Superhero si Penyelamat Dunia

Wednesday, March 2, 2011 , Posted by ijalceritera at 11:39 PM


The Dark Night

Bruce Wayne berhasrat untuk melindungi bandar dari tangan-tangan kejahatan. Ramai musuh yang terpaksa dia hadapi yang pastinya bukan mudah. Dia merasakan dirinya bertanggungjawab, beliau serius. Apalagi, duit berbillion dollar pun dia infaqkan untuk membeli barang-barang untuk dibuat senjata -senjata canggih. Huh, hatinya tekad yang amat.

Bukan sekali dua dia terpaksa bertarung dengan si Poker, Freeze dan selain dua orang uh, banyak...
Banyak seh episod, haha.


Bruce Wayne yang dilahirkan berbapakan seorang yang sememangnya luxurious gitu bukannya tiba-tiba jadi Batman. Dia persis pemuda-pemudi di zamannya. Korang pun lagi tahu dari aku kan? Walaupun dia kaya, namun dari sudut kebaikan kepada masyarakat aside from giving donations, beliau kosong. Hatinya gersang. Masyarakat hidup dalam ketakutan dan tekanan, apatah lagi pada waktu polis...minta maaf tak boleh tolong. Tak seperti superheroes lain, tiada superpowers yang ditonjolkannya atau yang diwarisi.


Maka, di saat-saat genting ini, muncul wira yang stylish dan kontemperori, memandang ke hadapan dan menggunakan segala upaya kecanggihan barangan teknologi tinggi dan kemudahan capain maklumat. Moden. Dengan fikrah dan kefahaman yang dimiliki, dia pun menentang dengan segenap kekuatannya meredakan kacau-bilau dalam bandar. Tak lama selepas itu, Robin pun menyertai gerakan ini kerana sedar atas tanggungjawab mereka.













Apa point kau?


Batman, selepas tersedar yang masyarakat dalam bahaya, dia pun tolong, cuba mencapai kedamaian.
Ketiadaan pengalaman khusus dalam pertempuran, penggunaan senjata dan data musuh pada awalnya tidak menghalangnya untuk tetap berusaha membina kawasan rahsia yang merupakan tempat merangka asas langkah dan rancangan-rancangan untuk menumpaskan musuh-musuh jijik. Walaupun keseorangan dalam perjuangan, jiwanya tetap mengenggam,

"Aaah! Tak kira apa pun, masyarakat mesti diselamatkan"

Konklusi

Untuk menyelamatkan masyarakat, kita perlu ada kemahuan dan memanfaatkan kelebihan yang ada pada diri untuk mengubah masyarakat sekarang ini menjadi masyarakat yang terpuji akhlaknya.

"Eh, kau cakap-cakap orang, perangai pun macam sama je".

Itulah guna gula, serbuk coklat dan susu. Ada yang bagi rasa manis, ada yang bagi rasa koko dan ada yang memberikan rasa lemak dalam cawan berisi air panas koko. Kalau terkurang komposisi mana-mana bahan, tak rasa lain ke? gula...

Insya Allah. Boleh.

Sekian

p/s: Bercuti...




Currently have 4 Baca Balas:

  1. ameng says:

    *Maka, di saat-saat genting ini, muncul wira yang stylish dan kontemperori,

    tidak bersetuju. mereka tidak style dgn hanya memakai seluar dalam di luar dan agak ktinggalan kerana batman tak mampu terbang sperti superman dan tidak mampu melekat seperti cicakman

  1. ijalceritera says:

    haha, yang spender tu agak ar, 'stylish'. gempak kot gadget jadah semua tu. ke anta tak puas hati dengan batman? err,untuk zaman dia ok kot,rasanya. muahahahaha

  1. salam.

    macam mana la nak selamatkan ummat yang tengah rosak, jika da'ie pun nak berCUTI!

    :)
    *Senyum

    Salam.

  1. ijalceritera says:

    da'ie tu ape?

    wassalam.
    hu, cuti nak habis daa