Hey Si Gadis Ayu!

Posted by ijalceritera on Sunday, October 30, 2011 , under | Baca Balas (0)



Kamu sungguh indah dan cantik.
Untung jadi seorang wanita.
Kerana Allah sangat-sangat menjaganya.
Allah menjauhkan kamu,
Daripada si lidah buaya bercabang tiga,
Si lelaki bernafsu durjana.

Hati wanita itu tenang dan tenteram,
Dengan kain yang melitupi dan meliputi ,
Mereka kini exotic dan ekslusif,
Hanya untuk seorang hero.

Kalau kain itu tiada pada mereka,
Kalau mereka bukan lagi 'rare' species,
Kalau mereka membiarkan diri disentuh si durjana,
Masakan Allah akan menjaganya ?

Facebook dan Ciri-ciri BEST!

Posted by ijalceritera on Monday, October 24, 2011 , under | Baca Balas (0)



Alhamdulillah dan terima kasih.
Kepada anda anda anda yang suka menasihati,
Yup, yang menasihati saya dengan cara yang saya selesa + suka.



Oh well.
Saya sebenarnya malas nak tanya yang...



ANDA ADA AKAUN FACEBOOK?? :)



Antara butang yang sangat important dalam kegelojohan perkongsian maklumat hari ini dalam menyingkapi idea-idea warga fesbuk adalah butang 'share' . Tak kisahlah laman sepuluh sen atau laman drama picisan, semua isu kalau boleh mahu diberitahu, dipaparkan dan diberi sedut oleh rakan-rakan maya.

Butang status tak kurang penting juga peranan yang dimainkannya di arena penyebaran info masa kini. Boleh kopi status artis. Boleh berbalas pantun. Teki teki pun boleh. Sangat mudah untuk kita berkongsi apa sahaja. Ya, apa sahaja!

Hari ini, aku mahu 'share' something.
Ini tips untuk bergelak ketawa.
Bagaimana caranya?

1-Sila lihat profile anda dan scroll ke bawah.
2-Perhatikan setiap satu posting anda.
Ada post pasal Siti.
Isu hudud.
Wanita boleh pakai shawl atau tak.
Zizan atau johan siapa lagi lawak!
Ibrah ramadhan.
Himpun.
Super Junior
Video baby gelak comel
MU and MC
Prof Aziz



Keep scrolling sehingga anda tiba ke posting pertama anda.
(Ya, anda sangat noob pada masa awal-awal itu)

Kankankan?
Banyakkan yang kita sudah tulis.
Banyakkan yang kita sudah sharing.
Banyak juga kita komen dan like. Hehe


Sedar tak sedar, Facebook kini berfungsi seakan-akan 'illiyin atau sijjin.
Illiyin ialah sebuah kitab amal untuk orang yang Abror yang bermaksud orang-orang yang banyak buat amal baik.
Sijjin pula sebuah kitab amal untuk orang yang Fajir iaitu orang-orang yang banyak menderhaka pada Allah.
*Kalau salah betulkan plis

Ada certain comments, setelah diperhatikan semula, tak perlu tulis pun sebenarnya. Ada yang bajet poyo. Ada yang tak serupa bikin. Ada juga posting fakta-fakta palsu, tapi ialah kan.... 'ada aku kisah , aku share je'. Kita kedekut upaya dan masa menilai sesuatu maklumat atau ilmu.

Dan yang paling aku rasa LAME sangat-sangat, apabila posts lepas-lepas kita TAK AMALKAN pun. Setakat bincang sahaja, setakat share, setakat menghighlight yang kita juga tahu pasal nilai-nilai kebaikan.

Benarlah,
Muhasabah mematangkan aku, at least.

Menguji Konsisten

Posted by ijalceritera on Wednesday, October 12, 2011 , under | Baca Balas (0)



Personaliti bersifat peribadi.
Semacam tak boleh ubah.





Sumber: chesscube.com
link: http://www.chessbase.com/news/2007/clock02.jpg


Lain dengan habit. Tabiat.
Tabiat dibentuk sikap dengan frequencynya (kekerapan) yang tinggi.
Bermaksud, kalau kita kerapkan sikap yang sama,
maintain untuk beberapa tempoh yang lama,
maka itulah tabiat kita.

