Keringat Belum Habis

Posted by ijalceritera on Tuesday, April 28, 2009 , under | Baca Balas (0)



Bismillahirrahmanirrahim...



Tak,
Aku tak biarkan,
Aku tak akan biarkan,
Kawanku menyumbat telinganya sendiri,
Biar ocehan berbunyi,
Biarkan,
Aku berdiri disokong akar dalam,
Aku rela dianggap rumput,
Gagah ditimpa ribut,
Kukuh di celah bencana.

Aku optimis,
Tak gelagak,
Jauh sekali gundah,
Tadi aku dapat emas,
Daripada pemberi yang pemurah,
Aku tak putus asa,
Itupun aku belajar daripada kamu,
Haha,
Nilai yang baik.

Tunggu,
Tadi aku belum kalah,
Cuma aku kekurangan emas,
Rumput-rumput lain masih teguh,
Kau sendiri nampak buktinya,
Aku akan 'berikan' emas kepadamu,
Akanku gabung penyokong dan tukang sorak,
Seiring tawakal.

Aku cuba!
Aku cuba!
Aku cuba!



Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Kelam Pergi, Aku Berlari

Posted by ijalceritera on , under | Baca Balas (0)



Bismillahirrahmanirrahim...



Kain putih,
Bertukar kelam,
Kelam dinding hari,
Kelam cermin diri,
Kelam segenap mimpi,
Mimpi yang disusun rapi,
Musnah sebab penyakit hati.

Hati mati,
Hati runsing,
Hati pusing,
Inilah percikan merah,
Luka yang terpercik.

Hati rebah,
Hati kelam,
Seperti kelamnya dasar laut,
Yang di atasnya ombak,
Di atas ombak ada ombak,
Di atasnya awan yang bertindih-tindih,
Lalu keluarkanlah tanganmu,
Nampakkah?,
Kelam pekat.

Semalam,
Kelam sudah tertinggal,
Di belukar duri,
Aku biarkannya menangis seorang diri,
Berlalu pergi menuju ke destinasi,
Cahaya di hujung jalan,
Aku berlari anak,
Aku berlari-lari,
Kenapa?
Sebab aku ketinggalan,
Sebab aku lambat,
Sibuk melayan kelam,
Kawan-kawanku semua di hadapan,
Berjalan tenang.

Sungguh penat,
Aku pun berjalan,
Terpanggil kata-kata bernas
Ayat emas seorang kawan ,
"Izzaldin, anta tak boleh ikut seperti ana di depan",
"Tahap kita tak sama",
"Ana berjalan, anta kena berlari ",
Terima kasih,
Nasihati kawanmu yang lemah,
Teruskan berlari.



Innalilahi wa innailaihi raji'un...

Tiga Segi

Posted by ijalceritera on Sunday, April 26, 2009 , under | Baca Balas (5)




Bismillahirrahmanirrahim...


Segi Tiga?
Tiga Segi?
Saya tahu anda semua mahukan tiga segi!
Tak kisah, tiga segi bentuk apa sekalipun.
Pada fikiran anda, saat ini anda yakin tiga segi hanya ada satu bentuk sahaja ; Segi Tiga, benar ?
Jangan teruskan pemikiran yang primitif !
Tingkatan 2 dan ke atas pastinya tahu maksud tiga segi!
Jadi, jika anda mahukan segi tiga yang cantik, saya doakan agar Allah bersama kamu.
Teruskan meniti jambatan segi tiga! Biar perlahan, asalkan istiqamah.
Berdoalah selalu.
Semoga kamu dapat mencapai segi tiga yang elok, cantik dan berkualiti.
Berusahalah! Ana menyokong anta dari belakang.

p/s: Jangan lupa, kamu tidak keseorangan...


Innalilahi wa innailaihi raajiun...

Baca dan Fikirlah

Posted by ijalceritera on Thursday, April 16, 2009 , under | Baca Balas (0)



Bismillahirrahmanirrahim...


Kali ini, penulis ingin mengajak anda berfikir. Ya! Anda !
Pastikan anda dalam keadaan tenang dan fokus sepenuhnya.
Mulakan bacaan anda dengan bismillah agar pembacaan anda diberkati Allah.
Bermula sekarang...


