FoodFood

Posted by ijalceritera on Friday, September 30, 2011 , under | Baca Balas (0)



Manusia ada berbagai ragam dan rasa.
Ada happy go lucky.
Ada jenis tak kisah.
Suka bergelak sakan.
Yang rajin gila belajar.
Yang super pandai genius terlampau.
Golongan sosial setiap masa.

Seronok hidup dalam pelbagai acuan rasa.
Variasi rasa manusia.

Walaupun pelbagai nikmat itu tersedia di hadapan-tinggal-nak-ambil, namun, tak ramai manusia yang dapat raih,
nikmat ketenangan.
Tanpa ketenangan,
apa yang akan manusia alami ialah kekosongan.

Bersukan,
Belajar,
Makan bertambah,
Manusia takkan dapat rasa enjoy tahap langit dengan aktiviti-aktiviti ini,
Kalau hati tiada makanannya.

Berkembang

Posted by ijalceritera on Sunday, September 25, 2011 , under | Baca Balas (1)



Dalam menempuh hidup,

Terlalu banyak perencah ujiannya,
Yang manis,
Pahit.

Manusia bersifat pengeluh.
Komen tak lekang dari mulut,
Walau untuk ujian tak seberapa,
Kadanga-kala,
Kita yang terlebih-lebih,
Menentukan saiz masalah,
Sebelum sempat untuk kita selesaikan


Beragam manusia beragam jugalah ujiannya.
Allah pernah beritahu,
Ujian itu mengenal kesanggupan pemikulnya,
Dan Allah juga ada katakan,
Jalan keluar selalu ada,
Bagi orang bertaqwa


Kalau nak tahu
Rama-rama yang cantik itupun,
Asalnya seekor beluncas,
Setelah bersabar beberapa lama,
Dibaluti kepompong,
Akhir ia terbang riang