Showing posts with label Riwayat Hidup. Show all posts
Showing posts with label Riwayat Hidup. Show all posts

Cerita Warung Kopi

Posted by ijalceritera on Sunday, December 27, 2009 , under , , , | Baca Balas (0)



Salam.
Bismillah
"Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara"
Bukanlah suatu perkara mudah untuk mengekalkan hubungan sesama manusia, namun yang pasti setiap usaha yang baik dan ikhlas ke arah itu insya Allah dirahmati dan diberkati.
Pelbagai ragam muka....
Kadangkala, dalam kita bersosial, bergaul dengan masyarakat sekeliling kita mungkin ada terbuat salah. Kalau orang buat salah dengan kita, maafkan sahaja dan tak perlu berdendam. Ketahuilah dendam adalah racun ukhuwah. Jikalau kita pula buat salah pada anggota masyarakat segeralah minta maaf. Sebahagian mereka sudi memaafkan. Hei, tak semua orang bersifat pemaaf ! Jadi, berhati-hatilah dalam tindakan dan liuk lidah anda.
Untuk eratkan lagi hubungan "berhadiahlah, nescaya kamu berkasih sayang". Tak perlu mahal, sekadar termampu. Mungkin anda urut bahu dan belakang kawan anda selama 6 jam pada tarikh kelahirannya. Juahkan diri dari sangka buruk. Tak kisahlah, kawan datang lambat temu janji, ter'delete' anda dalam facebook,blog, myspace, twitter, tagged, friendster, zorpia dan yang seangkatan dengannya. Mungkin dia ter*&%^$$@# atau komputer disambar petir. Wallahua'lam. Anda punya pengalaman sendiri jadi, LUASKANLAH !
~Anggota ikhwanul15~
Dalam berukhuwah, kita alami suka-duka kadangkala mengganggu gugat jambatan hubungan. Jambatan kayu boleh runtuh jika asasnya, kayu papan dimakan anai-anai. Projek jambatan Pulau Pinang tak boleh disiapkan sekiranya bahan tidak cukup, modal tak cukup, buruh tak cukup dan tanah juga tidak cukup luas. Sekiranya faktor pengeluaran seperti buruh, modal dan tanah tidak cukup maka , matilah ilusi jambatan. Perkara ini adalah asas dalam aktiviti pengeluaran.
Jadi. kalau asas kita dalam berukhuwah pun tunggang terbalik, mana mungkin kita dapat rasa kemanisannya. Jadi ta'aruf , tafahum dan takaful lah anda sesama rakan. Mungkin proses makan masa lama tetapi SAYA JAMIN BUAHNYA PASTI MANIS!
Jangan lupa anda sudah bersyahadatain. Jadi ukhuwah ini mestilah bersangkut-paut dengan sumpah anda. IKHLASKAN DIRI. Jom bina masyarakat mujahid bersama ukhuwah kita.

Riwayat Hidup- Episod 2

Posted by ijalceritera on Saturday, May 2, 2009 , under | Baca Balas (0)



Bismillahirrahmanirrahim...


Setelah melalui perit getir hidup di dunia selama 6 tahun, akhirnya ana menginjak ke fasa seterusnya. Ana telah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat Sekolah Rendah. Tahun pertama di sekolah serba baru dan umur menjangkau angka 7.


Pada saat ana berusia 7 tahun, ana telah dimasukkan ke Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak Sungai Pusu. Waktu itu masih belum ada gelanggang dan padang. Kawasan belakang (padang) masih belum ditebas dan kawasan depan pintu utama sekolah adalah hutan tetapi hari ini kita kenalinya sebagai IIS. Maknanya, sekolah memang dikelilingi hutan simpan yang belum diterokai. Hari pertama persekolahan, ana dihantar oleh ibu yang penyayang dengan menaiki kereta Mercedes-Benz lama berwarna merah. Nama ana telah didaftarkan sebagai penghuni 1 Ammar.Kawan baru memang ramai. Hanya menyebut beberapa nama : Nasrullah,Zuhri, Al-Haaziq, Irfan dan ramai lagi. Setiap hari berkongsi kegembiraan, keseronokan, kebahagiaan, keceriaan dan senyuman.Kalau gaduh pun, sekejap sahaja sudah elok. Penyakit dengki-mendengki memang tiada, tidak wujud pun dalam kamus hidup budak kecil berumur 7 tahun. Kerap kali ana makan honeystars (pada waktu ini belum boikot) dengan Nasrullah dan kawan-kawan lain. Haha , Nasrullah pemurah. Terima kasih. Jasa baik anda dihargai. Antara cikgu-gikgu yang mengajar ana termasuklah Muallimah Roslina(bahasa Inggeris), Muallimah Salmah(bahasa Melayu), Muallimah Zaleha(aqidah), Ibu Sariah(matematik), Muallimah Zainab (bahasa arab), Ustaz Hamdan dan ramai lagi ( maaf, hanya menyebut beberapa nama). Ibu Sariah ajar kami (budak-budak kelas 1 Ammar) satu lagu seronok." Dari kiri ke kanan ayat matematik, dari atas ke bawah bentuk lazim, itu semua senang sahaja, asal kita ingat pada Allah". Itulah lirik lagunya yang mengingatkan orang lain kepada Allah walaupun seorang budak-budak. Kreatif bukan? Namun begitu, pada suatu hari,kami telah bermain keretapi-keretapi di dalam kelas. Pada waktu itu, Ibu Sariah sedang kepenatan ;duduk di atas kerusi. Kami mainlah keretapi-keretapi , buat bising. Banat pun marah banin. Keretapi masih berjalan. "Bedebuk!". Seorang banin dapat tapak kaki dari banat. Dikatakan bahawa, banat yang menendangnya sememangnya ahli dalam seni pertahanan diri. Kasihan, haha.
Di samping itu, semasa peperiksaan Sirah sedang berjalan, ana pun jawablah soalan-soalan dalam kertas. Sampai suatu masa, sampai ke soalan isi tempat kosong. Jawapan-jawapan diberi dalam kotak bentuk awan. Tertarik tengok awan. Jadi, ana warnakanlah awan-awan itu agar nampak cantik. Warna sepuasnya dalam masa yang sama, melatih bakat terpendam ;kebolehan mewarna menggunakan pensel-pensel warna. Akibatnya masa berlalu laju dan akhirnya tamat tanpa sempat untuk disiapkan. Dapat C.Biarkanlah. Tak kisah. Pada waktu hari raya pula, ana tengok sepupu-sepupu main mercun. Macam-macam mercun ada. Mercun roket, mercun bunga api, mercun bola, mercun kereta kebal, mercun naga, mercun gasing dan yang paling tidak dilupakan mercun ayam. Keluarga dari Johor yang bawa. Tak sah kalau tiada mercun sempena aidilfitri. Budak jahil, primitif dan tidak berdosa bermain mercun.

Sampai sini sahaja coretan yang mahu ana kongsi setakat ini. Episod ketiga tak tahu lagi akan keluar atau tidak.Segalanya boleh terjadi andai diizin Allah.



Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Riwayat Hidup- Episod 1

Posted by ijalceritera on Friday, May 1, 2009 , under | Baca Balas (6)



Bismillahirrahmanirrahim...


Tulisan kali ini lebih tertumpu pada nostalgia lama. Kalau boleh, mahu dituliskan semuanya tetapi tak muat. Tapi kalau ada kawan lain nak tambah, memang boleh. Jadi, ana mulakan tulisan ana sejak ana berumur 1-6 tahun.

1-6 Tahun

Peringkat awal, ana terpaksa berenang selaju mungkin dan bersaing dengan sperma-sperma lain agar dapat fertalisasi. Alhamdulillah, dikurniakan kejayaan. Kemudian diri ana tertanam pada dinding uterus seterusnya mengambil masa yang agak lama untuk menjadi bayi yang cukup sifat. Ayah ana sangat risau akan keselamatan ibu ana. Akhirnya ana selamat lahir pada $/#/1992 di *&^%$#. Ana dijaga oleh orang bukan islam semasa tinggal disana; kawan ibu ana yang baik orangnya. Semoga Allah memberikannya taufik dan hidayah untuk masuk islam. Ana juga dijaga oleh nenek ana yang baik hati, emak saudara dan keluarga.

Seawal umur 2 tahun, ana terpaksa bersaing dengan sepupu-sepupu lain berdasarkan sifat comel. Siapakah lebih comel? Ana mengaku sepupu-sepupu ana lebih comel daripada ana. Jadi, disebabkan sunatullah, muka budak kecil sememangnya comel, pipi kami telah dicubit dengan 'penuh kasih sayang' puluhan kali. Akibatnya, ada yang pipi lebam, pipi menggelebeh, menangis dan sebagainya. Kesemuanya dilakukan atas dasar 'kasih sayang'. Adik ana pula telah lahir pada bulan September.

Seawal umur 3 tahun, ana telah dididik di Tadika Amal, Taman Jasa. Ya, ibubapa sangat pentingkan pendidikan anak-anak mereka. Atas kesedaran mereka inilah, ana dihantar ke sana untuk menimba ilmu. Baju 'seragam' Tadika Amal bercorak kotak-kotak dan berwarna biru.

Seawal usia 4 tahun, ana semakin membesar dari segi saiz dan semakin ramai orang yang ana kenal. Masih lagi seorang budak yang suci bersih daripada dosa. Pipi yang tidak berdosa ini masih dicubit berulangkali oleh kakak saudara ana. Rumah ana berhampiran dengan rumahnya. Memang sah ana jadi mangsa setiap hari. Sepupu-sepupu lain duduk jauh; Johor, Ulu Yam, Kajang dan sebagainya.

Seawal usia 5 tahun, ana semakin mengenali cikgu-cikgu tadika. Ana hanya ingat nama dua orang cikgu ; Cikgu Rahmah (merangkap Guru Besar) dan Cikgu Aisyah. Ana hanya ingat muka Cikgu Aisyah. Terang dan jelas. Ana kawan dengan budak-budak kecil lain. Sungguh riang dan ceria. Muaz bin Khairi pun tadika di situ. Bezanya ana sebelah pagi, dia sebelah petang. Ana pun belum kenal dia lagi. Pergi tadika naik bas sekolah. Dalam bas ada jual makanan sedap-sedap ; sate, aiskrim dan sebgainya. Selain itu, ana pun cuak dengan seorang nenek dalam bas sebab dia pakai gigi emas. Lebih-lebih lagi dia yang jual semua makanan dalam bas.

Akhirnya, sampai juga usia 6 tahun. Ana menjadi senior kepada adik-adik lain. Tak terasa pun senior sebab masih kebudak-budakan. Pada suatu hari, cikgu bagi surat. Budak-budak lain dapat juga. Apalagi, ana pun berikan kepada ibu ana di rumah. Ibu kata nak masukkan ana ke Sekolah Al-amin. Ana nak masuk sekolah kebangsaan sebab kawan-kawan lain masuk sekolah kebangsaan. Taqlid kawan-kawan. Apakan daya, redha Allah terletak pada keredaan ibu bapa. Ana pun jadi orang yang patuh.. Kemudian, ana bincang dengan budak-budak lain. " Weah, sekolah mana nanti? "."Sekolah Sungai Kertas". Dalam hati " Oh, sungai yang dalamnya ada kertas banyak-banyak. Bestnya !". Jadi ana beritahu cikgu ana masuk Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak tahun depan. Menjelang hari raya, Tadika Amal pun buat 'tadika terbuka' yang khas untuk budak-budak tadika. Ana pakai songkok, pakaian berwarna emas, lebih pada coklat kekuningan. Sampin pun pakai. Lantai sujud pula dilapik kain gulung berwarna putih. Tak silap ana makanan kena bawa sendiri.

Setakat ini, itu sahaja yang ana ingat. Bersambung episod kedua. Insyaallah esok.


Innalillahi wa innailaihi raji'un...