Masjid? Halalkan Duit? No Thanks...
Assalamualaikum wrh wbt.
Sebelum saya melangkah ke menara gading, terimalah hadiah yang tak seberapa ini...
1)Masjid
Selalunya bila terfikir masjid, terbayanglah orang tua-tua bersolat di sana, mengaji dengar ceramah dan sebagainya. Ini tinjauan saya di kawasan perumahan saya. Bosan juga. Asyik-asyik orang tua, orang sama. Imam, bilal, muazzin, ma'mum belakang imam, saf 1 (saf satu sahaja selalunya); semuanya orang tua-tua. Kalau ramai pun, ada masa-masanya. Baca Yasin malam Jumaat dan solat Jumaat. Kadang-kadang, kalau ada moreh, barulah rajin-rajinkan diri datang.... ya tak ?!
Di mana orang muda? Orang tua-tua ini tak ajak anak-anak sendiri kah? Atau sudah diajak namun, anak-anak mereka tak berminat? Mungkin. Tetapi, ramai dalam kalangan budak-budak muda "masa nilah baru main bola", "masa nilah pergi CC", "masa nilah santai-santai tengok tv". Saya pun pernah mengalami perkara sama. Remajalah katakan. Saya pun bukannya automatik, waktu solat terus pergi masjid.
Latihan. Orang ingat, belajar sahaja perlukan latih tubi? Erk, berlatih pergi masjid, lagi bagus. Jumpa kaki masjid, kaki surau, kaki bola dan kaki bangku. Saya cadangkan mulakan dengan yang mudah. Sehari sekali pergi masjid, pun jadilah.Bertahan untuk sebulan. Kalau sudah boleh konsisten dengan prestasi tadi, naikkan angka menjadi 2 kali sehari. Sikit-sikit, lama-lama istiqamah !
Jarak. Kalau masjid berhampiran rumah, lagi mudahlah ke masjid, kan? Kalau jauh, itulah hadiah lebih namanya. Lagi jauh berjalan ke masjid, lagi banyaklah dapat hadiah. Bukan sembarangan hadiah. Hadiah dari tuhan!
Masa depan. Agak-agaknya, selepas orang tua-tua ini sudah berehat di alam lain, boleh kira dengan satu tanganlah bilangan jemaah (ditolak bilang orang tua-tua 60 ke atas).
KITA BAGAIMANA? Tepuk hati, terus bertindak!
Mahu tahu kekuatan umat islam kawasan perumahan, rajin-rajinkan nilai bilangan jemaah yang solat subuh di Masjid atau Surau. (kata-kata tokoh)
2)Peristiwa di Sebuah Sekolah
Cuaca yang agak panas. Kelihatan dua orang pelajar berbaju putih mengekori seorang pelajar berbaju biru. Berjalan . "Cikgu panggil korang tadi. Cikgu kata dia nak borak jap". Pelajar berbaju biru menyuruh mereka masuk ke dalam bilik disiplin
Cikgu : Siapa yang tumbuk dulu? (muka ganas)
Pelajar A : Dia yang tumbuk saya, cikgu. (sambil mulutnya dimuncungkan ke arah pelajar B)
Cikgu : Kenapa awak tumbuk dia? Dia bukan kawan awak ke?
Pelajar B : Sebab dia hutang saya cikgu. Dia tak pernah bayar pun.
Sejak dari darjah dua lagi dia tak pernah bayar. Apa hukumnya? Saya tumbuk dia darah-darah sikit je. Dia tak nangis pun. Dia lagi zalim.
Cikgu : Berapa dia hutang awak ?
Pelajar B : RM 100. Tapi saya nak dia bayar 5 ringgit jer...
Cikgu : (???!?!?!)
Insya Allah. Banyak pengajarannya.
Buat kawan-kawan yang masih belajar dan akan sambung semula pembelajaran, manfaatkan alam yang antum berada sekarang. Masa tak berulang, cuma ingatlah, sejarah pasti berulang !
Jazakallahu khairan kathira.
oh. Ya. Selamat Hari Guru ^_^
Di Daerah Ini...
Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu
Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..
Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir
Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan
Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan
Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..
Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi
Di daerah ini, biarlah aku..
Nyanyi Cara Elok !!!
Aku Rela
Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.
Dinukilkan oleh DR MAZA
Dinyanyikan oleh Algebra