Konvensyen Terbaik~ Jom Remaja Semua!

Posted by ijalceritera on Thursday, April 8, 2010 , under | Baca Balas (0)



Sejenak bersama beku-beku Al-aqsa,
Manakan sama dengan sebulan dalam batu-batu rumah,
Tak sama dengan berjumpa kawan lama,
Dibuai rasa indah dunia,
Jauh sekali.

Sekelumit dalam dakapan perjuangan baitul Maqdis,
Memeluk cium erat saudara yang bertandang memanggil seruan,
Berpeluh merah membara,
Belum mampu lagi kita turut serta,
Senaskah al-Quran dalam tangan?
Ah! Kalut dusta,
Masih merobek lubang-lubang alpa.

Sayup hati merasa al-Quran bergetar,
Mengajak kita membina cinta,
Menegakkan kalimah yang dahulu pekat kita laungkan,
Indah di mata dunia,
Perjuangan yang jauh tetapi masih basah,
Kental didokong pahlawan-pahlawan gagah.

Di mana singa seperti Umar al-Khattab?
Yakinkah anda kedatangan Salahuddin Al-Ayubi?
Dan Muhammad Al-Fateh keras melaungkan gelombangNya?
Mereka itulah bakalnya kita.
Insya Allah!

Assamualaikum wrh wbt.
Mungkin kita masih lenggang kangkung mencari suara seruan perjuangan.
Masih ada simpati kepada abang kakak kita di Palestin.
Ayuh kita tonjolkan gagahnya peduli kita pada mereka.
Bukan setakat di hati , tetapi berbekas di tangan dan kaki.


AQSA SYARIF dengan kerjasama PACE akan mengadakan KONVENSYEN AQSA SYARIF seMALAYSIA seperti berikut:

Tarikh: 10 April 2010
Tempat: UIA Gombak
Masa: 8 pagi - 5 ptg

Jadual tenteative

Ucaputama: Pengerusi AQSA SYARIF (Ust Hasanuddin Mohd Yunus)
Sidang Media
Talk 1: Sorotan Sejarah Bani Israel (1 jam)
Talk 2: Makna al-Aqsa bagi muslim
Talk 3: Isu Semasa al-Quds
Talk 4: Tips kempen ceramah AQSA SYARIF

Kita mensasarkan 200 penyertaan (setiap wakil AQSA SYARIF di peringkat Daerah dan Negeri diwajibkan menghantar wakil - 75 orang (atau lebih dialu-alukan) . Penyertaan dibuka kepada semua. Maklumat lanjut akan menyusul.

Sila block tarikh tersebut untuk melonjakkan AQSA SYARIF di persada tanah air.

Insya Allah. Binnajah! Ajak keluarga dan kawan-kawan!

Tuan dan Hamba

Posted by ijalceritera on Wednesday, March 31, 2010 , under | Baca Balas (1)



Salam

Jari lama sudah tiada menulis. Idea pula meraban berterbangan. Terimalah ini seadanya.

"Adakah sama seorang hamba yang dimiliki oleh sekumpulan lelaki dengan seorang hamba yang dimiliki oleh seorang lelaki?"

Anda punya fikiran sendiri.
Teruskan dengan proses itu...

Prinsip hamba pasti tunduk taat pada pemiliknya. Memerlukan arahan dan tenaga untuk melunaskan perintah tuannya.

Maka beginilah.

Lebih mudah bagi seorang hamba bekerja dengan seorang tuan berbanding dengan ramai tuan. Bayangkanlah, betapa banyaknya perintah yang perlu dilaksanakan sekiranya dimiliki oleh tuan yang ramai. Bagaimana pula arahan-arahan tersebut perlu dilakukan pada masa yang sama? Sukar dan beban yang amat bagi hamba itu. Azab rasanya jika terpaksa pula memikul perintah-perintah yang saling bercanggah antara satu sama lain.

"Abu, aku mahu kau gemburkan tanah pokok-pokok cili"
"Abu, aku mahu kau cabut pokok-pokok cili sebab aku mahu tanam jagung"

Kesian. Ramailah tertipu dengan hujah kosong "banyak tuhan" mentadbir alam.
Ramai tuhan? tak tercapai dek akal dan pastinya HURU-HARA!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Pemimpin perlu menjadi hamba kepada rakyat".....adakah benar?

Propaganda najis ini telah cuba dibungkus elok kemas diharumi wangian semerbak. Najis ini gagal dihidu kerana mereka menerima topeng muka daripada musuh. Bahkan sesetengah membelinya!

