Kisah di Atas Jalan

Posted by ijalceritera on Sunday, July 26, 2009 , under | Baca Balas (0)



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.

Tulisan pendek.

Kelajuan semakin berkurang
Jarak tetap. Tak berubah.
Kesesakan 'lalu lintas'. Jalan alternatif masih samar-samar.
Minyak cukup.
Tunggu masa keluar dari jalan sesak.
Itu di tempat ana.
Di tempat lain,
ada orang mengalami kemalangan. Tak teruk mana pun
Jadi, ada orang mahu tolong.
Kebetulan orang itu merupakan kawannya.
Orang yang ditawarkan pertolongan membalas" Sebenarnya tak rosak apa pun. Sikit jer".
Kawannya balas balik,"Biar betul! Dah nampak macam ni, kita orang nak tolong juga"
"Tak ada pape pun. Sikit jer ni."
Padahal ternyata, keretanya remuk depan. Boleh pula berdalih.
Kemudian kawannya itu pun berlalu pergi. Kesal.
Tak lama selepas itu orang yang kemalangan tadi terduduk diam.
Tak mampu tersenyum.
"Apa nak jadi dengan kereta aku ni...", bermonolog .

Duduklah diam-diam. Usah keluar suara.
Ikut kehendak diri.
Simpan. Selesaikan sendiri.

Cukup patah kata.

P/S: Berjemaah lebih baik ........

Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Keindahan Bahasa

Posted by ijalceritera on Saturday, July 18, 2009 , under | Baca Balas (4)



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.


Pada suatu hari,
Lokasi di dalam bas
Terjadilah perbualan yang agak mencurigakan antara ana dengan seorang budak...

Izz-Al-Din : Irfan !
Budak M : Kenapa?
Izz-Al-Din : Irfan !
Budak M : Kenapa !?
Izz-Al-Din : Irfan !
Budak M : Kenapaaa?!?!
Izz-Al-Din : ... (pandang mata budak M)
Budak M : Kenapaaa?!?! Apa diaaa ?!?!?

Itu perkara biasa.
Kanak-kanak memang begitu.
Bagaimana pula kalau yang luar biasa?
Bagaimana? bunyi seram...


Pada hari berikutnya,
Lokasi yang sama,
Perbualan lebih kurang sama,
Cuma luar biasa...


Izz-Al-Din : Irfan !
Budak M : Kenapa?
Izz-Al-Din : Irfan !
Budak M : Dosh ta?
Izz-Al-Din : Irfan !
Budak M : Li Maa Zaaa??!
Izz-Al-Din : ... ( melirik mata budak M)
Budak M : Yes !!! Whaaaatt!!!??!!

Budak M baru sahaja berumur lebih kurang 8 tahun...

Budak M menyoal ana dalam pelbagai bahasa... :o
(belum bahasa Cina , Russia dan Spanish)

Sedarkah kita, dengan penguasaan bahasa kita dapat menyampaikan apa yang kita mahukan terhadap orang lain ( contohnya budak M, inkuiri terlalu tinggi. Sebab itu dia tanya " kenapa?"). Dengan penguasaan bahasa jugalah kita mampu memperoleh pelbagai ilmu dan dapat mengajarkan kepada orang lain serta mensucikan orang di luar sana dengan ilmu agama yang tulus dan lurus. Bahkan penyampaian ilmu atau pun dakwah boleh dikembangkan dan lebih efektif , tidak hanya di kawasan dalam tempurung malahan kawasan di luarnya.
Sedar sahaja belum cukup andai tidak dipupuk dengan usaha...

Sekian. Jazakallah. Yahdi kumullah.

P/S : Bagaimana pula kalau kembar?!?!? Haha =)

Innalillahi wa innailaihi rajiu'n...

Fikir Fikiran Orang Lain

Posted by ijalceritera on Thursday, July 16, 2009 , under | Baca Balas (3)



Bismilahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.

Sekadar entri ringkas.