Ops. Dan AWAS.
In order to maintain kewujudan benda uh, benda itu sendiri terpaksa melalui tempoh atau frasa-frasa pemeringkatan yang tragic.
Dicelup dalam magma.
Dimasak dalam ketuhar bersuhukan 200 degree celsius selama 4 jam.
Dipukul dan dibalikkan seperti proses membuat kuih raya.
Dipaku sampai retak.
Terpijak duri lalu menjerit di tengah-tengah masyarakat awam. Okeh serius malu.
Dikejar anjing.
Dicakar kucing,
Main PS3.

Wa ghairu zalik..

"Banyaknya ujikaji bahan tuh"

Haa. Banyak gilerlah kan ujian dia ...kan?

*Koff koff

Untuk mengekalkan kewujudan sikap uh, bukan mudah. Sebab itu orang yang istiqomah dengan perbuatan, sikap dan tabiat yang baik teramat GEMPAK! Sirius tak tipu. Walau sikit pun kita konsisten dengan amal yang sedikit pun, walau manusia pujikeji kita pun, percayalah

amal yang sedikit tapi istiqomah,
itu LEBIH ALLAH SUKA,
daripada amal yang gempak, lebat, hebat,

tapi kejap je...lama-lama....hilang tak buat dah.

Kalau kau tak mengalami ujian-ujian/masalah selama tempoh nafas dihirup,
Sah-sah kau malaikat! Ehehep~

Kerana masalah hanya untuk orang yang mahu berkembang !

-Motivasi untuk aku-

p/s: aku respect laki/pompuan yang katilnya empppppuuuukkkk.....tapi.....dia boleh konsisten qiamullail. Tabik hormat!

Aku Pun Manusia

Posted by ijalceritera on Sunday, October 9, 2011 , under | Baca Balas (0)



I really missed those moments at Bagan Lalang. Programnya santai-santai namun ukhuwah kami benar-benar terbina di situ. Walaupun kami belajar dalam kampus yang sama, muhasabah untuk aku sendiri, aku gagal menyempurnakan ketiga-tiga rukun itu, baru nak cecah level tafahum.

Bila kita lakukan reflection, barulah nampak apa salah silap kita. Barulah terang dan jelas kekurangan kita. Walau kita punya akidah yang sama, but still semacam belum ada bond yang benar-benar kukuh antara kita. Picisan. Belum ada hubungan dari hati-ke hati, yang ada hanyalah melalui fizikal dan sangat annoying bila kita terpaksa melakonkan sifat-sifat baik, bila kita sebenarnya belum sempurna/tiada sikap sedemikian.

Memang mencabar untuk aku bertukar daripada pendiam kepada friendly. Namun setelah kesusahan itu, ada kesenangan. Setelah curhat dengan seorang kawan rapat (pergh, kawan rapat!) barulah aku sedar yang aku (setelah buat perbandingan dengan kawan uh) dikurniakan jaringan KENALAN yang ramailah juga. Kenalan bukan sahabat. Kenalan ialah orang yang hanya kita kenali secara permukaan sahaja.
Tapi sahabatlah yang sentiasa di samping kita susah senang. Detail pasal mereka sangat lengkap dalam otak kita dan amal mereka selalu menimbulkan kesan dalam hati. Saat kita terjerut dengan tali jahiliyyah, merekalah yang akan menarik kita kembali mengejar redha Allah. Orang jenis ini pula sedikit bilangannya.

Melalui pemerhatian dengan sedikit thinking terhadap sesuatu, banyak ibroh yang boleh didapati sebenarnya. Cara ini jugalah yang mendekatkan Nabi Ibrahim dengan tuhan ketika baginda mula-mula memikirkan tentang tuhan, matahari, bulan. Tadabbur tanda-tanda kewujudan Allah memang best. Nampak semuanya seperti tersusun cantik, berseni.

Kesimpulannya, banyak lagi yang aku mahu pelajari pasal manusia~

Berjalai

Posted by ijalceritera on , under | Baca Balas (1)



Jalai yang diambil daripada bahasa Iban membawa maksud jalan. Maka tajuk ini secara kasarnya membawa maksud berjalan, dalam erti kata lain bermusafir.

