2 JALAN

Sunday, February 1, 2009 , Posted by ijalceritera at 7:40 PM

Jalan berjalan menjalani perjalanan,

Redah pusaran kegusaran dan ketakutan,

Sambil berputar mengiringi masa,

Lapang berpatah tiada,

Maju hadapan,

Berombak soal,

Adakah hadapan sana gelap gelita,

Ataupun terang benderang cahayanya,

Menunggu tiada bosan,

Persoalan menjerit di benak,

Di mana hujungnya pada terowong gelap ?

Pengalah berpeluk tubuh,

Bagaimana caranya melalui jalan berduri ke cahaya ?

Pengalah masih berpeluk tubuh,

"Realiti sentiasa mengalahkan ilusi",

"Memang inilah nasib saya",

Kenapa tak berimaginasi sedangkan ianya anak pemikiran,

Kenapa keluh tangis sedangkan mampu melangkah,

Kenapa menjerit sedangkan tahu menadah,

Kenapa?,

Akal dan syariat landasannya jua

Currently have 2 Baca Balas:

  1. MuhammadS-3x says:

    Assalamualaikum,
    akhirnya ana dapat sampai kat blog anta...
    selamat maju jaya.
    jemputlah ke blog ana...

  1. -Amin HAR- says:

    hrmm...
    tabahkan hatimu, segala adalah daripada-Nya
    untukmu mendapat kesayangan-Nya..