Bila-bila sahaja Allah boleh ambil semula hidayah dari kita. Buat apa nak beri barang yang teramat tinggi nilainya kalau itu pun diinjak-injak dibuang.
Biah yang baik pun sudah hilang.. Atau aku yang tak mampu appreciate.
Lillah
Hi Guys.
Kef Hal? Apa khabar?
Lama tak bertandang ke blog ijalceritera. Almaklum saya tiada sebab untuk tidak blogging melainkan minat blogging yang semakin pudar.
Thus, kenapa saya berblog pula sekarang? =,=
Sebab tadi saya jumpa ini.
Sangat-sangat termotivasi!
Okeh.
Dua syarat untuk sesebuah amal itu diterima Allah;
First, ikhlas.
Second, mengikut syariat.
Kali ini, saya hanya akan kongsikan sedikit sebanyak pasal ikhlas dalam konteks kefahaman baru yang saya perolehi. Kalau salah sila betulkan :).
I'm pretty sure yang kita pernah/ masih berusaha menjadi muslim yang baik, soleh dan solehah. Barangkali sebelum itu kita mendapat motivasi teguh nan ampuh. Walau dilanda badai pun kita akan tetap pertahankan ilmu dan amal yang kita mahu istiqomah dengannya. Kadang-kala, ilmu dan amal itu sudah lama kita tahu, cumanya malas nak buat.
Kita ambil contoh tilawah 4 pages of Al-Quran.
1st day --> Setel! 5 pages! Terlebih sudah,
2nd day --> Setel! 4 pages
3rd day --> Setel! 4 pages
4th day -->Kurang satu. 3 pages
5th day-->Kurang lagi 2 pages
6th day-->1 page
7th day-->1 page. Baca macam nak tak nak.
8th day-->Separuh muka .
9th day--> ?
Ini baru satu contoh. Belum lagi mathurat, qiam, hafazan, dhuha, puasa wa ghairu zalik.
Hence, kita sebenarnya tiada motivasi yang mantap yang dibina dalam diri kita. Kenapa?
Selalunya motivasi kita datang daripada orang, cerita-cerita etc.
Padahal, kita pernah dikejutkan dengan ayat
"Kalau kamu sembah Muhammad, Muhammad akan mati. Kalau kamu sembah Allah, sesungguhnya Allah maha kekal!"
Rahsia pertama istiqomah ialah ikhlas. Amal kerana Allah.
Peace ^_^
Status Update
Alhamdulillah.
Mata, kaki, tangan dan nikmat-nikmat lain masih lagi dapatku rasa.
Aku masih faham maksud ceria, suka, duka, takut, bimbang dan tenang.
Masih membaiki dan berterusan membaiki diri walaupun sangat perlahan.
Moga tuhan kuatkan aku dan kamu.
-IIUM-
Rindulah
Bila ada kawan-kawan yang lebih kurang sama kepala,
Bila dengan kawan itu kita banyak bergaul bercakar sesama,
Bila jarak memisahkan kita seluas satu benua,
Tika itulah rindu membuak-buak mahu sesama kita bersua
Raut bersih mukamu,
Tiba-tiba mengingatkanku,
Tuhan dan teman,
Fikrah dan perjuangan.
Allah gantikan jarak jauh kita,
Dengan manisnya rindu~
IBUA
Alhamdulillah cuti kali ini agak berbeza sedikit daripada cuti-cuti sebelum ini. Lebih terisi dengan perkara bermanfaat.
"Kamu ni dah kenapa?"
Beberapa minggu yang lepas, ada seorang Syeikh mengajukan kepada aku soalan ini.
Pertanyaan Syeikh ini lantaran dia hanya melihat aku usai sebuah ceramah kendaliannya.
Pertanyaan itu benar-benar merunsingkan. Soalan itu seperti turut menghadirkan soalan-soalan lain.
"Awak ni dah kenapa 'larut' sangat sampai dah tak datang program ?"
"Awak yang buat kat rumah? Melepak sana melepak sini tapi tak nak pulak melepak dalam program"
"Dunia dah melalaikan anta sikit-sikit. Sebab itu perlu datang program macamni. Please buckle up yourself"
Takut aku.
Kenapa nak takut pula?
Perangkap untuk manusia bukanlah dibuat semberono.
Bijak pandai syaitan tentunya telah mengatur kemas untuk mengepung manusia dari semua sudut. Tinggallah manusia terpecah dan tak mampu menolong diri sendiri.
Pada 5 Jun 1967 bermulanya perang antara Israel dengan negara-negara Arab. Dalam masa 6 hari sahaja, Israel sudah dapat menewaskan negara-negara Arab tersebut.
Sedikit sebanyak peperangan itu mencerminkan muslim yang lesu tak mampu membantu orang lain. Sikap "ini bukan urusan aku" telah mengisi hati warga muslimin ketika itu. Banyaknya berfoya, pertelingkahan. Siapa yang tak sedih bila adik-beradik sendiri bergaduh hingga salah seorang terpancut-pancut darahnya. Pemerintah sesama pemerintah beradu tenaga. Wiranya ialah ego dan mangsanya ialah umat Islam.
Pada 15 Februari 1989 tentera Soviet Union ditarik balik daripada Afghanistan lantaran menerima kerugian yang banyak setelah 9 tahun semasa berada di sana.
Maka, apa bezanya Arab dengan Afghanistan? Kaum muslimin Afghanistan dapat mengalahkan negara Super Power sedangkan Arab hancur disebabkan negara kecil Zionis?
Kunci katanya ialah kelalaian dan ketidak pedulian.
Aku tak mahu jadi salah seorang daripada ahlinya.
Jika semua orang terlalu asyik dengan kelalaian,
Maka, suatu soalan yang harus diperhatikan,
Berapa juta lagi nyawa yang diperlukan untuk mengejutkan ummah?
"Eh, kan aku dah kata...
Ini Bukan Urusan Aku"