Masjid? Halalkan Duit? No Thanks...

Tuesday, May 18, 2010 , Posted by ijalceritera at 9:29 PM

Assalamualaikum wrh wbt.


Sebelum saya melangkah ke menara gading, terimalah hadiah yang tak seberapa ini...



1)Masjid






Selalunya bila terfikir masjid, terbayanglah orang tua-tua bersolat di sana, mengaji dengar ceramah dan sebagainya. Ini tinjauan saya di kawasan perumahan saya. Bosan juga. Asyik-asyik orang tua, orang sama. Imam, bilal, muazzin, ma'mum belakang imam, saf 1 (saf satu sahaja selalunya); semuanya orang tua-tua. Kalau ramai pun, ada masa-masanya. Baca Yasin malam Jumaat dan solat Jumaat. Kadang-kadang, kalau ada moreh, barulah rajin-rajinkan diri datang.... ya tak ?!

Di mana orang muda? Orang tua-tua ini tak ajak anak-anak sendiri kah? Atau sudah diajak namun, anak-anak mereka tak berminat? Mungkin. Tetapi, ramai dalam kalangan budak-budak muda "masa nilah baru main bola", "masa nilah pergi CC", "masa nilah santai-santai tengok tv". Saya pun pernah mengalami perkara sama. Remajalah katakan. Saya pun bukannya automatik, waktu solat terus pergi masjid.

Latihan. Orang ingat, belajar sahaja perlukan latih tubi? Erk, berlatih pergi masjid, lagi bagus. Jumpa kaki masjid, kaki surau, kaki bola dan kaki bangku. Saya cadangkan mulakan dengan yang mudah. Sehari sekali pergi masjid, pun jadilah.Bertahan untuk sebulan. Kalau sudah boleh konsisten dengan prestasi tadi, naikkan angka menjadi 2 kali sehari. Sikit-sikit, lama-lama istiqamah !

Jarak. Kalau masjid berhampiran rumah, lagi mudahlah ke masjid, kan? Kalau jauh, itulah hadiah lebih namanya. Lagi jauh berjalan ke masjid, lagi banyaklah dapat hadiah. Bukan sembarangan hadiah. Hadiah dari tuhan!

Masa depan. Agak-agaknya, selepas orang tua-tua ini sudah berehat di alam lain, boleh kira dengan satu tanganlah bilangan jemaah (ditolak bilang orang tua-tua 60 ke atas).

KITA BAGAIMANA? Tepuk hati, terus bertindak!

Mahu tahu kekuatan umat islam kawasan perumahan, rajin-rajinkan nilai bilangan jemaah yang solat subuh di Masjid atau Surau. (kata-kata tokoh)



2)Peristiwa di Sebuah Sekolah





Cuaca yang agak panas. Kelihatan dua orang pelajar berbaju putih mengekori seorang pelajar berbaju biru. Berjalan . "Cikgu panggil korang tadi. Cikgu kata dia nak borak jap". Pelajar berbaju biru menyuruh mereka masuk ke dalam bilik disiplin

Cikgu : Siapa yang tumbuk dulu? (muka ganas)

Pelajar A : Dia yang tumbuk saya, cikgu. (sambil mulutnya dimuncungkan ke arah pelajar B)

Cikgu : Kenapa awak tumbuk dia? Dia bukan kawan awak ke?

Pelajar B : Sebab dia hutang saya cikgu. Dia tak pernah bayar pun.
Sejak dari darjah dua lagi dia tak pernah bayar. Apa hukumnya? Saya tumbuk dia darah-darah sikit je. Dia tak nangis pun. Dia lagi zalim.

Cikgu : Berapa dia hutang awak ?

Pelajar B : RM 100. Tapi saya nak dia bayar 5 ringgit jer...

Cikgu : (???!?!?!)

Insya Allah. Banyak pengajarannya.

Buat kawan-kawan yang masih belajar dan akan sambung semula pembelajaran, manfaatkan alam yang antum berada sekarang. Masa tak berulang, cuma ingatlah, sejarah pasti berulang !

Jazakallahu khairan kathira.

oh. Ya. Selamat Hari Guru ^_^

Currently have 4 Baca Balas:

  1. amin.mh says:

    yang kedua itu kurang faham...em

  1. Muhammad says:

    Mungkin perumpamaannya, Allah suruh datang masjid sekali solat je, dia dah balas 27 kali ganda pahalanya... Tapi masalahnya orang tak mahu.. Wallahu a'lam.

  1. murnikan sikit kaitan antara 2 ceritera tu mgkn cantik lg.

    nice~~

  1. ijalceritera says:

    amin.mh : Yang kedua uh cuba nak share, kot2 orang lain ada boleh kongsi pengajaran

    Muhammad : Ya! Jkkk

    PalTel : Haha. Tak ada kaitan sebenarnya 2 ceritera. Ampun.