Musuh menanam minda kita dengan "kebebasan rakyat bersuara,memberi pendapat"tanpa batas. Padahal islam meletakkan batas pada pemimpin dan rakyat bertiangkan Ashhadu an la ilaha illallah, wa ashhadu anna muhammadarrasulullah.

Bebaskan diri kita kepada bebas beribadah kepada Rab. Mari!

Bosan? Jom Tonton Ini =D

Posted by ijalceritera on Tuesday, March 16, 2010 , under | Baca Balas (0)





Insya Allah.
Fikir-fikirkan.
Banyak ibrahnya.

Ringannya Telinga Mendengar!

Posted by ijalceritera on Saturday, March 6, 2010 , under | Baca Balas (0)



Bismillah


Assalamualaikum wrh wbt

Pertama, marilah kita puncakkan kesyukuran kita kepada Rabb lebih-lebih lagi terhadap nikmat limpahanNYA. Hati kita sendiri pun menyedari bilangan kurniaanNYA memang tak terbilang dan tak tercapai dek akal.

Dalam keadaan iman yang sangatlah "down", hati yang penuh dengan nifaq dan pastinya 'dihiasi' dengan dosa sememangnya merupakan cabaran yang amatlah getir bagi ana. Jauh berbeza dengan para sahabat yang imannya pergh.... MANTAP!

Sikap keterlaluan terhadap hiburan terutamanya yang melalaikan menganggu gugat keyakinan "Iyyaka na'budu" dalam Al-Fatihah. Mudahnya , bolehkah dengan mendengar lagu seumpama Fifteen , Menggegar Dunia dan Bad Romance membuahkan amal yang lebih banyak?

Ana dengar juga lagu. Lagu yang menguntungkan dirilah. Memotivasikan dan menasihat. Takkanlah kita mahu rugi diri sendiri layan lagu omong kosong, ya tak?

Rupanya ada juga beza antara dengar Al-Quran dan dengar Nasyid. Bayangkanlah, seharian mendengar nasyid sedap didengar , bersemangat dan siap ada maksud ayat Al-Quran tetapi tak baca langsung Al-Quran pada hari itu, memang terasa sangat kosonglah hati tanpa ruh Islam dan Jihad menghuninya. Berbanding mendengar Al-Quran seharian dan tak dengar langsung nasyid; insya Allah teranglah hati lagi-lagi dengan kefahaman. Heh, semua orang tahu. Buatlah apa pun amal sunat, namun seandainya sedikit masa tiada tilawah, terasa akan kekurangan yang amat sangat.

Bukan mahu cakap apa, memang manusia pelupa lagi-lagi diri yang menulis ini.
Mari kita bina diri dahulu, kemudian kita binalah orang lain. SEMOGA!

Sekian

Jazakallahu khairan kathira.

Wassalam.

P/S: Tadi sebenarnya ada pertandingan So You Think You Can Sing di Wangsa Maju. Ajak awi masuk tetapi.... lalala. Dia tak mahu. Minta maaf kepada penganjur yang menganjurkan pertandingan tersebut kerana kami betul-betul tak dapat hadir.

Satu Calit

Posted by ijalceritera on Sunday, February 28, 2010 , under | Baca Balas (0)



Bismillah.
Salam.

Tulisan ini sekadar lentera,
Halus madahnya untuk semua,
Kerana aku belum mampu bersuara kuat,
Segagah Singa di rimba.

Namun haluskan pada makna bicara,
Kerana cedoklah hikmah dari mana-mana bekas,
Mungkin bekasnya Timur dan Barat,
Sekalipun penutupnya Zionisme dan jahiliyyah.

Sematkanlah dan fahamkanlah ilmu anda,
Jangan sekadar buat dan hafal,
Tetapi ruhnya HAMPAS,
Galilah lagi ilmu itu ke dasarnya,
Kerana pasti kau akan jumpa emas dan gembira,
Menggali itu bukan sembarangan,
Utuh tekad dan gagah semangat,
Bulat usaha terus membara,

Ambilah islam sebagai batas,
Dan tiupkanlah ruhnya dalam jiwa lesu anda,
Kerana yakinlah kali ini dan selama-lamanya,
Islam dan para pendokongnya pasti MENANG
MENANG dan tetap MENANG,
Selagi Hati Pembina Penggeraknya,
Mekar diacu Al-Quran Sunnah
Serta mewangi dalam jihad dakwah.