Ada 3 cara yang boleh indicate akhlak seseorang;
-Tidur bersama-sama
-Bermusafir sama-sama
-Makan sama-sama

Bukan sahaja kita tahu perangai kawan kita bagaimana, malah boleh jadi rapat sepanjang proses.
Bermusafir syaratnya ialah dengan tujuan yang baik. Kalau setakat pergi konsert Biber, Gaga, kurang menjadilah niatnya.

Yang bestnya pasal bermusafir ini;

1. Lagi senang nak kenal secara surface. Kenapa lagi senang? Sebabnya bila ruang antara atom-atom dikecilkan. maka pelanggaran laju gila antara atom-atom akan lebih berlaku. So akan banyaklah reaksi yang berlaku hasil dari pelanggaran. Keluar bunyi ke, haba ke bertukar jadi ion. Maka sebab itulah kita lagi senang nak berkenalan. Dalam kenderaan yang compact dengan berbagai perangai, lebih ramailah orang yang kita boleh bertegur sapa. Tak nak tegur sudah.

2. Membina hubungan yang lebih rapat. Makanan kongsi-kongsi. Kalau pemandu sesat, satu kerta/bas lah sesat. Maka kita sama-sama selesaikan (kadang-kadang ada yang pasif tak turut serta).

3. Lebih memanfaaatkan masa. Nak tegur brader belakang, dia tengah baca buku. Nak tegur kawan kat depan, dia tengah baca quran. Kita pula rasa macam nak tiru apa yang mereka buat. Di rumah asyik ber'facebook' 24 jam memanglah tak terasa manfaat facebook yang sebenar. Jumpa dan bergaul kawan-kawan secara live lagi PERGH! berbanding dengan chat, message,video conference. Tu la pasal.

Moriblah

Posted by ijalceritera on Friday, October 7, 2011 , under | Baca Balas (0)




Baru-baru ni aku sempat menjengah Bagan Lalang merehatkan minda dengan aktiviti yang seronok-seronok-seronok. 3 kali seronok itu tanda kepuasan maksima untuk untuk semua aktiviti yang bermula dari 2 hingga 6 Oktober dua ribu sebelas. Bukan setiap acara aku dapat kepuasan kerana kepuasan itu lahir setelah tamat program.

Namakan saja program apa-apa sebelum ini yang telah aku sertai, jarang sekali aku hentakkan kepala memikirkan pengajaran disebalik pembikinan acara, effect setiap aktiviti dan pengajaran dari pelbagai perspektif. Mungkin dahulu rasanya aku lebih selesa apabila aku rasakan memadai bila aku dapat ucapkan "janji aku datang program-program baik". Bila diteliti betul-betul, ayat itu seperti membuat sesuatu tanpa mengharapkan hasil daripada masa yang kita luangkan. Tujuan kedatangan kita kurang jelas even untuk program-program yang semestinya halal lagi baik.

Pelaburan terhadap perkara yang baik merupakan suatu tindakan yang bijak namun tanpa hasil pelaburan itu, tak ke manalah adik oi.

Sambung semula cerita, program ini dipanggil C.I.N.U (kalau terbalikkan jadi UNIC... pergh..) bersempenakan cuti-cuti ilmiah and ukhuwah. Cinu bertemakan Mukhoyyam dakhili atau bahasa kasarnya perkhemahan dalaman or Indoor camp. Berlatarkan Pantai Morib nan indah, rumput nan hijau, pasir nan bersih dan kedai seafood yang berlambak OMG! Setiap malam kami hang out disitu berbincang pasal ummah...ceyp.

Isu utama cinu adalah untuk memahamkan para peserta tentang Usul 20 dan yeah mempraktikkanya paling penting. Gambaran pertama aku ialah usul 20 ini dibentangkan dalam suasa kursus, bilik tertutup, membosankan, ramai peserta tertidur dan mereka pengsan keletihan seolah-olah berlari 20 pusingan padang Stadium Bukit Jalil waktu tengahari.

Serius aku silap.

Kami dipairkan dengan pasangan masing-masing rela-hati untuk mempersembahkan 2 usul daripada usul tersebut. Drama, menyanyi, movie, cerekerama, pantun, sajak, syair, gurindam apa saja teknik penyampaian boleh digunakan asalkan tak over. Ramai yang lucu tahap menggeletek dan mesej usul itu tetap sampai. Tahniah lah kawan. Dan setiap kali habis persembahan itu, ustaz Syahril akan mengulaskan kembali agar kefahaman kami lagi gempak.

Sekian