Semangat Pulanglah!
Menghampiri umur dewasa,
Aku terkilan sedikit,
Masih aku belum matang agaknya,
Masih belum.
Heh merepek.
Sekuntum syukur pejuang terbilang,
Melangkah gagah melempar takut,
Bijaklah Jebat bukan kepalang,
Kerana derhakanya pada taghut.
Ini kisah pahlawan terbilang,
Masanya kaya dengan berjuang,
Nadi berdegup bergetar kencang,
Irama semangat beralun gemilang
Itu kisah dulu-dulu,
Dan terbawa-bawa ke sekarang,
Bukan manusia sebarang mampu,
Dimakhota berpangkat pejuang.
Hari ini pemudanya biasa,
Pemudinya tiada tertanya,
Semangat orang dahulu dari mana?
Semangat dalam diriku ke mana perginya?
Ramai rupanya sedang bermimpi,
Dan bakal menangisi diri sendiri.
Ambillah Islam secara keseluruhan.
Ambillah dan berubahlah wahai diri
Diri yang sering alpa dengan pemaafnya Tuhan.
Currently have 0 Baca Balas: