Rindulah
Bila ada kawan-kawan yang lebih kurang sama kepala,
Bila dengan kawan itu kita banyak bergaul bercakar sesama,
Bila jarak memisahkan kita seluas satu benua,
Tika itulah rindu membuak-buak mahu sesama kita bersua
Raut bersih mukamu,
Tiba-tiba mengingatkanku,
Tuhan dan teman,
Fikrah dan perjuangan.
Allah gantikan jarak jauh kita,
Dengan manisnya rindu~
IBUA
Alhamdulillah cuti kali ini agak berbeza sedikit daripada cuti-cuti sebelum ini. Lebih terisi dengan perkara bermanfaat.
"Kamu ni dah kenapa?"
Beberapa minggu yang lepas, ada seorang Syeikh mengajukan kepada aku soalan ini.
Pertanyaan Syeikh ini lantaran dia hanya melihat aku usai sebuah ceramah kendaliannya.
Pertanyaan itu benar-benar merunsingkan. Soalan itu seperti turut menghadirkan soalan-soalan lain.
"Awak ni dah kenapa 'larut' sangat sampai dah tak datang program ?"
"Awak yang buat kat rumah? Melepak sana melepak sini tapi tak nak pulak melepak dalam program"
"Dunia dah melalaikan anta sikit-sikit. Sebab itu perlu datang program macamni. Please buckle up yourself"
Takut aku.
Kenapa nak takut pula?
Perangkap untuk manusia bukanlah dibuat semberono.
Bijak pandai syaitan tentunya telah mengatur kemas untuk mengepung manusia dari semua sudut. Tinggallah manusia terpecah dan tak mampu menolong diri sendiri.
Pada 5 Jun 1967 bermulanya perang antara Israel dengan negara-negara Arab. Dalam masa 6 hari sahaja, Israel sudah dapat menewaskan negara-negara Arab tersebut.
Sedikit sebanyak peperangan itu mencerminkan muslim yang lesu tak mampu membantu orang lain. Sikap "ini bukan urusan aku" telah mengisi hati warga muslimin ketika itu. Banyaknya berfoya, pertelingkahan. Siapa yang tak sedih bila adik-beradik sendiri bergaduh hingga salah seorang terpancut-pancut darahnya. Pemerintah sesama pemerintah beradu tenaga. Wiranya ialah ego dan mangsanya ialah umat Islam.
Pada 15 Februari 1989 tentera Soviet Union ditarik balik daripada Afghanistan lantaran menerima kerugian yang banyak setelah 9 tahun semasa berada di sana.
Maka, apa bezanya Arab dengan Afghanistan? Kaum muslimin Afghanistan dapat mengalahkan negara Super Power sedangkan Arab hancur disebabkan negara kecil Zionis?
Kunci katanya ialah kelalaian dan ketidak pedulian.
Aku tak mahu jadi salah seorang daripada ahlinya.
Jika semua orang terlalu asyik dengan kelalaian,
Maka, suatu soalan yang harus diperhatikan,
Berapa juta lagi nyawa yang diperlukan untuk mengejutkan ummah?
"Eh, kan aku dah kata...
Ini Bukan Urusan Aku"
Semangat Pulanglah!
Menghampiri umur dewasa,
Aku terkilan sedikit,
Masih aku belum matang agaknya,
Masih belum.
Heh merepek.
Sekuntum syukur pejuang terbilang,
Melangkah gagah melempar takut,
Bijaklah Jebat bukan kepalang,
Kerana derhakanya pada taghut.
Ini kisah pahlawan terbilang,
Masanya kaya dengan berjuang,
Nadi berdegup bergetar kencang,
Irama semangat beralun gemilang
Itu kisah dulu-dulu,
Dan terbawa-bawa ke sekarang,
Bukan manusia sebarang mampu,
Dimakhota berpangkat pejuang.
Hari ini pemudanya biasa,
Pemudinya tiada tertanya,
Semangat orang dahulu dari mana?
Semangat dalam diriku ke mana perginya?
Ramai rupanya sedang bermimpi,
Dan bakal menangisi diri sendiri.
Ambillah Islam secara keseluruhan.
Ambillah dan berubahlah wahai diri
Diri yang sering alpa dengan pemaafnya Tuhan.