Persoalan...
Apakah pendapat antum terhadap seseorang yang berfikir tentang apa yang difikirkan oleh orang lain? Apakah hujah dari sudut kebaikannya? Apa pula bangkangan dari sisi gelapnya (jika ada)?
Baiklah, satu contoh.
Sekumpulan murobbi dan mutarobbi berada dalam sesi kedamaian, tenang , santai dan penuh ilmiah di waktu yang penuh barakah iaitu usrah. Lalu, murobbinya memberi satu soalan berkaitan bahan yang dibawanya. Jadi, mutarobbi pun sibuklah memikirkan jawapannya. Namun, seorang jejaka, namanya jejaka M berusaha memikirkan jawapan yang bakal diberikan rakan-rakan seusrahnya (bukannya jawapan yang dia mahu berikan). Oleh itu, dia cuba berfikir tentang jawapan bernas yang pada hematnya akan diungkapkan oleh kawan-kawannya. Dia cuba menjangkakan jawapan-jawapan yang akan keluar dari mulut orang lain berdasarkan pengalamannya bersama-sama mereka, ciri-ciri, sahsiah dan pengetahuan yang ada pada mereka terhadap sesuatu perkara..Akhirnya, dia dapat sebuah jawapan namun dia tidak meluahkan terus. Baginya, dia yakin semua rakan seusrahnya tahu akan jawapan itu bahkan mungkin jawapannya lebih gempak. Tak perlulah berkongsi. Budak-budak lain pun tanyalah jejaka M,"Apa jawapan anta?". Diam. Budak yang sama tanya lagi tetapi dia diam. "Dah tahu , buat apa tanya lagi' jejaka M bermonolog.
Oleh sebab itu, kawan-kawan seusrahnya menuduhnya kedekut, Haji bakhil, tak suka kongsi ilmu sehinggakan ada seorang kawannya tergamak berkata"Simpanlah ilmu anta untuk diri sendiri". Kasihan.

Lain pula ceritanya semasa bermain catur, pemain catur perlu fikir dan kenal pasti rancangan jahat lawan yang boleh menyebabkan kekalahan diri pemain. Malah, pemain perlu merencana strategi untuk mengalahkan lawan dan tidak terperangkap dalam perangkap yang disengajakan.
Baiklah...
Berbalik kepada soalan di atas...



Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Sikap Percaya

Posted by ijalceritera on Saturday, July 4, 2009 , under | Baca Balas (2)



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.h. w.b.t.


Agak seronok juga mendengar ceramah daripada Ustaz Hasrizal (Saifulislam) pagi tadi. Santai dan dipenuhi lawak jenaka. Yang jelas, semua yang dibawanya berkaitan dengan tajuk Pecutan Terakhir (SPM 2009). Paling penting, ada sesuatu perkara yang sama yang ada pada orang yang berjaya dari segi apa pun. Itulah perkara yang dinamakan sikap. Malah, orang yang kurang pandai sekalipun mampu mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan sekiranya ada sikap rajin berusaha. Dalam islam, sikap diterjemahkan sebagai akhlak. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Tidak ada sesuatu yang berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik" (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

Kepercayaan juga sangat penting. Dengan kepercayaan itulah, tertanamnya keyakinan kita terhadap sesuatu perkara. Bahkan, sahabat pun percaya akan kata-kata Rasulullah s.a.w. yang sememangnya benar tetapi belum terbukti (pada masa itu). Sama juga kita percaya kita yakin akan kewujudan hari akhirat tetapi sudahkah kita mengalaminya? Bagaimana pula sikap dan usaha kita jika kita tahu bahawa kita akan mati?

Ada cerita seorang rahib. Semasa dia belum dewasa, dia bercita-cita mahu menguasai dunia. Dia pun menjalani kehidupannya yang biasa. Setelah umurnya meningkat, dia masih belum menguasai dunia. Kemudian umurnya meningkat lagi dan dia masih belum menguasai dunia. Akhirnya dia membuat kesimpulan "Kalaulah aku berjaya kuasai diri aku, pasti kerja-kerjaku bergerak. Kalaulah aku berjaya rapat dengan keluargaku, tentu mereka akan menyokongku menguasai daerah. Kalaulah aku berjaya menguasai daerah ini, mungkin aku berjaya menguasai negeri dan selepasnya menguasai negara. Siapa tahu, mungkin kemudian aku menguasai dunia".

Rumusannya, jika dia lakukan pada awalnya seperti apa yang dikatakan pada akhirnya, mungkin dia akan berjaya. Matlamat ada, percaya pada matlamat kurang.Lihat sahaja pada penggunaan kalau. Tetapi, lihatlah gelagat segelintir kita. Hidup kerana mahu. Lebih banyak bersuka-ria dan bergelak ketawa. Memang gelak-tawa mengukuhkan ukhuwah, tetapi jika gelak banyak sangat, hati boleh jadi gelap. Sudah terang lagi bersuluh, islam sudah menunjukkan jalan yang jelas dan lurus (haha, teringat cerita tentang pembonceng motosikal di jalan yang lurus). Sikap kita adalah pilihan kita, sama ada mahu ikut yang benar atau sebaliknya.

Ana sudah memberi, kamu sudah menerima.
Jadi, sekarang siapa yang bahagia?


Innalillahi wa innailaihi raji'un...