Tanpa Cermin Siapalah Kita
Assalamualaikum wrh wbt.
Betapa cermin benar-benar menyelamatkan manusia dari kedangkalan hidupnya.
"Abah, adik dah rabun. Doktor kata adik kena pakai spek"
"Encik, kos untuk membaiki cermin tingkap kereta ni dalam rm 50 sahaja"
" Iiiiiiii ih! Jerawaaaaaaaaaat!!!!!!" jerit jiran sebelah.
"Weh, kau nak nasihat-nasihat orang, cermin diri dulu! Buat pun tak, nak ingatkan orang pula" =.= off topic
Kerana peranan cermin dalam hidup ini tersangatlah besar, maka beruntunglah orang yang selalu melihat dirinya ke dalam cermin.
Muka berkedut.
Rambut tak kemas.
Bibir kering.
Jerawat.
Mole.
Muka berminyak.
Berbahagialah jika kita turut memanfaatkan cermin yang memunggah cacat cela diri akhlak kita . Usah dihitung, lompong sana-sini!
Muka selalu masam, kurang beradab dengan opposite sex dan kurang jaga percakapan di internet. 'Seni' yang kita sendiri pantulkan terlalu hodoh! Namun, saya bukanlah yang paling layak untuk bercakap soal ini.
Cuma saya amat tertarik dengan seorang kawan.
Dia jadikan kawannya yang lain sebagai cermin.
Alkisah jurusan ekonomi menjadi pilihan. Walaupun itu yang paling diminati,
namun masih markahnya paling rendah dalam kelas.
"Apasal budak-budak ni pandai sangat adoi. Aku rasa study smart aku dah buat, study hard pun aku dah buat. "
Bila dibuat perbandingan antara dirinya dengan kawan-kawan yang lain,
monolognya satu konklusi.
"Oh, aku pemalas rupanya. Tak sangka. uhhu"
Dalam proses 3T (taaruf, tafahum, takaful) mereka, rupa-rupanya mereka (kecuali dia) berkongsi suatu perkara yang sama.
Muka macam nak pecah menahan segan. Dikuatkan juga dirinya untuk menghadapi cemuhan (kot) lantas mulut pun berbicara.
Dimuncungkan mulutnya seperti membaca ayat "la takmaunna" di dalam al-Quran.
"Pviuuuuutttt" mencuit nyaring.
"Weh, weh" sekali lagi mencuba
"Psstttttt!" kali ini dengan suara lebih kuat
Masing-masing berjabat tangan "Allahumma solli a'la muhammad".
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
"Asal?"
"Tak, aku pelik asal korang macam power gila result. Dah dua sem dah. Aku dahlah paling rendah, 84 je. Huhu. Selain tawakkal, mungkin korang ada extra effort yang aku tak tahu"
"Nothing special.Kalau kau nak tahu kitorang ni semua ambil subjek ekonomi dan perdagangan dulu-dulu time SPM 2009. Dan majoriti kitorang dapat A+ dalam kedua-dua subjek tu. Means yang kitorang dah dihentam cikgu-cikgu sekolah lah and latihan confirm lah banyak. "
"Lah. Patut korang gempak gila sampai aku rasa nak pukul je semua. Haha"
"Ngek kau. Mana ada gempak. Tu la aku perasaan juga. Kau macam diam je time lecturer kat depan. Maksud aku time belajar ngan soal jawab. Asal? Cecite sikit"
"Bukan aku yang diam. Ambil masa lama kot nak fikir, tup tup korang dah jawab. Kiranya, yang aku boleh rumuskan, aku kurang basic lah? Gitu?"
"Ya kot. Ntah"
"Patutlah aku lembab semacam nak tangkap apa yang lecturer ajar. Macam berat gila. Nak buat note pun susah. Rupa-rupanya asas pun aku belum mahir lagi. Inikan buku tebal-tebal macam ni. "
"Kita macam tengah berlumba. Menunggang kuda dari Mekah ke Madinah. Bezanya ko kat tengah antara dua tempat tuh dan kitorang kat masjid quba' dah. Nak tak nak ko kena lah kejar kitorang, takkan kitorang nak tunggu ko kot. Barulah sama-sama boleh sampai kat Madinah "
"Agaklah. Haha"
"Ok mee aku pun dah nak kembang. So, apa-apa hal roger aku kalau ada masalah apa-apa. Mana tau aku boleh bantu"
"Okeh"
Lebih kurang beginilah dia ceritakan kisahnya kat aku. Dengan merendah diri, dia still push diri untuk memehami dan menelaah asas-asas sehingga aku nampak dia yang dulu seperti burung merpati kini gagah menongkah udara seperti sang helang.
Natijah dari proses pencerminan diri itu yang paling penting. Melalui proses itu akhirnya terurailah kekusutan, menemui jawpan akhir solusi BACK TO BASICS. Adeh, masih banyak lagi lubang-lubang pada komponen-komponen asas. Boleh jadi cermin anda ialah para sahabat nun 1400 tahun dahulu.
Bila cermin dimanfaatkan sebaik-baiknya !
p/s: Sama-sama melangkah. Selamat bercermin~
nice entry!!thanks for the cermin yg mengingatkan org2 kat luar sane termasuk ana,so meaningfull!