Tuan dan Hamba

Posted by ijalceritera on Wednesday, March 31, 2010 , under | Baca Balas (1)



Salam

Jari lama sudah tiada menulis. Idea pula meraban berterbangan. Terimalah ini seadanya.

"Adakah sama seorang hamba yang dimiliki oleh sekumpulan lelaki dengan seorang hamba yang dimiliki oleh seorang lelaki?"

Anda punya fikiran sendiri.
Teruskan dengan proses itu...

Prinsip hamba pasti tunduk taat pada pemiliknya. Memerlukan arahan dan tenaga untuk melunaskan perintah tuannya.

Maka beginilah.

Lebih mudah bagi seorang hamba bekerja dengan seorang tuan berbanding dengan ramai tuan. Bayangkanlah, betapa banyaknya perintah yang perlu dilaksanakan sekiranya dimiliki oleh tuan yang ramai. Bagaimana pula arahan-arahan tersebut perlu dilakukan pada masa yang sama? Sukar dan beban yang amat bagi hamba itu. Azab rasanya jika terpaksa pula memikul perintah-perintah yang saling bercanggah antara satu sama lain.

"Abu, aku mahu kau gemburkan tanah pokok-pokok cili"
"Abu, aku mahu kau cabut pokok-pokok cili sebab aku mahu tanam jagung"

Kesian. Ramailah tertipu dengan hujah kosong "banyak tuhan" mentadbir alam.
Ramai tuhan? tak tercapai dek akal dan pastinya HURU-HARA!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Pemimpin perlu menjadi hamba kepada rakyat".....adakah benar?

Propaganda najis ini telah cuba dibungkus elok kemas diharumi wangian semerbak. Najis ini gagal dihidu kerana mereka menerima topeng muka daripada musuh. Bahkan sesetengah membelinya!

Musuh menanam minda kita dengan "kebebasan rakyat bersuara,memberi pendapat"tanpa batas. Padahal islam meletakkan batas pada pemimpin dan rakyat bertiangkan Ashhadu an la ilaha illallah, wa ashhadu anna muhammadarrasulullah.

Bebaskan diri kita kepada bebas beribadah kepada Rab. Mari!

Bosan? Jom Tonton Ini =D

Posted by ijalceritera on Tuesday, March 16, 2010 , under | Baca Balas (0)





Insya Allah.
Fikir-fikirkan.
Banyak ibrahnya.

Ringannya Telinga Mendengar!

Posted by ijalceritera on Saturday, March 6, 2010 , under | Baca Balas (0)



Bismillah


Assalamualaikum wrh wbt

Pertama, marilah kita puncakkan kesyukuran kita kepada Rabb lebih-lebih lagi terhadap nikmat limpahanNYA. Hati kita sendiri pun menyedari bilangan kurniaanNYA memang tak terbilang dan tak tercapai dek akal.

Dalam keadaan iman yang sangatlah "down", hati yang penuh dengan nifaq dan pastinya 'dihiasi' dengan dosa sememangnya merupakan cabaran yang amatlah getir bagi ana. Jauh berbeza dengan para sahabat yang imannya pergh.... MANTAP!

Sikap keterlaluan terhadap hiburan terutamanya yang melalaikan menganggu gugat keyakinan "Iyyaka na'budu" dalam Al-Fatihah. Mudahnya , bolehkah dengan mendengar lagu seumpama Fifteen , Menggegar Dunia dan Bad Romance membuahkan amal yang lebih banyak?

Ana dengar juga lagu. Lagu yang menguntungkan dirilah. Memotivasikan dan menasihat. Takkanlah kita mahu rugi diri sendiri layan lagu omong kosong, ya tak?

Rupanya ada juga beza antara dengar Al-Quran dan dengar Nasyid. Bayangkanlah, seharian mendengar nasyid sedap didengar , bersemangat dan siap ada maksud ayat Al-Quran tetapi tak baca langsung Al-Quran pada hari itu, memang terasa sangat kosonglah hati tanpa ruh Islam dan Jihad menghuninya. Berbanding mendengar Al-Quran seharian dan tak dengar langsung nasyid; insya Allah teranglah hati lagi-lagi dengan kefahaman. Heh, semua orang tahu. Buatlah apa pun amal sunat, namun seandainya sedikit masa tiada tilawah, terasa akan kekurangan yang amat sangat.

Bukan mahu cakap apa, memang manusia pelupa lagi-lagi diri yang menulis ini.
Mari kita bina diri dahulu, kemudian kita binalah orang lain. SEMOGA!

Sekian

Jazakallahu khairan kathira.

Wassalam.

P/S: Tadi sebenarnya ada pertandingan So You Think You Can Sing di Wangsa Maju. Ajak awi masuk tetapi.... lalala. Dia tak mahu. Minta maaf kepada penganjur yang menganjurkan pertandingan tersebut kerana kami betul-betul tak dapat hadir.