Cerita Kita-Kita

Friday, March 25, 2011 , Posted by ijalceritera at 12:10 AM



Dalam kerisauan diri,
Syaitan sebenarnya mencengkam,
Kerana nafsu gagal ditandingi,
Setelah dihasut, diulit, digenggam.


Dalam kekusutan diri,
Mencari punca yang hilang,
Akhirnya gelak tawa menari,
Hedonisme melakar cemerlang


Dalam terlalu rendah hati,
Atmosfera dirasa terlalu kompleks,
Maka jiwa beransur mati,
Sekalipun sentiasa tangan menyelak teks.


Akhirnya hati cuba berdiri,
Mencari hidayah tergesa-gesa,
Dengan tenaga bersaki-baki
Bersujud ampun pada Pencipta

Currently have 0 Baca Balas: