah kami benar-benar terbina di situ. Walaupun kami belajar dalam kampus yang sama, muhasabah untuk aku sendiri, aku gagal menyempurnakan ketiga-tiga rukun itu, baru nak cecah level tafahum.
Bila kita lakukan reflection, barulah nampak apa salah silap kita. Barulah terang dan jelas kekurangan kita. Walau kita punya akidah yang sama, but still semacam belum ada bond yang benar-benar kukuh antara kita. Picisan. Belum ada hubungan dari hati-ke hati, yang ada hanyalah melalui fizikal dan sangat annoying bila kita terpaksa melakonkan sifat-sifat baik, bila kita sebenarnya belum sempurna/tiada sikap sedemikian.
Memang mencabar untuk aku bertukar daripada pendiam kepada friendly. Namun setelah kesusahan itu, ada kesenangan. Setelah curhat dengan seorang kawan rapat (pergh, kawan rapat!) barulah aku sedar yang aku (setelah buat perbandingan dengan kawan uh) dikurniakan jaringan KENALAN yang ramailah juga. Kenalan bukan sahabat. Kenalan ialah orang yang hanya kita kenali secara permukaan sahaja.
Tapi sahabatlah yang sentiasa di samping kita susah senang. Detail pasal mereka sangat lengkap dalam otak kita dan amal mereka selalu menimbulkan kesan dalam hati. Saat kita terjerut dengan tali jahiliyyah, merekalah yang akan menarik kita kembali mengejar redha Allah. Orang jenis ini pula sedikit bilangannya.
Melalui pemerhatian dengan sedikit thinking terhadap sesuatu, banyak ibroh yang boleh didapati sebenarnya. Cara ini jugalah yang mendekatkan Nabi Ibrahim dengan tuhan ketika baginda mula-mula memikirkan tentang tuhan, matahari, bulan. Tadabbur tanda-tanda kewujudan Allah memang best. Nampak semuanya seperti tersusun cantik, berseni.
Kesimpulannya, banyak lagi yang aku mahu pelajari pasal manusia~
Currently have 0 Baca Balas: