Moriblah
Baru-baru ni aku sempat menjengah Bagan Lalang merehatkan minda dengan aktiviti yang seronok-seronok-seronok. 3 kali seronok itu tanda kepuasan maksima untuk untuk semua aktiviti yang bermula dari 2 hingga 6 Oktober dua ribu sebelas. Bukan setiap acara aku dapat kepuasan kerana kepuasan itu lahir setelah tamat program.
Namakan saja program apa-apa sebelum ini yang telah aku sertai, jarang sekali aku hentakkan kepala memikirkan pengajaran disebalik pembikinan acara, effect setiap aktiviti dan pengajaran dari pelbagai perspektif. Mungkin dahulu rasanya aku lebih selesa apabila aku rasakan memadai bila aku dapat ucapkan "janji aku datang program-program baik". Bila diteliti betul-betul, ayat itu seperti membuat sesuatu tanpa mengharapkan hasil daripada masa yang kita luangkan. Tujuan kedatangan kita kurang jelas even untuk program-program yang semestinya halal lagi baik.
Pelaburan terhadap perkara yang baik merupakan suatu tindakan yang bijak namun tanpa hasil pelaburan itu, tak ke manalah adik oi.
Sambung semula cerita, program ini dipanggil C.I.N.U (kalau terbalikkan jadi UNIC... pergh..) bersempenakan cuti-cuti ilmiah and ukhuwah. Cinu bertemakan Mukhoyyam dakhili atau bahasa kasarnya perkhemahan dalaman or Indoor camp. Berlatarkan Pantai Morib nan indah, rumput nan hijau, pasir nan bersih dan kedai seafood yang berlambak OMG! Setiap malam kami hang out disitu berbincang pasal ummah...ceyp.
Isu utama cinu adalah untuk memahamkan para peserta tentang Usul 20 dan yeah mempraktikkanya paling penting. Gambaran pertama aku ialah usul 20 ini dibentangkan dalam suasa kursus, bilik tertutup, membosankan, ramai peserta tertidur dan mereka pengsan keletihan seolah-olah berlari 20 pusingan padang Stadium Bukit Jalil waktu tengahari.
Serius aku silap.
Kami dipairkan dengan pasangan masing-masing rela-hati untuk mempersembahkan 2 usul daripada usul tersebut. Drama, menyanyi, movie, cerekerama, pantun, sajak, syair, gurindam apa saja teknik penyampaian boleh digunakan asalkan tak over. Ramai yang lucu tahap menggeletek dan mesej usul itu tetap sampai. Tahniah lah kawan. Dan setiap kali habis persembahan itu, ustaz Syahril akan mengulaskan kembali agar kefahaman kami lagi gempak.
Sekian
FoodFood
Manusia ada berbagai ragam dan rasa.
Ada happy go lucky.
Ada jenis tak kisah.
Suka bergelak sakan.
Yang rajin gila belajar.
Yang super pandai genius terlampau.
Golongan sosial setiap masa.
Seronok hidup dalam pelbagai acuan rasa.
Variasi rasa manusia.
Walaupun pelbagai nikmat itu tersedia di hadapan-tinggal-nak-ambil, namun, tak ramai manusia yang dapat raih,
nikmat ketenangan.
Tanpa ketenangan,
apa yang akan manusia alami ialah kekosongan.
Bersukan,
Belajar,
Makan bertambah,
Manusia takkan dapat rasa enjoy tahap langit dengan aktiviti-aktiviti ini,
Kalau hati tiada makanannya.
Berkembang
Dalam menempuh hidup,
Inches Of Art
Bismillah.
Maka, dengan penuh hammasah, ide-ide yang bergelojak, penyusunan yang aku harapkan lebih teratur, dalam usaha menampilkan kesyumulan dalam kekreatifan hidup, aku mulakan usaha baru.
Aku mahu terus perubahan memimpin aku dalam jahil jahil kepada terang terang, namun semestinya hakikat ini memerlukan masa seupaya usaha. Berganda-gandalah lagi aku perlu hambatkan tenaga, moga keringat ini tak sekadar membasahkan pipi malah mengangkatku dalam redhanya.
Kali ini, aku mahu mantapkan asas-asas diri tanpa cacat cela. Ingin sekali memberi manfaat dalam masa membentuk diri sendiri. Sebelum menjadi pokok yang benar-benar bisa memberi buah pada musimnya seizin tuhan.
ijalceritera ditutup untuk kali yang pertama.
terus melangkah dengan nama Nya
Inches Of Art
Cerita Kita-Kita