1. Anda, orang yang penting dalam satu syarikat dan diberi tugas untuk menghantar RM 1 juta dalam bentuk tunai ke bank islam secepat mungkin. Masa yang diberi hanya 3 hari sahaja. Jarak lokasi syarikat ke bank islam itu kira-kira 30 kilometer. Dalam masa yang sama, anda perlu menghantar wang tersebut sampai ke tempat tersebut dalam keadaan selamat. Perompak professional akan cuba mencuri.


2. Anda, Ketua Polis yang tersohor di negara, diberi mandat oleh raja untuk menghantar perhiasan emas diraja yang bernilai RM 5 juta. Emas itu akan tiba di KLIA pada pukul 8 pagi dan perlu dihantar secepat mungkin ke istana raja dan tiba di sana pada pukul 11 pagi . Jarak antara kedua-dua tempat itu adalah 30 kilometer. Emas itu juga perlu sampai dalam keadaan selamat. Jika tidak, anda akan 'mendapat tulah' dari raja.Perompak professional akan cuba mencuri.



Jadi, apakah pilihan anda?-" 1, 2. 1 dan 2"
Atau anda hanya membaca tanpa memilih apa-apa?- tak mahu pilih-
Atau mungkin anda mempunyai idea-idea yang baik untuk dikembangkan?- tak muat-
Atau anda hanya membaca tanpa berfikir apa-apa?-"Oh.... tugas..."
Atau mungkin takut menerima tugas ini?- "Kalau dirompak habislah aku.."
Atau diri anda bangga diri menerima tugas sebegini berat? - "Wow, tugas aku lebih hebat daripada tugas orang lain !"

Jawapan soalan 1:
1. Saya- hantar duit menggunakan tiga buah van untuk mengelirukan perompak; duit hanya diletakkan di dalam satu van sahaja
2. Anda pula?- marilah berkongsi pendapat !

Jawapan soalan 2:
1. Saya-Simpan dalam sebuah kereta yang dikawal ketat dan diiringi oleh 4 kereta polis.
2. Anda pula? jom berkongsi pendapat !

Tuntasnya, anda akan mendapati banyak cara yang boleh anda lontarkan. Biarlah idea tak berapa bagus tapi anda sudah cuba yang terbaik bukan? Kalau belum, pastikan anda mencubanya! Perlukah anda bergaduh hanya untuk menegakkan idea anda yang pada pendapat anda, hanya idea anda sahaja yang betul, tepat dan sesuai? Malu dan takut ke depan untuk beritahu yang hak. " Aku takut salah lar nanti, buat malu jer bagi jawapan kat depan"."Bahaya lar tegur diorang. Kau tak tau ke, dia ada geng di luar". Tak kisah, biarkan orang lain buat 'dosa', " Mampus dia ar nak buat apa, kisah apa aku,dah dia jadi camtu nak buat camner. Bapa dia pun tak tegur salah dia, apalagi kita bukan ibu bapa dia".Beginilah suara-suara sumbang yang saya pernah dengar. Suara tin kosong.

Itulah gunanya soalan , mungkin tercetus dari pemerhatian anda. "Apa hikmahnya sekolah buat undang-undang sebegini?" bukannya " Ntah apa-apa sekolah, buat peraturan macam ni. Orang nak balik cepat pun tak boleh". Apa-apa pun profesion, anda masih memerlukan peraturan yang sudah tentu memberi kemaslahatan kepada semua. Baca dan fikirlah secara rasional.


Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Teguran

Posted by ijalceritera on Saturday, April 11, 2009 , under | Baca Balas (0)




Bismillahirrahmanirrahim...



Tadi,
Kita seutas tali,
Semalam,
Kita simpulan ikatan,
Kelmarin,
Kita bangunan teguh,
Tetapi,
Hari ini,
Kita api dan air,
Kita asid dan alkali,
Kita sangat jauh,
Usapan teguranku pokok sebab.

Bukan maksudku untuk mengata,
Hanya teguran sekilas bicara,
Secebis kata permata menyilau,
Agar akalmu terjaga,
Daripada dengkuran.

Jadi,
Janganlah aksara ini menjadi alasan membenci,
Memukau anggota-anggota lurus mengeji,
Mencerminkan aku persis hina nista,
Kelak dirimu berhalusinasi,
Membuka pekung autisme,
Padahal puncanya diri sendiri.

Apa gunanya?
Engkau memalingkan amarah pada hak,
Memalsukan air muka sendiri,
Hipokrit...
Ubah dahulu diri sendiri,
Biar hilang kawan,
Jangan hilang teman seperjuangan !


Innalillahi wa innailaihi rajiu'n...